Selasa, 16 Ogos 2011

GULP~~~

Assalammualaikum wbt..

selamat bertemu kembali...

Redzuani(silent Z)….

Kamu nanti beli mukhalalat…jibnah….fawakih…makarunah…ruuz…

Saya mahu kamu semua belajar nama-nama makanan di sini..semua mesti makan!tak boleh pilih-pilih..semua kena rasa….

Gulp~~

Bukan semua boleh ditelan dek tekak melayu…bukan semua orang boleh menukar citarasa melayu kepada misr…ni..ustaz pula buat-buat ala 'haflah' nak raikan hari merasa makanan arab..

Pada mulanya nampak seperti keras dan tegas kan?semua kena beli!semua kena rasa!hakikatnya ustaz mahu kami mengenal betol-betol budaya masyarakat mesir..tak adalah nanti bila orang kampung tanya,"dapat apa kat mesir tu senah oi”kita pun jawab dengan bangga…"dah pergi pyramid,makan pizza..bla3…"

Hakikatnya,ada objektif ustaz menyuruh kami beli macam-macam dan bawa macam-macam ke markaz..objektif pertama,ujarnya,nak ajar kami 'vocab' yang betul,maka tak ada la nanti yang pergi pasar main tunjuk-tunjuk.."aku mahu yang ini,aku mahu yang itu”.At least tahu sayur apa itu,kacang apa itu..dan objektif kedua adalah,ustaz mahu kami sama-sama merasa keperitan penduduk mesir yang masih berada di tahap kemiskinan yang tinggi..bayangkan,seorang pegawai hanya bergaji lebih kurang LE400=RM2++/300…macam mana nak sara anak bini,nak bayar sewa,barang keperluan yang harganya meningkat..tu taraf seorang pegawai!belom masuk profesion yang lain!

Hakikat ,harta itu perlu dikongsi,perit orang perlu dikongsi..apa la sangat beza kita dengan ,mereka..kita hamba,mereka hamba,mereka meminjam dunia,kita pun meminjam dunia,kita menumpang teduh,kita pun menumpang teduh di bumi Allah…

Dan sebab itulah..bila seseorang berlebihan hartanya,Allah wajibkan ke atasnya untuk menunaikan zakat,,nak katanya,memang harta keliling pinggang kita bukan hak kita,bukan milik kita untuk bakhil tak tentu pasal,nak kedekut tak tentu pasal..dan bukan juga hak kita untuk bolot semua sampai tak ada yang tinggal untuk hak orang lain..

Hikmah sungguh Allah jadikan ada yang banyak duit dan ada yang kurang duit…Yang kaya Allah sediakan jalan untuk mengutip amal dengan sedekah dan zakat yang ditunaikan dan yang miskin pula Allah bagi hikmah bersabar dengan ujian..Allah!Engkau Maha Adil….


Sudah tentu hidup ini perlu diseimbangkan..antara dunia & akhirat..lebih dunia=manusia bermasalah,lebih akhirat=juga bermasalah! Maka Allah menurunkan kekasihNYA ke bumi untuk menyampaikan risalah,Allah turunkan kekasihNYA semata-mata untuk pastikan kita ada guru yang mengajar semua bab kehidupan..tiada satu agama pun yang selengkap agama Islam…penjagaan segala-galanya dari luar dan dalam..hakikat semua agama diturunkan Allah,namun,semua agama selain Islam telah diubah oleh tangan-tangan manusia yang bongkak dan alpa…

Seperti yang biasa didengar,benda baik datang,jangan ego untuk menentang..terima,dengar,hayati..mungkin itu salah satu kebaikkan dan hidayah yang Allah mahukan untuk kita..yang kita takut adalah..hati yang sudah gelap dan malap,tiada lagi cahaya hidayah yang dapat tembus…

Moga-moga kita dalam kalangan golongan terpilih untuk keluar dari ramadhan ini sebagai insanyang bersih dari kotoran dosa…

Wallahualam….