Jumaat, 25 November 2011

Conteng..

Bismillah..

Assalammualaikum wbt..

Sedar tak sedar..alhamdulillah..masih menjejak kaki ke tahun hijrah yang baru dan hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu apa yang bakal berlaku dalam kehidupan akan datang para hambaNYA..dan tugas para hamba NYA hanyalah bertanggungjawab untuk sentiasa berusaha menjadi yang paling terbaik di sisiNYA..

Menyingkap dan menyinggah kembali memori-memori detik penghijrahan diri yang bukan sahaja secara fizikal ia berlaku malah melibatkan juga jiwa dan raga!

Sememangnya setiap insan itu punyai hijrah diri tersendiri.Hijrah,apa itu hijrah?,maka kita boleh maknakan ia dengan perpindahan dan boleh dimaknakan dengan berarah ke arah yang lebih baik dari seorang yang pemalas kepada yang lebih rajin,daripada yang sukakan kelalaian berhijrah ke arah perbuatan yang lebih bermanfaat.

Biarlah sekecil mana pun penghijrahan diri yang dilakukan sudah tentu ia bakal membuatkan diri tersenyum puas kerana akhirnya berjaya melangkah ke arah yang lebih baik,biar ia bukan satu perubahan drastik dan 100%,Namun cukuplah ia meningkat dari hari ke hari dan kita pula tidak jemu istiqamah dalam jalan kebaikkan.

Dalam konteks apa yang berlaku di Ardul Kinanah sekarang sudah cukup untuk membuktikan salah satu penghijrahan yang besar berlaku setelah cengkaman kezaliman tunduk akur mengakui sememangya dia juga manusia.LEMAH!dan TAK BERDAYA melanggar takdir Allah yang menetapkan dia jatuh dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.Cukuplah untuk saya kira bahawa ini salah satu kejayaan penghijrahan yang mencipta satu sejarah besar buat rakyat Mesir apabila mereka akhirnya terbuka hati dan minda untuk berusaha melepaskan diri dari kepompong kezaliman dan bukannya memlilih jalan selesa tanpa berusaha untuk ke arah kebaikkan.

Meletakkan matlamat untuk mencapai satu tujuan itu salah satu perkiraan yang positif kerana kita bakal bersungguh dengan matlamat yang dilakar,jika ia belum terlaksana pada tahun yang lepas,bawa ia ke tahun ini,dan jika belum berjaya dicapai ke tahun ini bawa juga ia ke tahun-tahun akan datang.Bekalkan diri dengan nilaian istiqamah kerana itulah salah satu contoh teladan terbaik tinggalan Rasulullah SAW..sentiasa berusaha walau baginda telah dijanji syurga!

Saya seru diri ini terutamanya dan sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini agar kita sentiasa bermatlamat ke arah yang lebih baik..Walau kita tidak maksum tapi,Allah ada dan DIA MAHA PENGAMPUN MAHA PEMURAH memberi hambaNYA rezeki,MAHA PENYAYANG memelihara kita walau kita sering melupakanNYA..

Jadikan sirah Rasulullah SAW sebagai cerita yang tidak pernah lapok dan sentiasa diulang agar semangat kita untuk berubah tidak seperti pantai’sekali bah,sekali pantai berubah’.

Sama-sama kita berdoa agar sentiasa ditetapkan hati di atas jalan Allah yang lurus dan sentiasa berkejar dalam perkara kebaikkan dan benci akan kemungkaran.Kepada yang ingin berubah..jangan takut untuk memulakannya..mungkin inilah saat terbaik untuk menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah dan di sisi manusia lain!Ayuh,jangan berlengah=)

SALAM MAAL HIJRAH buat sahabat-sahabat…

0 cakar2 ayam: