Satu ayat yang memang saye nak tulis ai ni adalah..
Kenape mengantuk lam kelah?????????????????
Bukankah 80% penyumbang kejayaan adalah penumpuan tika waktu p&p?
Memang!mengantuk saaaaaangaaaaaaaaaaaat sukar tuk dibendung kalau dah memang tak boleh nak kawal.Muscle tone kat tengkuk mula r berkurang.pas2,agenda tersengguk sengguk terjadi
Kenape?kenape?kenape?why?why?why?leh?leh?leh?
Kadang2 rase cam geram coz mase nak bg tumpuan r,mengantuk mule menyerang..
Mula r kurang tumpuan.Cerita pasal mengantuk ni,teringat waktu kat asrama lu.Mengantuk memang amat popular di kalangan kami,terutama kalu pagi sblm g skool, mak cik DMsediakan nasi lemak.Memang naik lemak r tido…. [tak sure r diri ni btol2 tido ke tak.tp,for sure classmate saye memg ad yang tertewas.hehe]
Bila dh rase mengantuk,saye n kawan saye satu kumpulan kat belakang ad senaman khas iaitu;
1. Jegilkan mate seluas luasnye
2. Cubit cubitan
3. Betulkan sendi yang patah
4. Letak air lam tudung botol air n renjis2 kat mate
5. Buat2 jawab n nyampuk ape yang cg cakap..walaupun kadang2 mengarut pn ad
6. Kacau rakan sebelah[pukul,cubit diorang sekuat kuatnye.hehe]
7. Men conteng2
8. Makan sembunyi2
9. KAlu ad yang memang dah tersengguk sengguk,last skali,cg yang tegur suh g basuhkan muke[tak pnh kene kot.hehe]
AMARAN KEPADA PLAJA2 SKOLAH.JANGAN TIRU AKSI INI.KERANE RISIKO TUK DIDENDA OLEH GURU AMAT2LAH TINGGI.
Tu kalu mengantuk lam kelah.Buatnye kalu ad yang mengantuk kat perhimpunan,lagi r
nyanye.tambah2 kiteorng berhimpun sambil duk atas kerusi.Kalu yang kene duk tepat2 depan
cg memang kene kuat rohani n fizikal r tahan ngantok.Tapi ad gak yang kantoi!hehe.ad yang duk
kat blakang..punye la lena tido n hanya tersedar apabila pengetua dah habih berucap,tepuk
tangan n terlentok balik.keh2
Tp,kalu ad persembahan ke ape ke masing2 mate tak lari dari pentas..dah takde waktu kritikal.
Ish..memang kalu reality kehidupan plaja2 pasal ngantok ni,ad je pelik2
Tp,ad je yang saaaaaaaaangaaaaaaat mujahadah tahan ngantok.bukan sume yang ngantok.
Yang penting,kite perlu r berusaha sedaye mungkin kalu dah mengantuk ………jgn dilayan sgt perasaan 2.try r tips2 yang leh kurangkn ngantuk.Blh gak gune care ka tats.keh3[kalu nak try r…
Cakap pasal usahe ni.Memang sebagai manusia kite perlu berusaha.Ad gak sesetengah golongan
yang mengatekan bahawa ‘kita akan berjaye gak,mumtaz gak kalu tak membace.Bak kate,takdir
hidup kite dah ditentukan Allah.Kalu Allah dah tulis kite memang berjaye,tak usaha pn takpe’
‘Alah,die 2 stadi cam nak mati.Result cam 2 gak.tgk si Awang 2,stadi tak le kuat sgt…ok je
result.Allah dah memang tulih takdir masing2.Kalu Allah nak kite berjaye,berjaye r’
Siape kite tuk berkate begitu..bukankah kite sbg hamba diperintahkan tuk berusaha.Tentang berjaye atau tidak,itu urusan Allah.Siape kite tuk memprsolkan..yang penting kite usaha bukannye kejayaan datang setelah celik mate dari ngantok…
Ingat..kite jgn jadi spt golongan jabariyah yang kononnye bertawakal sepenuhnya kpd Allah,tanpe perlu berusaha..
p/s;kepade semua sahabat2 seperjuangan[medic].Selamat berusaha tuk ke final.di samping usahe,kite tetap kene tawakal n setelah habis berusahe pn,kite juge perlu tawakal setelah menduduki exam n tunggu result…MOGA KITE DITAKDIRKAN DGN TAKDIR YANG TERBAIK.MOGA KELULUSAN YANG CEMERLANG MENJADI TAKDIR TERBAIK..AMEEN….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Teringat kawan satu group kelas Sains Agama 2[ela,chodah n piyah]aku rindu kamu sume!Tak lupe gak kat sume classmate.Bile lagi kite leh jupe?????
Selasa, 7 April 2009
TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG MENINGGAL DUNIA
Dibebel oleh onee di 9:13 PG 5 cakar2 ayam
Ahad, 5 April 2009
Bile dah takleh buke,terus tanye kpd yang pakar n jawapan yang diperoleh sgt mengecewakan..
keesokkan pg 2,lektop memang dah takde tande nak idop.Kali ni,pikiran agak serabut,pergi kelah pn,asyik pikirkan lektop…huhu..
dulu teman perkelahian..skunk teman berbicara
‘assalammualaikm,abh’
‘Waalaikmsalam..kakak.guane?lektop rosok gane?’
‘Mati terus abh…tp kak ator dh ke kwn hok tau sket pasal computer.Tp,kalu rosok ‘mother box’ kene ator kedai kot’
Dibebel oleh onee di 8:13 PG 1 cakar2 ayam
Selasa, 24 Mac 2009
kekuatan wanita
Kegagahan seorang wanita bukanlah pada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab:71 "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar (=^_^=]
Teringat peristiwa ketika Saidatina Aisyah yang sangat tabah menanggung fitnah yang disebar oleh org2 munafik.
Jom saudari akhawatku...
kite cube menjadi setabah khadijah
sekuat aisyah
Selembut Fatimah
Dibebel oleh onee di 12:09 PTG 0 cakar2 ayam
Rabu, 18 Mac 2009
Ku tinggalkan CINTA kerana DIA
musze writes:-
Cerita dibawah ini adalah cerita sebenar luahan hati seorang lelaki yang dipetik dari empunya. Harap dibaca dengan teliti...amat menyayatkan hati? Wahai teman-teman sekalian,Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkar apa yang telah Allah swt tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.
Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya dan dialah orangnya.
Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali. Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah swt, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula. Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur bibir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman disisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjang-panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga.
Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walaupun sepatah.Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual deangan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.
Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami menghadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami.
Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serious sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada suatu hari.
Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah."I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.""Not a single phrase, nor a word.""My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."
Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya.
Saya tidak mampu menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit dari kesilapan saya selama ini.Ummi berkata:"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi syarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insyaAllah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.
Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syatian yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunilah aku.
Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dengan diri saya sendiri, dialah yang akan menjadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. InsyaAllah, sekiranya Allah swt panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permasuri di hati saya. InsyaAllah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaaan saya."Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu deangan insan yang seumpamanya."Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga abab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syaaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?
Dibebel oleh onee di 11:18 PG 4 cakar2 ayam
Khamis, 12 Mac 2009
juniorku
Salam
Ai ni rase cam bangge ngan junior saya.
Yang mencatat rekod.huhu
Alhamdulillah…mengatasi batch2 yang len.
8 org straight A1 n 12 org straight A’s.
Sehingga nama SBPI BATU RAKIT melonjak naik ke tempat yang kedua terbaik seluruh Terengganu.
Mengalahkan skool len yang agak mantap cam SHEIKH MALEK[hehe],SEKOLAH SAINS TERENGGANU n ad ag.
Ini batch yang kiteorg tinngal waktu diorang kecik2 ag.[dah besar ye korunk]
Tahniah buat semua guru SBPI BATU RAKIT kerana usaha yang dijalankan dari dulu sampai skunk.
Masih terngiang suare cikgu Zainun yang tak putus2 bagi semangat kat saye berjuang tuk add math.
MAsih segar lam ingatan,kelas bahasa arab tinggi yang memang mantap[setiap weekend mesti berlanjutan sampai tgh malam]Sehinggakan Ustazah Nik Hadiah dapat berbangga ngan result bahasa arab kami.hehe.
Masih terkenang kertas2 yang diedar oleh ustazah Zaharah n UStazah Junaidah.Kertas yang mengandungi pelbagai jenis soklan quran sunnah n syariah islamiyyah.
Masih belum mencuba resipi [nasi paprik]yang diberi oleh cg Asrizaa,guru math moden[ngah2 buat latihan matematik,cg slalu tulih resipi kat papan putih.huhu.tak heran r..cg pn pnh jd chef kat restoran dulu]
Cg shahabanul,yang tak pernah mengeluh mengajarkan bahase ibunda,teacher fazlinda yang ske tersenyum,teacher Rosliza yang memng dedikasi.Memang ramai lagila cg2.memg,tanpa diorang siapa la saye skunk.huhu
Teringat senda gurau ngan kaunselor2…Cg Nida,Cg Awang,Cg Fatma,Cg Suraya…Ingat lagi aktiviti yang memg banyak.suke r join UBK[walaupun si edi yang memg banyak wat projek]
Kalau nak citer zaman skolah ni memang tak cukup 10 page.Teringat kat sume,mak cik n pak cik DM.mak cik dobi yang selalu tlg carikan baju sampai dapat kalu tak jumpe.
Perebutan toilet,perebutan sinki membasuh baju.Berlari lari kalu lwt perhimpunan asrama,tak puah ati ngan pengawas coz asyik kene je kalu tertinggal towel lam bilik yang tak tersidai[hehe..jangan marah ye kak sal,asmaa’ .saje je]
K r banyak ag.tp,masih ad keje yang lom settle hehe.
wassalam
Dibebel oleh onee di 10:15 PTG 3 cakar2 ayam
Isnin, 9 Mac 2009
cintakah aku padanya?
Salam
Maulidur Rasul tibe lagi
Bagaimana dgn aku?
Bertambah ke cinta ku padanya?
Rinduku padanya?
Sedangkan baginda berkorban jiwa dan raga..
Harta dan nyawa…
Berlapar,demi mempertahan agama Islam yang suci..
Agama yang aku anuti sekarang..Agama Islam..
Namun,manusia seperti aku sering lalai,alpa,bahawa nikmat Islam yang aku dapat skarang adalah tinggalan pengorbanan seorang insan yang tidak mengenal jemu mempertahankan agama suci ini
Walau di keliling para sahabat yang sangat2 mencintai dirinya…
Namun,baginda tetap menyatakan rindu kepada ikhwannya[saudaranya]
Siapa ikhwan itu?
KItalah wahai rakan2 ku
Rasulullah bersabda’aku rindukan ikhwanku’
Sahabat bertanya’Wahai Rasulullah!Siapakah ikhawan itu?Bukankah kami ikhwanmu?’
Rasulullah menjawab,’Tidak.Kamu sahabat..Ikhwan aku adalah mereka yang mencintai aku tanpa melihat susuk badanku.Mereka beriman kepadaku tanpa pernah ketemu denganku’
Ya Rasulullah…Walaupun kami belum wujud di atas bumi ini,kau telah merindui kami..
Bagaimana dgn aku?Aku kate aku cinta..Sejauh mane cinta aku
Aku kate aku rindu..tapi,sejauh mane aku berusaha demi melepaskan rinduku bertemu mu di syurga Illahi
Ya Rasulullah….jika aku tidak mengenalmu..bagaimana ak ingin menyanyangi dirimu..
Soalan itu mungkin terjawab…
Dengan membace sirahmu aku blh mengenalmu..
Tapi,bagaimana aku ingin lebih mendalami cintamu?
Terjawab sendiri persoalan itu…Amalkan sunnah,berusaha mengenali sifat2 Baginda..
Beliaulah yang paling dicintai Allah mengatasi makhluk di langit dan di bumi…
Wahai Rasulullah masih cukupkah cintaku ini,untuk membalas cintamu kepada ummatmu
Di fikiran mu hanya memikirkan kesejahteraan kami di dunia dan akhirat..
Namun,di mana aku ketika susuk badan mu dihenjak henjak
Di mana aku sewaktu wajah bercahaya mu ditertawakan
Di mana aku sewaktu peribadimu dikoyak koyakkan oleh org2 kafir laknatullah yang tidak mengenal kau siapa..
Mereka melukis,mereka menghina,mereka mencipta lambang2,gambar2 yang menjijikkan terhadapmu.
Hati ini terase sayu,namun cukupkah sayuku itu?
Tanpa bertindak memerangi mereka?
Ya Rasulullah..aku ingin menjadi insan yang mendapat syafaat mu,aku ingin menjadi salah seorang ummat yang dihulurkan air perigi dari tangan mu ketika manusia berpusu pusu mencari air penghilang dahaga ketika di Padang Mahsyar nanti,aku tak mahu menjadi salah seorang yang tidak diakui olehmu sebagai ummatmu
Sungguh,kalau aku kate aku cinta padamu,cintaku itu masih lagi tidak cukup untuk membalas cintamu..
Cintamu terhadap ummat mu sangat kuat sehinggakan nyawa di hujung kerongkong kau masih memikirkan kami
Wahai Rasulullah!Hebatnya cintamu…..
Dibebel oleh onee di 2:50 PG 0 cakar2 ayam
Khamis, 5 Mac 2009
hakikat...
Salam
Kadang2,bende yang kite rase blh buat,jadi sebaliknye n bile rase takleh jadi sebaliknya..
Inilah hakikat kehidupan..
Kadang kite di atas..terkadang kite tersungkur ke bawah.
Mungkin kadang2 alpa..
Kite blh kate,kite memg dah usaha.Tp,sumenye di tangan Allah.
DIA yang mengatur hidup kite.Baik atau buruk diri kite,semua di bawah pengetahuanNYA.
Cume,terserah pada kite tuk menyedari bahawa hakikat sebenar sebagai hamba.
Mungkin rase kecewa sekarang,tapi,memang Allah tahu ape yang terbaik buat kite.
Mungkin ape yang kite hajati,belum tibe masenye untuk kite mencapainya…
Jike ujian di dunia sudah berase kecewa sebegini,bagaimana dgn kehidupan akhirat nanti..Di situlah tempat keluarnya result kite ketika exam di dunia.Memang!dunia hanya sementare..seperti sebentarnye terase study leave yang diberi oleh pihak university tuk kite bersedia n di tgh2 cuti itu kite akan diuji..
Begitu juga perjalanan ke akhirat…penuh ngan onak n duri.Yang penting,kite bisa laluinya..
Saye juge mendidik diri agar tidak terlalu kecewa dgn ape yang berlaku.Itu semua kehendakNya..Mungkin setakat itu usaha yang telah saye jalankan n hasilnya seperti yang didapati…
Mungkin diri ini kurang bersyukur tatkala mendapat result n mempersoalkan ape yang
diperoleh.Di sinilah mungkin Allah nak lihat sama ade kite btol2 bersyukur atau sebaliknye…
Bak kate ahli beitku..’kene usahe lebih ag 2..’
LEpah dapat result,spt biase,terus sms abh..’jgn mengalah.. baiki kesilapan n tingkatkan usaha..org yang berjaye arini pn terdiri dr yang pnh gagal juge’Memang selalunye inilah kate2 semangat abh untukku..
Di sepanjang perjalanan kite,memg r sentiase diiringi ombak.
Kalu tak cube redah ombak 2,sepanjang 2 r kite rase selesa ngan perjalanan idup ni.
Mungkin jejeran air mate arini dijadikan semangat n motivasi untuk terus berjalan..
Memang…idup bukan mudah…
Dibebel oleh onee di 10:44 PG 6 cakar2 ayam





