Jumaat, 14 Mei 2010

laju pula menulis^_^

Assalammualaikum wbt,

Kaki menggeletar melangkah..bagaimana dengan persediaan hari ni?

Menatap kertas..pada 30 minit terawal,masih ok,revise balik benda yang difahami dan dihafal,bila dah tiba masa,kebanyakkan dari kami meninggalkan lab untuk menduduki ujian,jiwa hebat bergoncang,sambil-sambil menunggu giliran,tiba-tiba rakan diuji dengan sengatan berbisa tebuan.

.

aik?rilek plak die lepas sengat orang


Kesiannya,diri meluru mahu menjenguk,rasa bersalah dalam diri kerana tak dapat menolong.Alhamdulillah,kami dikurnia doktor-doktor yang cukup baik di sini..melarang kami mendekati rakan kami itu,dan terus membawa rakan kami entah ke mana.

Hati cuak nak exam berbaur perasaan serba salah dan terus mendudukki exam dan setelah selesai,terus ke klinik dimana rakan kami dirawat.

Alhamdulillah,setelah mendapat injection .Nampak dia tersenyum balik.Tapi,kami langsung tak diberi peluang dekat dengan rakan kami..nak tau kenapa???sebabnya,kami dah siap exam..rakan kami tu belom,so,cepat-cepat doctor yang mengiringi rakan kami,dengan comelnya cepat-cepat meninggalkan kami.Anyway..it’s not a big deal..asalkan semua selamat.

Ujian..dimana-mana pun,ujian itu logik sahaja untuk berlaku..Tak perlu tunggu untuk kita berjalan jauh..kadang-kadang di rumah pun ada ujiannya.Misalnya,banyak lipas ke,banyak lalat ke?memang binatang perosak ni menguji kesabaran!

Kami jauh di sini..tapi,kami tidak bimbang kerana Allah menghantar orang-orang yang baik untuk membantu kami.Kami tidak bimbang kerana kami percaya pada Allah yang sentiasa melihat kami.

Sebelum exam dah cuak semacam,kertas pun dah macam tak selera nak tengok,

SELAWAT..SELAWAT..SELAWAT tawakkal..tawakkal..tawakkal..

Pernah kalau zaman sekolah-sekolah dulu,ada rakan-rakan yang masih berbincang dengan hebat..namun,saya berpegang dengan nasihat guru..bak kata salah seorang guru kami,’pagi exam memang bila tengok buku cam tak tau apa2,tapi,insya Allah,kita tau je tu,tawakal je la,,kalu rase diri cam dah nak termuntah tengok buku,,rileks sudah sebelum masuk dewan..yang penting tenang…’mungkin ada ditambah oleh penulis dalam dialog ni..


Setelah selesai exam,mungkin ada yang rasa resah,gelisah,dan apa-apa lagi.Mungkin sahaja tidak berpuas hati dengan jawapan,mungkin sahaja bimbang tak tentu hala.Tapi,nak ajak semua berfikir,sejak sekolah lagi,kita diajar dengan konsep TAWAKAL betol tak?

Kalau tiada tawakal,bagaimana kita boleh percaya bahawa Allah yang MAHA PENOLONG?Mungkin sahaja,seusai keluar dari dewan exam,setelah disemak-semak,salah seorang rakan kita dapati semua jawapan dikemukakan adalah betul.Namun,adakah kertas jawapan tadi ada padanya?dan dia yang menyemaknya?tidak bukan?

Tentulah ia ada pada tangan pemeriksa..begitu juga,jika kita menyemak jawapan kita dan didapati salah satu jawapan tidak tepat..namun,adakah kita yang menyemak kertas itu?tidak juga kan?kertas itu sekarang berada di tangan guru atau professor yang bakal menyemaknya dan kehendak Allah semuanya apa yang bakal terjadi dengan keputusan kita…

Banyak kemungkinan boleh berlaku di luar jangkaan pemikiran kita..mungkin sahaja jawapan yang kita bagi itu boleh sahaja berlaku apa-apa dan itu semua atas kehendak Allah..

Ayuhlah kawan-kawan..Kita perlu berusaha,namun,dalam usaha perlu tawakal,tidak perlu runsing tidak tentu hala kerana kita manusia..kita mampu merancang apa yang bakal kita jawab,apa yang bakal kita lakukan..KEAJAIBAN itu datang dari Allah..jangan lupakan DIA ketika kita sibuk berusaha,menelaah,jangan sesekali lupa…tenaga yang kita guna,kebangkitan kita untuk bermujahadah belajar tidak kira masa,itu semua dari Allah….ALLAH PEMILIK KITA..jangan lupa itu…

DOA,USAHA,TAWAKAL..TAWAKAL..TAWAKAL….EXAM,DOA,TAWAKAL KEPADA ALLAH…..

p/s;kalau rasa tak mampu berbincang jawapan selepas exam..elakkannya..nanti lagi serabut kepala..tinggalkannya dan maju kehadapan..tawakal dan terus berdoa…

teringat pesanan ustazah sewaktu SPM dulu,,’kalau boleh,awak doa,pemeriksa biar lembut hati dan kalu boleh doa biar pemeriksa Nampak jawapan salahawak itu sebagai jawapan yang betol!’

hmm sampai begitu sekali ye…

Khamis, 13 Mei 2010

MENGAPA HALAL?

Assalammualaikum,
rentetan dari keriuhan yang tidak bertepi berlaku di sana sini tentang soal bagaimana judi boleh diHALALKAN oleh kerajaan Islam Malaysia.

Tertarik dengan video di dewan rakyat[kredit kepada blog ni,di mana hampir semua ahli parlimen bukan Islam membangkang soal ini..soalnya...MENGAPA DAN KENAPA DILULUSKAN?

apakah agendanya...hmmm..jom kita bersuara..bukankah Malaysia negara DEMOKRASI?

Sesiapa yang masih keliru tentang apa yang sedang riuh kat Malaysia,silalah ke sini

P/s:jom rajin-rajin ambil tahu pasal Malaysia.Ia kan tempat tumpah darah kita











s

Khamis, 29 April 2010

mom and daughter






Ibu…ibu…hanna cantik tak?

Kenapa?mestilah anak ibu cantik…

Ibu,boleh tak hanna nak jadi pengawas nanti..bila dah darjah enam nanti?

Kenapa pulak tak boleh..anak ibu ni kan pandai…ibu yakin hanna boleh…

Tapi kan ibu..tadi,masa kat sekoalah kawan hanna si Kamal kata..perempuan cengeng…asyik nak nangis aje…

Biarlah hanna…yang penting ibu yakin..anak ibu ni boleh

Beberapa tahun kemudian…

Ibu…boleh tak hanna nak tanya satu soalan?

Boleh….kenapa dengan anak ibu ni?

Ibu….Betulkah perempuan tak boleh sangat menonjolkan diri?

Menonjolkan diri cam mana maksud hanna?

Tak adalah…kalau misal kata dalam memberi pendapat ke,bertanya dalam kelas ke?

Ooo…anak ibu ni keliru agaknya…tak salah,hanna.Sedangkan Saidatina Aisyah menjadi rujukan para sahabat setelah ketiadaan Rasulullah…Tak salah pun jika kita hendak mengutarakan pendapat..namun,biar kena caranya…

Baiklah ibu,hanna simpan nasihat ibu ni…

Lagi beberapa kemudian,Hanna Berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading

Assalammualaikum,ibu..apa khabar?

Waalaikmsalam,hanna.Apa khabar hanna?

Alhamdulillah,ibu,Cuma sekarang hanna sibuk dalam pelbagai komitmen…

Alhamdulillah,hanna.Guna peluang sebaik mungkin,timba pengalaman,susun masa dengan betul.Ibu percaya hanna boleh…

Ibu…bolehkah hanna nak mintak pandangan ibu?Benarkah tindakan hanna ke sana ke mari bekerja,menguruskan persatuan?Perlukah kita menjadi hebat ibu?Mengapa sesetengah golongan berasa kurang setuju dengan siswi yang hebat?

Hanna…dari dulu..ibu pernah tak halang hanna…dari dulu..papa pernah tak bantah hanna aktif di sekolah?

Rasenya belum pernah..menggalakkan lagi ada la.

Hanna nak dengar tak kisah ibu?Ibu dulu juga pernah seperti hanna…sibuk ke sana ke mari….outspoken walau banyak komen yang datang kepada ibu kerana sikap ibu yang kadang-kadang tertonjol diri.Namun,ibu bersuara kerana ibu berasa ibu berhak menghujahkan…ibu berhak melontarkan idea…walau dulu pernah ada golongan-golongan yang tak berani nak dekat dengan ibu kerana menganggap ibu HEBAT…

Ya ke ibu???ibu belum pernah cerita kat hanna pun..

Biarlah…dulu ibu ingin lihat diri anak ibu ni…macam mana bertindak dengan surrounding dan akhirnya..anak ibu juga rupanya seperti ibu…hanna,dalam dunia sekarang lagi-lagi la kita perlu bersuara..dalam keadaan Islam sekarang yang memerlukan kerahan tenaga …KALAU BUKAN KITA YANG MENJADI HEBAT…SIAPA LAGI???

Tapi kan ibu,ramai kawan-kawan hanna inferior..bimbang sukar didekati nanti kalau menjadi terlalu hebat…

Buat apa risau Hanna…perempuan HEBAT untuk orang yang hebat..tak usah hiraukan pandangan-pandangan yang hanya mampu menilai…namun,tak mampu menaksir secara telus..tak apa perbezaan pendapat itu kan INDAH…

Alhamdulillah…lega hati hanna dapat berbual dengan ibu…betul kata-kata ibu…ORANG YANG HEBAT,MEMANG DITAKDIRKAN DENGAN ORANG YANG HEBAT…sekarang,ada di depan Hanna..papa Hanna bukan calang-calang dan ibu Hanna pun bukan sembarangan orang~

P/s:Jom semua! jadi orang yang hebat bukan untuk diri,namun,niatkan untuk Islam…AMEEN..









Selasa, 13 April 2010

bukan payah hidup berdua~

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah,saya masih di sini bagi meneruskan langkahan hidup,
Hidup bererti masih banyak lagi peranan yang perlu dipikul,bukan sekadar hidup dan hidup juga perlunya kepada tujuan agar kita tidak menyesal,tentang apa erti hidup tatkala melepasi masa.

Bercakap tentang kehidupan,sekarang masing-masing telah mencapai usia dewasa dan seiring dengan perkembangan kematangan dan persekitaran dan ramai juga yang di antara kita tanpadisedari telah banyak perkara yang telah memberi impak yang maksima dalam hidup.

Kemudian bermulalah perasaan ingin bersendiri setelah berdua atau bertiga berkongsi ruang untuk sesgalanya.Di situlah tempat berehat,tempat bergurau,tempat meluahkan rasa,tempat menelaah dan sebagainya.Namun,apabila berasa diri semakin sibuk dan bimbang itu dan ini masing-masing berebut untuk memiliki tempat yang asing dan ingin menyendiri.

Hmmmm...bagi saya pula ada manfaatnya hidup berdua dalam satu ruang kerana ini meningkatkan lagi ikatan lantas mengajar diri agar sentiasa rasa ada orang lain dalam hidup kita.Misalnya,di saat fatrah-fatrah yang genting,selalu sahaja dia mengingatkan saya dan mengejutkan diri tika terlebih rehat atau terlebih leka.

Kadang-kadang apabila lihat ruang dia tersusun kemas dan rapi terasa juga ingin kemas seperti dia.Bila masalah timbul,dia tempat berkongsi rasa,apabila muka nampak muram,terus ditanya apa masalah,apabila ada subjek yang kurang paham,tak susah untuk berjalan melangkah keluar ke ruangan yang lain untuk bertanya..hanya dengan bersuara dan bertanya sudah menjimatkan masa.

Ini nikmat berkongsi ruang...banyak mengajar diri agar tidak sesekali pentingkan diri,sentiasa mengajar diri bertoleransi dan mengajar diri bahawa di dunia ni kita bukan hidup berseorangan!

ini pandangan saya dan apa yang dialami..tidak menyalahkan sesiapa yang ingin bersendiri,namun,jenguk-jenguklah sahabat-sahabat sebelah menyebelah..terutama fatrah imtihan yang semakin menyesak fikiran ini...sekurang-kurangnya,tanyalah mereka..sihat ke mereka,ok ke mereka.Mungkin sahaja mereka punyai kesulitan namun segan untuk memberi ketukan ke ruangan anda...jangan disebabkan sibuk menjadi alasan,kita tidak sempat memandang mereka yang berdekatan...fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Persahabatan..
bagi aku..sesuatu yang indah..kerana mereka tempat aku ketawa dan mereka juga menjadi bahu tatkala aku berduka..

Persahabatan..
aku tidak pernah jemu dengannya..kerana ia mengajar aku erti segalanya..

Persahabatan....
tidak pernah menipu pada diriku..malah lebih mengajarku erti berterus terang..

Persahabatan...
tidak pernah membuatkan aku sedih sepanjang masa..namun,mengajar aku kesabaran dan nikmat memaafkan...

Nikmat persahabatan yang aku raih,moga kekal ke SANA..

Nikmat persahabatan ini,tidak pernah akan kulupa...kerana ia mengajar aku erti hidup pada MEMBERI....


Sabtu, 10 April 2010

kuntuman bunga bercantum...

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah ke hadrat Allah kerana tidak putus-putus menganugerahkan nikmat yang tak terhingga banyaknya dari sehari ke sehari..tunggu diri ini sahaja sama ada ingin mensyukuri atau sentiasa inginkan kesenangan tanpa ingin bersusah payah.

Ingin sekali diri ini mencoretkan sesuatu yang ingin meluah isi hati yang penuh dengan keharuan dan kegembiraan yang masih belum boleh dibuang dari hati ini.ribuan terima kasih di atas kerjasama sahabat-sahabat dan adik-adik yang disayangi kerana bertungkus lumus dalam masa sebulan kerana ingin menjayakan sebuah program Girls'Day Out:GALA Busana Muslimah yang insya Allah dapat menyatukan hati kita semua selaku akhawat di sini



Tidak layak rasanya diri ini menerima ucapan tahniah dari mana-mana pihak kerana saya bukanlah orang yang sepenuhnya bertungkus lumus malah lebih ramai orang-orang yang dibelakang tabir membuat kerja dengan kudrat yang ada tanpa ada keluhan.Allah…Allah…Allah..syukur yang amat kerana dikurnia diri-diri yang hanya Engkau yang mengetahui keikhlasan mereka dan hanya Engkau yang dapat membalas jasa mereka.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMu,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA

[yang sebenar]Penuhkan[piala]hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan tumpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU.Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat tentang MU..[Jika Engkau mentaqdirkan mati]maka matikanlah pemilik-pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.Ya Allah perkenankan permintaan ini.

Selaku akhawat atau dalam erti kata lain wanita yang Allah tinggikan darjat kita yang jika berlaku amal yang baik dalam diri.Kerana wanita itu yang banyak mempengaruhi corak kehidupan temannya di sisi dan zuriatnya yang bakal menjadi pewaris Islam yang bukan hanya pada sekadar nama.

'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka[daripada memandang yang haram]dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh ..'

An Nur;31

Rasa ingin sekali menyeru kepada semua wanita tidak kira masih remaja,atau masih kecil atau sudah dewasa mengenal erti kehidupan bukan untuk menjadi hamba nafsu malah menjadi hamba Allah yang akan menjadi penghuni surga Firdausi.

Bunga jika dijaga rapi,tidak akan jatuh kelopaknya,mutiara jika tersemat kemas di dalam sarangnya tidak akan jatuh menayangkan kecantikkanya dan epal yang segar di puncak pokok yang tinggi tidak akan berbau dan buruk jika ia sentiasa gah berada di puncak.

Sedih mengenangkan nasib anak-anak kecil sekarang.Teringat akan perbualan di telefon dengan abah semalam,kami berbincang soal anak-anak kecil sekarang yang lebih mantap pengetahuannya berbanding kita.Perkara yang sepatutnya kalau dipikir logik akal tidak patut dilakukan oleh seorang budak berumur 11 tahun,rupanya ia boleh berlaku.Apa tidaknya ketika usia 11 tahun telah berani melakukan jenayah seksual.Macam mana dan bagaimana?tepuk dada kita yang merasakan tanggungjawab kita terbeban di atas bahu.

Misalnya saya dan sahabiah di sekeliling perlu mula dari sekarang memikirkan masa depan yang penuh cabaran.Anak-anak sekarang lebih advance berbanding kita yang lebih veteran ini.Justeru perlu kita bersiap siaga memulihkan diri kita demi masa depan kita untuk mendidik anak-anak agar menjadi zuriat yang berguna dan berjasa dalam kejayaan Islam.

Tidak salah untuk bersiap walau rasa diri masih belum bersedia kerana kerja yang last minute mungkin mendatangkan hasil yang last minute.Tidak perlu lagi berasa terlalu awal untuk memikirkan soal ini semua kerana kita sudah perlu merancang dan sudah perlu bergerak kearah kebangkitan Islam.

Tidakkah kita mahu sekurang-kurangnya kita yang menjadi salah seorang penyumbang dan melahirkan generasi yang menyambung rantai perjuangan dan terus menjadi salah seorang yang berjasa dalam kemenangan Islam satu hari nanti.

Jom cermin diri!Perlu ke kita berubah mulai hari ini?





Rabu, 31 Mac 2010

Sejarah mungkin berulang???

Assalammaulaikum W.B.T

Lama sungguh tidak mencoretkan apa-apa di page ni.menjejak kaki dari blog ke blog,terjumpa satu blog ni.Di sisi 'page' beliau tercoret sesuatu'"menulis adalah ibadat".Terkesan sangat-sangat..macam mana dengan saya?bina blog atas dasar apa?luahan hati?coretan rasa atau ingin buat orang terkesima.

Hidup ini penuh sangat dengan kaca yang menajam.Sudahlah tajam,berada pula di pertengahan jalan..ingin dielak,di tepi dan belakang penuh dengan sungai..nak berenang bimbang tak sampai.Akhirnya,keputusan terlahir untuk memijak kaca yang berderai..sakit!tapi insya Allah boleh diubati..berbanding dengan berenang,langsung tiada pengalaman~Maknanya macam saya ada pengalaman memijak kaca!Tentulah rakan-rakan pembaca pun selalu sangat terpijak kaca.Macam mana rasanya,sakit tak?sakit memang sakit,tapi,lama-lama sembuh la...Apa-apa pun boleh sembuh asalkan cukup syarat-syaratnya..

Begitu juga kita,manusia mahunya perlu kepada pejalanan hidup dan hidup memang sukar.Sekali diri melangut ke atas,namun,kekadang tersungkur juga.

itu perlunya kepada bimbingan dan perkataaan yang popular kat sini,tarbiyyah.Teringat kata-kata seorang kakak di sini yang menyatakan bimbingan[tarbiyyah] yang hebat ialah yang boleh membuat kita istiqamah melakukannya.Walau sedikit..kita mampu mengekalkannya dari segi pengamalan kita sehari ke sehari.

Manusia mana yang tak pernah merasa tarbiyyah dalam hidupnya sekalipun Rasulullah,ditarbiyyah oleh Allah sewaktu perintah Allah turun memerintahkan Rasulullah agar bernikah dengan isteri anak angkatnya sendiri...Bayangkan jika kita sendiri mengalami keadaan seperti itu,pasti sukar...anak yang dianggap darah daging,tiba-tiba diminta untuk berkahwin dengan isteri kepada anak angkat pula.

Setelah datangnya tarbiyyah,timbul pula tekanan.Tekanan yang membuat dahi berkerut asyik memikirkan jalan keluar.tekanan yang menyebabkan kita berfikir pelbagai jalan untuk menyelesaikan keadaan.Nah!sekarang tidak nampakkah bahawa tekanan itu sendiri mematangkan?Jika tiada tekanan,kita perlu ke berfikir untuk menyelesaikan sesuatu?jika tiada tekanan untuk kita menjadi graduan Perubatan,mahukah kita bersungguh-sungguh dalam berusaha.Jangan salahkan tekanan yang ada..tapi,didik diri bagaimana nak bertoleransi dengan tekanan...

Seringkali diri dihantui,diikuti bayangan silam yang kalau boleh tidak mahu lagi bertembung,menghidu baunya sahaja tak hendak.Namun,kadang-kadang apa yang kita lakukan,apa yang kita pernah lalui dapat ditangkap oleh mata manusia dan lidah pun mula berbicara..mungkin ya..dulu diri pernah tersilap langkah..namun tak bermakna diri setuju dengan apa yang dibuahkan di bibir-bibir..Sungguh!kadang-kadang diri ingin sahaja pergi menutup mulut orang seperti menutup mulut tempayan..namun,sukarnya yang amat!

Diri tiada kaitan dengan sesiapa walau secebis,dikatakan ada...diri meminta agar sejarah yang pernah ada dikuburkan,namun,nampaknya macam tak cukup tanah..ingin sahaja diri keluar mengatakan hakikat sebenar..ingin sahaja diri keluar menyatakan keadaan apa yang berlaku sebenarnya..

Biarlah diri ini bebas!Bebas dari mana-mana pihak.Biar diri ini tenang tanpa cerita-cerita yang tidak patut dikatakan..bimbang diri menjadi bahan fitnah..dijaja ke sana ke mari seolah tiada harga diri...

Sungguh,memang setiap insan ada kesilapannya...tiada manusia yang free dari dosa.Tidak salah untuk meminta agar dihormati kerana diri sendiri yang lebih mengetahui,berbanding yang memerhati...

Yang penting..diri tidak mahu kembali ke sejarah itu~Tak mungkin berulang.Ya Allah!bagi aku kekuatan!

Wallahualam..

Ya Allah,lindungi kami dari fitnah duniawi,fitnah dajjal,fitnah barzakh..ameen Ya Rabb!!

Ahad, 28 Februari 2010

Kota London


Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah segala puji bagi Allah,Tuhan seluruh alam yang tiada satu pun yang menyerupaiNYA..

Sambil termenung-menung,rupanya saya masih tertinggal baki cerita tentang perjalanan dan pengembaraan kami ke Benua Eropah..

Jika pada post yang lepas kami telah pergi dan menikmati alam ciptaan Yang Esa di Belfast.Kini tiba pula masa kami meneruskan perjalanan ke bumi London pula..

kami meneruskan perjalanan kami ke bumi London pula dengan menaiki pesawat Ryan Air[penerbangan tambang murah
uk-ireland].perjalanan mengambil masa satu jam.

Perjalanan memakan masa hampir 1 jam dan tiba di Stansted Airport.

Dari situ,kami terpaksa membuat pilihan sama ada nak menaiki train or bus.Bezanya amat ketara dari segi wang dan masa perjalanan dan tentulah train menjamin kependekkan kebosanan perjalanan kami..

Memikirkan kami yang telah berjalan jauh sejak dari Dublin lagi dan ada salah seorang dari kami yang ada motion sickness dengan bas…[huhu]So,kami buat keputusan memilih train[train ni hampir sama dengan train dari Cairo ke Alex]Cuma lebih selesa.

Alhamduliilah perjalanan melalui train mengambil masa selama 35 minute sahaja.Seusai tiba di stesen utama.kami diarahkan pula oleh pengiring kami agar mendapatkan *oyster satu untuk setiap orang untuk memudahkan perjalanan dan tinjauan ke tempat-tempat menarik.

*oyster-kad untuk tube[METRO like]


Big ben

Eye of London

Pembentangan map bermula.Arif sahajalah bumi London yang penuh sistematik dan terlalu banyak stesen walaupun berpengalaman pernah datang walau sekali,ia tidak menjamin untuk kami betul-betul tahu ke mana kami nak tuju…

Kami membuat keputusan untuk singgah terlebih dahulu ke Malaysian Hall..tidak manis kata orang apabila kita tidak singgah sebentar di rumah sebangsa kita walau di mana berada[cewah]

Pengiring kami membuat keputusan untul bermalam di sana..[pengiring ada student card..bolehlah potongan..]

Kami pula membuat keputusan untuk bermalam di rumah salah seorang kenalan kepada Kak Su bertujuan untuk menambah lagi kawan dan menjalin ukhuwwah network antara kami…[hehe]

Sebelum kami bertolak ke tempat penginapan,sempat juga beramah mesra sebentar bersama-sama itik-itik,tupai dan burung merpati.Sekali kita hulur chips,berpuluh yang datang.Aduh..fobia dibuatnya…

Habitat haiwan-haiwan ini adalah di Hyde Park..berdekatan dengan Malaysian Hall.Sambil bersiar-siar di taman,sedar tak sedar dah sampai pun kami ke dewan yang penuh bersejarah iaitu Royal albert Hall tempat di mana penyanyi no 1 negara mencatat nama[tiba-tiba pulak keluar pasal hiburan..ampun ya]

Kami teruskan perjalanan ke Royal College yng menempatkan top student di seluruh London.kami juga sempat menjengah ke dalam Imperial College.

Apa yang paling terkesan di hati apabila dapat singgah masuk ke science museum.Subhanallah,penciptaan sains Islam dapat dilihat dari sini.Tokoh-tokoh yang belum pernah didengar namanya terpampang di ruang pameran museum ni.Sebelum oliver Wright adik beradik yang mengenalkan teori terbang rupanya 1000 tahun sebelum mereka dah muncul tokoh islam yang telah memperkenalkan teori terbang ini.

Amat-amat terkesan di jiwa yang memang masih cetek dengan ilmu.Rasanya tidak mahu berganjak dari museum itu.Apakan daya waktu tiada dan akhirnya terpaksa pendam rindu sampai sekarang~Siapa ya nak teman saya untuk kembali ke sana ?



model elephant's clock



kenangan di Royal Albert Hall




Hyde Park


hari ke-2 diisi dengan beli-belah
Buckhingham palace

Hari terakhir,kami hanya sempat bersiar-siar di Buckhingham Palace
dan terus meninggalkan Kota London untuk pulang ke Dublin kembali.

Itulah serba sedikit yang saya boleh kongsi.Kalau saya tulis panjang lebar mesti ramai yang bosan.Entry ni pun rasa dah macam panjang semacam.


'mentahnya nasi,jika air tidak mencukupi,daifnya banglo jika tidak berpenghuni,celanyanya hati jika tidak pernah diubati..'
Nauzubillah...