Isnin, 10 Januari 2011
Ia bukan milikku....T_T
Dibebel oleh onee di 6:58 PG 1 cakar2 ayam
Ahad, 2 Januari 2011
suasana apa ini?
Salam wbt…
Sepanjang perjalanan,berbau di sana sini..bersesak-sesak dengan pelbagai jenis orang..yang berpakaian bersih,yang berpakaian tidak bersih..yang seolah-olah Nampak seperti lama tak menjiruskan air ke badan,percakapan yang kasar,teksi yang tak berapa nak selesa..kadang-kadang bunyi enjin yang terlalu kuat,bau minyak petrol menguap-nguap ke hidung,peminta sedekah di tepi-tepi jalan,kanak-kanak bermain sambil berkaki ayam dan banyak lagilah…
Kalau kat tanah air..tiada pula yang sebegitu..kalo ada pon..jarang-jarang ditemui..kalu main kat bendang pon,mak panggil balik suruh mandi dan bersihkan diri,balik sekolah pon mak suruh tukar baju dulu sebelom makan,naik teksi pon,selesa dan tak ada yang berbunyi pelik,tak ada pula peminta sedekah yang merata-rata…hmm..ini yang ada di negaraku=)
Apa yang saya belajar?apa yang telah saya alami?Aduh,berlainan benar hidupnya..pening,melihat suasana hiruk pikuk yang entah bila akan berakhir..nak naik bas pon berebut-rebut,nak naik van pon berebut-rebut..tak sempat nak keluar dulu dah ada yang masuk!
Apa yang saya belajar?pelajaran yang saya dapat…RENDAH DIRI..ye!rendah diri..hmm,,kalau bukan sebab selalu jalan kaki,selalu naik teksi,selalu naik bas,,takkannya saya nak rasa rendah diri..asyik nak yang selesa aje..dan kalau bukan penempatan kami pelajar MALAYSIA berada di kawasan yang sederhana,,tak adanya kami dapat rasa dan lihat kehidupan orang biasa di sini..sememangnya manusia punyai ego,terutama sesiapa yang dah biasa dengan kesenangan dan keselesaan dan kadang-kadang,datang sedikit kesusahan sudah mengeluh…
Haih,siapa kita ni sahabat?siapa kita?kitakan hamba,yang sudah tentu bertuan..Tuan kita adalah Allah…setiap hari,apa yang kita makan?apa yang kita suap ke mulut,apa yang kita guna untuk belajar?apa yang kita guna untuk berjalan ?Kalau bukan itu semua nikmat dari Allah?Kalau bukan itu semua pinjaman dari Allah?Soal..soal..diri kita.Kita ni,sombong-sombong ada kat dunia rasa semacam berkuasa bila berduit,rasa macam pandai bila berilmu,rasa macam tinggi diri bila disanjung..tanya balik..SIAPA KITA?
Adakah susah untuk kita mengikut segala suruhan dan meninggalkan larangan Allah setelah segala nikmat yang Allah berikan pada kita?Masih tidak cukup lagikah kita dengan semua perkara yang kita ada sehingga seolah-olah,masih lalai dengan dunia..Sudah tentu tidak salah,berhibur,bekerja,makan,bergurau..selagi ia melengkapi syarak..namun,dimana kesedaran kita apabila diberi makan.diberi kesenangan,kita tolak syariat ke belakang?bahagiakah kita sahabat?lapangkah hidup kita dengan berbuat demikian sahabat?
Tidak cukupkan dengan cerita FIRAUN LAKNATULLAH?yang diberi kelebihan oleh Allah dengan kuasa pemerintahan tetapi,mengaku dirinya yang mencipta segalanya?
Dan adakah lupa kita pada manusia agung(Rasulullah SAW)yang sudah dijanjikan surga namun,masih berbengkak kaki melakukan ibadah kepada Allah,,tanda bersyukurnya baginda terhadap Allah?
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat”Aku hendak menjadikan khalifah di bumi,”Mereka berkata,”Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMU?”Dia berfirman,”Sungguh,Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”Al-baqarah:30
Mari kita bersyukur kepada Allah kerana sehina-hina kita ini,Allah telah memilih kita untuk mentadbir dan mendudukki bumi ini…
Sekali lagi sahabat,kita hamba Allah…ada tujuanNYA kita dicipta…sudah tentu tidak sia-sia kehidupan kita apabila kita meletakkan Allah dan rasulNYA yang pertama dalam setiap urusan…WALLAHUALAM…
p/s:kesal dengan apa yang berlaku terhadap BKKIM(BKAN Melaka)....Semoga permasalahan yang berlaku menyatukan lagi hati-hati kita..Walau bukan orang Melaka..jom ambil cakna hal orang Melaka(berjaya hilangkan semangat terengganu=) )KLIK SINI UNTUK BERITA LANJUT
Dibebel oleh onee di 5:40 PG 0 cakar2 ayam
Ahad, 21 November 2010
budak malas kembali=)
Bismillah
Salam wbt
Lama betol meninggalkan dunia maya ni..sampaikan ditegur oleh rakan, lamanya tak ‘update’ isi di dalamnya,baru tersentak hati ini untuk kembali menulis..ini mesti kes kurang membaca so keringlah idea…MUHASABAH..(ok la..berkongsi la apa yang saya tahu sekarang ye…kering idea ni…)
Dalam kehangatan Eiduladha yang semakin berlalu meninggalkan kita semua..aplikasi pengorbanan yang diwar-warkan sejak menjejak ke Zulhijjah..nampaknya semakin berkurang sebutannya di bibir.Walhal,seharian kehidupan kita memang ada yang memerlukan pengorbanan.Walau sekelumit milikan yang kita ada,kita serahkan kepada sesiapa sahaja disekeliling kita..itu juga dikatakan sebagai berkorban.
Mari luaskan aspek KORBAN itu sendiri..Bukan tunggu untuk menjadi 'mummy' dahulu(bagi akhawat)untuk jelas-jelasan nampak pengorbanannya terhadap anak-anak dan bukan tunggu untuk jadi 'daddy' dulu(bagi ikhwah) baru tampak jelas pengorbanannya walhal sejak muda remaja (sebgaia anak,misalnya)lagi kita sudah berdepan dengan situasi yang mana memerlukan sikap suka berkorban di dalam diri..Cuma terpulang kepada biah yang dilalui..Jika biah kemanjaan yang sedang kita lalui,mungkin frekuensi pengirbanan rendah pada golongan seperti ini dan mungkin biah yang lebih memerlukan seseorang itu berdikari,maka frekuensi untuk ada sikap korban lebih besar la..(kan?)-tak setuju pun takpe,silakan dengan pandangan sendiri-
Ok…bagaimana dengan tokoh-tokoh yang seringkali digambarkan dengan sikap korban ini?Sungguh indah sirah yang dicipta Allah…Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar yang merupakan tokoh-tokoh yang berkorban mengikut peranan mereka.Di mana Nabi Ibrahim sebagai bapa punyai bahagiannya untuk berkorban diikuti Nabi Ismail sebagai anak dan hajar sebagai ibu..Kita lihat dalam ketiga-tiga tokoh ini terdapat skop yang berbeza dalam memandang aspek korban ini…Maksud korban itu sama,Cuma benda yang dialami itu berbeza.Sudah tentu,hajar sebagai ibu dan isteri berbeza dari segi pengorbanannya dan Nabi Ibrahim sebagai bapa dan suami berbeza dari segi bentuk pengorbanannya.
Apa pun sikap korban ini jelas terlihat keakrabannya dengan sikap ikhlas..manakan ada orang yang sanggup berkorban apa yang ada tanpa lahirnya ikhlas dalam diri..manakan sama pula orang yang selfish dengan orang yang turut memikirkan kepentingan orang lain dalam hidup mereka.
Pokoknya di sini,timbulnya ikhals,maka,timbullah pula rasa ingin berkorban..Sikap yang baik di permulaan membawa rentetan kebaikan di dalam diri..Yang penting kita mahukan kebaikan itu hinggap di dalam hati ..usah dilayan pijakan hawa nafsu yang bertubi..biar la hawa memijak tapi,jangan sampai kita terpijak!
Sudah tentu sahabat-sahabat berasa seolah basi dengan tulisan saya ini..Ye la..Raya korban dah berlalu..musim haji pon dah berlalu..ya! raya korban itu berlalu kerana syariat mengorbankan Al anaam sudah berlalu..raya korban itu berlalu kerana berlalu sudah musim haji..tapi,PENGORBANAN itu tidak berlalu kerana ia dilalui oleh kita dalam kehidupan seharian.Cuma terpulang untuk kita sanggup atau tak dalam berkorban apa sahaja yang dimilikki kita sehari-hari..TENAGA,MASA DAN HARTA..ayuh siapa yang bersiap untuk berkongsinya dengan orang lain???Jom cuba!mana tahu,nanti kita akan tersenyum sendiri dan bisa menyatakan dalam hati bahawa OH!PENGORBANAN ITU INDAH RUPANYA….=)
Dibebel oleh onee di 4:08 PG 0 cakar2 ayam
Ahad, 17 Oktober 2010
MIRAcle...
Dibebel oleh onee di 5:18 PG 0 cakar2 ayam
Sabtu, 9 Oktober 2010
MUNGKIN....
Assalammualaikum wbt
Dibebel oleh onee di 2:22 PTG 0 cakar2 ayam
Sabtu, 18 September 2010
celiknya si hawa
Assalammualaikum wbt..
Dibebel oleh onee di 6:46 PTG 0 cakar2 ayam
Khamis, 16 September 2010
tulisan beku yang cuba dicairkan **
Alhamdulillah masih mampu untuk menjamah papan kekunci ini setelah hampir sebulan tidak ter update dengan cakar-cakar ayam ini.....Lama benar rasanya tak menulis..beku puka tangan kali ni...
Telah berlalu ramadhan meninggalkan perindunya dan tibanya syawal sebagai pengubat kepada sang perindu...kesibukkan tidak lain tidak bukan bersama keluarga mebantutkan lagi usaha untuk menjengah blog ini...
Setelah hampir bertahun tahun berada di perantauan..sedar tidak sedar sudah tiga tahun aku menghabiskan pengajian teori bidang perubatan dan masih berbaki 3 tahun setengah!
'lamanya....'itulah pandangan orang yang asik bertanya ketika diriku pulang ke tanah air...Lama tidak lama..rupanya masa itu hanya singkat rasanya baru semalam tinggalkan famili dalam keadaan belasan tahun dan sekarang sudah puluhan tahun....
Masa juga seiring dan teriring meninggalkan kita sebagai manusia biasa yang kadang-kadang menjadi hamba masa...tidak cukup itu dan ini..dan peredaran masa juga..pelbagai kejadian up to date berlaku...,
fesyen tudung up to date...
hiasan rumah up to date...
jenayah pun up to date...
Jika dulu..pembunuhan kejam berlaku dan sekarang masih berlaku....manakan tidak,,,golongan pembunuh atau pelaku kejam ini bukan tumbuh di zaman kita sahaja bahkan sejak zaman nabi adam lagi....di mana dua beradik bergaduh dan saling berbunuhan dan motifnya?????adalah harta dan hasad.
Dan begitulah yang berlaku sekarang kekejaman berlaku sehinggakan golongan profesional pon jadi bingung disebabkab harta disebabkan life yang semua up to date maknanya poket pon kena up to date~
Sehinggakan rasa segan tiada..rasa bimbang tiada..rasa kasihan pon tiada...merakus tubuh manusia berbunuhan tanpa segan silu....peradaban manusia hilang dek kerana nafsu yang membuas...kekangan idop yang hanya pada akal dan tiada pertimbangan hati itu yang menjadi punca kerosakan dan keparahan sosial dan pokoknya boleh dikatakan tiada keserian iman itu yang menjadi punca...
Berminat dengan tazkirah pagi yang sentiasa disiarkan di tv 9 pada jam 7 pagi
dan pada pagi ini telah dibincangkan tentang jiwa kosong..jiwa kosong puncanya adalah IMAN yang pudar...nauzubillah...
dan sempat diseru untuk kita terus istiqamah/berterusan dengan beriman kepada Allah.Beriman bukan pada hari yang kita nak sahaja atau waktu kita susah sahaja...namun terus beriman dan yakin dengan Allah tidak kira di mana dan walau siapa pun ..
Dan terbit pula soal bagaimana untuk mengelak jiwa yang kosong atau mendidik generasi yang berjiwa penuh dengan keimanan dan bukan kejelikkan.
Generasi dididik bukan berdasarkan sekolah yang dipilih ibu bapa namun cara didikan seawalnya adalah di rumah dan Rasulullah pernah berpesan cara-cara untuk mendidik anak seawalnya dengan 3 perkara iaitu didiklah anak dengan melakukan solat,bercerita tentang rasul2 dan bertadarus al quran....
Sesudahnya..memang Islam yang dicari demi kebahagiaan hakiki..kechentaan terhadap harta hanya kekal untuk sementara...baik jutaan ringgit hingga puluhan ringgit yang ada pon...semua itu ditinggal dan hanya amaln.ilimu bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh sahaja yang bakal dibawa....
Wallahualam....
Dibebel oleh onee di 5:57 PTG 0 cakar2 ayam







