Sabtu, 19 Mac 2011

owh..saya tidak tahu@@

Bismillah..

As salam....

Hari ni barulah saya fahami..apa yang berlaku di mesir pada hari ini..

Alhamdulillah Allah temukan kami pak cik teksi yang berkongsi cerita dan fasih berbahasa fushah..

Owh..jarang jumpa arab yang gemarkan dan fasih fushah..

Tanyalah saya kepada sahabat..apakah berlaku pada hari ini?penamaan calon kan?

Aish..idak rupanya..hari ni adalah hari untuk membuat undian sama ada na’am(ya) atau la’(tidak) terhadap perubahan atau pemindaan perlembagaan…

Apakah yang perlu diplih ya atau tidak..berbincanglah kami dengan fakta sendiri..

Wah..tiba-tiba pak cik yang tanya..kalau kamu..pilih ya atau tidak

Mat aih..cam pelik soklan pak cik..?

Maka pak cik pon menjawab..saya akan jawab ya..!Apakah bezanya duhai pak cik kalo pilih ya atau tidak..?

Maknanya..jikalau dipilih ya…maka,pemindaan perlembagaan akan berlaku dengan segera dan ahli syura(syura council yang ada kat Tahrir tu) yang bertanggungjawab akan memulakan proses penambahbaikkan terhadap perlembagaan dan tidak memerlukan kepada penantian kenaikkan kabinet baru..akan tetapi,proses ini akan memakan masa..iyalah perkara yang melibatkan perlembagaan ini,bukan perkara yang mudah…

Namun,jikalau dijawab tidak..maka pemindaan akan tidak berlaku buat masa sekarang..maka akan menunggu kenaikkan kabinet baru dan pada masa itu pula bakal ditentukan mahu dipinda atau tidak perlembagaan…

Maka,berlaku pula ketidakpuasan hati dalam kalangan penganut kristian yang meinginkan perubahan perlembagaan secara keseluruhan dan bukan sebahagiaan..sebab itulah nama pengundian hari ini adalah taadilat dusturrat(teliti dan ubah apa yang perlu) dan bukan tughayirat dusturat(ubah keseluruhan).

Disebabkan itulah berlaku ada pihak yang nak jawab ya dan ada golongan yang mahu jawab tidak..Masalah pada penganut kristian ini,mereka mahu mengubah perlembagaan keseluruhan dan mahu menaikkan golongan mereka sebagai presiden..owh,maka,naik baranlah pihak orang Islam yang mahukan kedaulatan Islam masih terpelihara di tanah mereka..Bukankah Negara Islam hak orang Islam kan?

Alhamdulillah..dapat jugak dengar cerita pasal mesir ni dalam keadaan arab tercungap-cungap..rasa dhaif sangat..kurang percamporan dengan masyarakat tempatan..maka lemah lah arabnya…’nok pandai bahaso ni keno gaul nge ahli dio’..bak kate pak arab kecek klate bawoh ni….haish~





Jumaat, 11 Mac 2011

KAMI ATAU ANDA YANG 'EMO'?

Assalammualaikum wbt…

Indah sungguh bila mendengar perjalanan atau rentetan kehidupan Zaman Kesultanan Melayu Melaka…Siapa yang tidak tahu,Islam mula bertapak di Tanah Melayu melalui perdagangan yang berjalan di pelabuhan Melaka yang menjadi tempat persinggahan pelbagai bentuk pedagang dari seluruh dunia..

Kita,melayu,ada kekuatan sendiri apabila mengamalkan Islam sebagai panduan utama dalam hidup….Siapa yang tidak kenal dengan parameswara,pembuka kota Melaka yang pertama dan akhirnya telah memeluk Islam sejurus selepas itu…

Maka,berturut-turut kesultanan Melaka yang mengamalkan Islam sebagai asas dalam tampuk pemerintahan..lihat sahaja HUKUM KANUN MELAKA(yang terdiri dari 2 undang-undang iaitu undang tubuh negeri dan undang-undang laut melaka) yang diasaskan…Tidak dinafikan,kepimpinan yang menjadikan kepimpinan Rasulullah SAW sebagai tauladan dan contoh itulah yang menampakkan kekuatan dan keperkasaan kita sebagai umat Islam..bukankah Islam itu agama yang kita redhai dan sudah semestinya segala isinya kita perlu akui dan bukan jauhi….

Namun,apa ada dengan perjuangan bangsa?ketuanan MElayu ditanam..kekuasaan yang dipegang..bukan tanggungjawab sebagai kepimpinan yang disedarkan…mengutuk hebat kaum lain dibelakang..di depan,pijak semut pun tak lepas…ini hakikat yang ada sekarang..mengapa semangat Melayu yang terlalu diperbesarkan?lalu bagaimana saudara muslim yang tidak berbangsa Melayu?katanya saudara seislam…namun,mengapa melayu dengan melayu..dan yang lain dibiarkan mereka?

Tidak ke mana jika melayu dituankan,namun Islam tidak diendahkan..tidak salah berbangga dengan keturunan,namun,taksub itu yang salah…Kami bukan budak-budak yang diberi gula-gula lalu ditelan dan berterima kasih..akan tetapi,kadang-kadang kami tilik dahulu pembalut gula-gula,pengilang dan rasa gula-gula itu..kalau tidak kena,kami akan selidik dahulu demi untuk tidak terlalu mengangguk dan menerima….

Kami bukan membenci,bahkan kami kasihan dan kami kesal..mengapa sikap ini yang ditanam?Mengapa ISLAM diambil sebahagian…bukankah kita patut amar makruf nahi mungkar?bukankah kita mengaku sebagai umat Rasulullah SAW?

Bukan tiada masyarakat bukan Islam di dalam kepimpinan Rasulullah dahulu,bukan tiada bangsa selain bangsa Rasulullah SAW di zaman pemerintahan baginda,namun,apa yang Rasulullah lakukan?berlaku adil di dalam pemerintahan kerana Islam yang ditegakkan dan bukan bangsa yang dibanggakan….

Sekarang siapa yang beremosi?kami atau anda?kami mahu kemukakan pendapat kami,dan anda dengan pendapat anda..cuba dengar penjelasan di kedua belah pihak dan cuba timbang tarakan..kerana itu yang telah kami lakukan…membuat timbang tara dan belajar memahami Islam dan akhirnya kami faham kenapa bukan bangsa yang perlu diperjuangkan…

Kami tidak mahu menghujum sesiapa,Cuma kami ingin berkongsi apa yang kami rasa…sudah tentu manusia ada budinya yang perlu dikenang dan ada sikapnya yang perlu ditimbang kerana manusia itu seadanya lemah..memerlukan gandingan bahu membahu agar menjadi kuat..

Hidup seorang memenatkan,hidup berkumpulan itu memaniskan..cuba pinjamkan kuping untuk memhami Islam..insya Allah kita tidak rugi..kerana semua petunjuk kebaikkan..Allah kurniakan buat kita untuk selamat bukan sahaja di dunia..bahkan di akhirat..dunia hakiki kita semua….

Wallahualam…..

Sabtu, 19 Februari 2011

meda

Assalammualaikum wbt....

Hari seterusnya,(lebih kurang la) kami mulakan operasi membeli stok makanan dan kami dikhabarkan market(khairul zaman)yang menjadi pilihan utama kami setiap kali membeli keperluan telah dipecah masuk(berderau juga darah).Maka sempat la kami ke pasar(dalam perjalanan nampak la trak-trak polis habis rosak dikerjakan oleh 'protester'..tapi,buat-buat tak kisah) dan kedai berdekatan sahaja(rupanya pasar sayeeda adalah hotspot=tempat yang disenaraihitamkan’beraninya kamiii…’=) )

Kami belek lagi TV kecil,mahu melihat perkembangan hari itu..maka kejadian semakin buruk rupanya..habis dibakar balai-balai polis dan bangunan kerajaan,fasiliti-fasiliti yang ada pon banyak juga yang musnah…

Maka bermula pula waktu 'curfew' yang semakin awal kalau pada mulanya 'curfew' bermula pada 5 petang,ia mula pula pada jam 3 petang…

Pada hari selepas 'internet connection' terputus,kami dikhabarkan tentang perlepasan banduan-banduan yang entah dari mana-mana tersebar luas..dan sampai imam dari masjid berdekatan kami pon buat pengumuman tentang perlepasan banduan ni..



Pada malam itu juga kami penduduk imarah 9 yang majoritinya adalah kaum hawa berkumpul dan bermusyawarah untuk memastikan kami sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan semasa yang baru timbul.

Masing-masing ada air mukanya..syukur!semua tenang..tak ada la yang menangis nak mintak balik malam itu jugak:p

Malam istimewa itu juga kami berpakat untuk membuat giliran ‘hirasah’=penjaga.kami decide untuk bergilir-gilir bersama ahli beit untuk same-same alert tentang kedatangan yang pelik-pelik.Tak dilupakan pak cik-pak cik arab saling bertungkus lumus bersama-sama berjaga malam berbekalkan senjata(parang,senapang dll bagi melindungi kaum-kaum yang lemah ini):P

Keesokkan harinya,kami mendapat panggilan kecemasan untuk bersedia dengan apa-apa dokumen penting dan beberapa helai pakaina sahaja untuk tujuan kecemasan jika berlaku apa-apa darurat..oho..ketika itu hanya Allah yang tahu perasaan kami..apa la yang dah berlaku kat luar sana ye…?kawan-kawan kat SAAD ZAGHLOUL pon dah asyik bimbang kerana mereka adalah golongan kedua yang amat terdedah dengan peristiwa tragis ini..aksi tembak menembak seperti dalam movie berlaku di kawasan kediaman mereka..fuh~

Maka,sehari selepas kejadian banduan-banduan terlepas,kami mendapat panggilan kecemasan yang kali ini benar-benar kecemasan(tak tipu).Kami diarah bergerak ke DEWAN MALAYSIA(ARMA)secepat yang mungkin sebelum waktu perintah berkurung bermula pada jam 1 tengahhari…(hiba hati ini tinggalkan rumah dalam keadaan yang darurat)

Tiba kami sebagai golongan pertama yang menghuni di ARMA as pelarian kehormat(kerana kawasan kediaman kami yang peling terdedah dengan kawasan demonstrasi)..Perkhabaran demi perkhabaran menghinggap ruangan inbox dari abah and umi..

Terima panggilan dari mereka adalah satu kelegaan..namun,sebak bernada di suara umi mengkantoikan diri ini untuk sebak jugak(even dah kawan nasihat takyah tambahkan bimbangkan mak ayah..)'saya tidak berniat untuk membimbangkan mereka tetapi kebimbangan mereka menyebakkan saya~’

Menetaplah kami di dewan Malaysia dengan merasakan tahap keselamatan meningkat..masing-masing berjaga malam,berkorban tidur untuk memastikan keselamatan di persekitaran terjamin..subhanallah!

Hari-hari dilalui dirasa perit oleh pelajar-pelajar.Bukan perit apa,perit kebosanan sambil menunggu lampu hijau dari Majlis Keselamatan Negara untuk memutuskan kami kekal di mesir atau bakal dievakuasi..Ternyata 'indicator' yang disediakan oleh MKN sudah capai ke tahap bahaya yang menyebabkan kami terpaksa dievakuasi ke Negara-negara berdekatan sementara menunggu Mesir aman.

Setelah kenyataan rasmi dari Datuk Duta yang menyatakan kami bakal dipindahkan ke Arab Saudi(setakat itu tiada berita untuk kami pulang ke Malaysia)

Kumpulan pertama(terdiri dari golongan yang diberi priority iaitu golongan sakit,menngandung,beranak kecil dan akhawat) memulakan penerbangan ke Arab Saudi(jeddah)dan seterusnya diikuti oleh kumpulan yang berikutnya…

Di airport (ketika perjalanan saya n kawan) ada pula halangan,dengan masalah ramai dan masing-masing pon dah terpancar kepenatan…syukur ramai yang mengerti dan kami saling membantu menyelesaikan kekusutan yang berlaku..alhamdulillah..settle!(mmg berharga waktu ini,masing-masing tidak terlalu pikirkan diri sendiri)

Setibanya kami di Jeddah,kami diagih mengikut bilik dan di situ kami tidak dibenarkan keluar sesuka hati..hiduplah kami di dalam Madinatul Hujjaj seperti yang berlaku di Dewan Malaysia

Namun,Alhamdulillah kehidupan di Jeddah agak membahagiakan:D..ramai pihak yang menghulurkan tangan untuk ringankan beban..Maka legalah sedikit perasaan ibu bapa kami mendengar berita ini..

Dan sekarang kami hanya menunggu proses selanjutnya tentang pengajian kami..Semoga masih berpeluang memijak bumi permulaan kehidupan kami sebagai mahasiswa….Apa-apa takdir,kami berserah dan kami bermohon moga kami redha dengan sebarang ketentuan kerana setiap yang tertulis itu memang yang terbaik yang dilakar olehNYA…

P/s:siri 1 dan 2 ini sekadar coretan yang diingat-ingat sedikit sekadar perkongsian kepada yang ingin memahami plot sebenar sepanjang proses evakuasi..sebarang pengurangan atau penambahan sekadar untuk memaniskan cerita sahaja..Harap maaf di atas kekurangan ini…

Jumaat, 11 Februari 2011

medan pengalaman+medan latihan~SIRI 1

Salam wbt,

Segalanya bermula apabila diisytiharkan sebagai hari polis(25 januari)…disangka mereka polis sedang istirehat di rumah bercuti:D-agaknya..rakyat mesir sudah menahan sabar yang cukup lama selama 3 dekad-bangkitnya golongan muda ingin mempertahankan hak…


Teringat kata-kata salah seorang sshabat Rasulullah SAW seolah olah begini:jika mahu melihat kemajuan sesebuah Negara,maka lihatlah pada pemudanya..(kalau silap tolong betolkan ye)

Pada hari sebelumnya kami sudah dikhabarkan tentang demonstrasi yang bakal berlaku dan pada pandanganku..mungkin ia hanya rusuhan biasa..yela..mesir kan Negara demokrasi dan rusuhan itu adalah suatu kebiasaan dan sedangkan di Malaysia pon ada berlaku sebegitu

So,kami ke kuliah seperti biasa dan mendapati bahawa demonstrasi semalam belom berakhir..

Maka tiba la hari jumaat(28 januari) yang dikenali oleh EGYPTIAN AS A DAY OF ANGER…(bersempena demonstrasi ini) demo semakin memuncak dengan pelbagai tindakan dan paling meninggi adalah di 'tahrir square' yang tidak begitu jauh dari kediaman kami..(sayeeda zenab,saad zaghloul,abou risy,moniera)hmm..pada hari itu juga selepas selesai solat jumaat..kami dapat mendengar jelas sorakkan dan teriakan rakyat mesir yang sedang bergerak entah menuju or dari arah sayeeda ke tahrir..tapi,bunyinya sangat dekat...

Perintah berkurung pon bermula dan sms tak di 'deliver'…

Namun,internet masih berfungsi pada sebelah pagi (28 januari)…kemudian tibanya waktu internet mula disekat pada tengahharinya….

Allah..ape dah jadi ni?Kecut juga perut mengenangkan habis semua kemudahan alat perhubungan terputus..Ape la yang akan jadi selepas ini..Mujurlah ada TV kecil yang membantu memberi maklumat kepada kami semua..

Rupanya tidak disangka sesuatu yang buruk telah teruk melanda di luar pengetahuan kami dek perhubungan luar yang terjejas terutama di Tahrir…

Bagi memastikan keselamatan kami terutama akhawat,pelajar ikhwah yang bertindak sebagai wakil kepada mahram kami sepanjang berada di bumi asing ini bergerak dari satu rumah ke rumah untuk memaklumkan waktu perintah berkurung telah bermula…



Tidak keruan kami berada di kediaman risaukan apa-apa yang tidak diinginkan..bayangkan semua teknologi yang memudahkan hubungan menjadi mangsa sekatan.

Kesunyian membelah malam berkurung..tiada lagi gelak gurau kanak-kanak arab dan tiada lagi kedengaran bunyi gempita muzik yang biasa yang dimainkan hamper setiap malam oleh orang-orang arab(hmm..damai + seram sebenarnya)

to be continued~

Jumaat, 21 Januari 2011

gerangan si bunga tidak menyepi^^

Bismillah

Kami bertemu mata dan sangat gembira,

Kembali berjumpa hati yang sama,

Riak yang sama,

Sikap yang sama,

Antara kami tiada beda,

Tiba saat saudara kami bicara,

Ku lihat mukanya merah seolah ada yang tidak kena,

Mulutnya akhirnya menuturkan kata,

Tiada nada yang lain ku dengar,hanya sebak di dada,

Terketar nada menahan derita,

Derita jiwa entah mengapa,

Terdiam kami tiada terkata,

Apa yang berlaku tidak dapat diteka,

Kami menunggu dengan hiba,


Apa ukhti mengapa tiada bicara?,

Akhirnya terbuka segala gelora,

Menahan pilu entah berapa lama,

Mengapa ukhti,mengapakah kakanda?

Usia bukan penghalang cerita,

Berkongsilah rasa dengan bersua,

Aduhai kakanda apakah gerangan,

Perkara derita dipendam jangan,

Maka lantang bersuara si kakanda kita,

Bersuara bertanya siapakah kita?


Ditanya pula apa yang dibicara,Di setiap cerita adinda bersuara?

Adakah suara juang yang selalu digempa?

Adakah ilmu yang keluar dari mulut adinda?

Adakah adinda sedar peranan adinda?

Turun ke bumi ada takhlifannya?

Sedarkah adinda perjuangan kita?

Sejauh mana adinda menongkah pancaroba?

Siapakah kita semua?

Bekerja berkeras untuk apa?

Mengapa mereka menghujam kita?

Berkata kita tiada apa?

Kenapa adinda?kakanda bertanya..

Ke mana mashaf yang menjadi panduan kita..


Di mana kekuatan jiwa tanpa dekat padaNYA

Di mana kebanggaan kita dengan apa yang dibawa jika jiwa penuh cela?

Sedarkah adinda besarnya tugas kita..

Bukan calang bukan biasa,

Kita penyambung tugas kekasih kita iaitu Rasulullah junjungan kita,

Di mana rasa di mana jiwa,

Jika erti juang hanya di mata,

Di hati jarang-jarang gempita,

Seolah-olah kecut untuk derita..

Duhai adinda kakanda pinta,

Mari kita mula dengan pertama,

Buktikan kita bukan biasa,

Kerana kita dicipta untuk luar biasa,

Terlukanya kakanda duhai adinda,


Bicara mereka mengata adinda,

Dengan kata yang mengguris kakanda,

Masakan tidak,adinda saudara kakanda,

Kakanda tahu siapa adinda,

Dan kita tahu siapa kita,

Kakanda bersuara bukan untuk menyerang adinda,

Kakanda bersuara kerana terluka,

Terlukanya kakanda dengan mereka,

Melihat kita seolah tidak bermakna,

Tidak mengapa adinda sayang,

Mari kita tingkatkan iman,

Tambahan ilmu menjadi pegangan,

Akhlak al quran kita mahukan,

Ayuh adinda mulakan langkah,

kakanda bersuara bukan melatah,


namun ini bukti sayang,

menegur untuk kebaikkan,

Usah kita pandang ke belakang,

Biar apa orang pandang,

Yang penting kita perlu gemilang,

Kerana kita DUTA ISLAM,

Mahu mati di JALAN ISLAM,

Mahu HIDUP KERANA ISLAM,

Usah bimbang adinda dengan kefuturan,

Sudah fitrah turun naikknya iman,

Yang penting adinda yakinkan,

Istiqamah adalah pentarbiyahan,

Agar tidak kita kesungkuran,

Menghadapi onar di hadapan,

Ayuh adinda bersama kakanda,


Kita berjuang tiada kecutan,

Demi Allah kita tegakkan,

Insya Allah mati pejuang kita inginkan….

ALLAH MAHA BESAR!

p/s:subhanallah!malam yang indah Allah temukan hati-hati yang ingin kepada perubahan kerana tanpa sedar diri menjadi tarikan masyarakat di luar sana~( banyak mata bergenang di saat itu)

jzkk buat yang mengingatkan kami yang lemah dengan selemah-lemah iman ini=)hanya Allah yang mampu membalas…..sayang semua kerana Allah!

Khamis, 13 Januari 2011

sembang-sembang dingin^^

salam wbt...

Sembang-sembang winter menyeronokkan..bertemu mata dan suara dan juga pertembungan pendapat!cerita punya cerita terkeluar lah dari mulut movie-movie barat yang mengemukakan atau dalam erti kata memperkenalkan kita dengan pelbagai kreativiti dan aksi yang boleh dikatakan lebih menarik berbanding filem tempatan.

Apa tidaknya setiap tahun kebanyakkan movie yang keluar 'at last' hanya menyatakan tentang cinta..penyeksaan diri sebab cinta,air mata jatuh sebab cinta,sakit-sakit sebab cinta,kecewa ke luar Negara sebab cinta,lawan mak ayah kerana cinta,ke kolej ketemu cinta dan akhirnya adalah CINTA…:D(tidak semua filem atau drama sebegitu)

Iya lah..subjektif betol saya utarakan tentang cinta dan cinta-cinta yang saya maklumi kebanyakkan dalam filem tempatan adalah cinta sesama remaja,duda dan janda,teruna dan janda,datin dan teruna, teruna dan teruna pon ada!

Hmm…..apabila dibuka luas pandangan ke luar Negara dan contohnya movie-movie yang dikeluarkan dari Negara luar lebih bermutu(bagi pandangan saya)kerana mereka melakarkan penceritaan yang membuatkan penonton berfikir dan kadang-kadang terfikir benda yang baru dan berilmiah…


Contohnya filem atau drama bersiri yang berkaitan penceritaan medikal atau sebagainya,mereka betol-betol mengkaji(walaupun kadang-kadang ada fakta yang kurang tepat)tapi,at least mereka mengkaji sebelum menerbitkan sesebuah filem.

Menjadi masalah sekarang adalah apabila pengarah atau penulis skrip atau pengarah tempatan seolah-olah mahukan keuntungan yang cepat tanpa mengambil inisiatif untuk mengkaji terlebih dahulu sesuatu untuk meningkatkan taraf perfileman Negara.

Namun,tak dinafikan usaha-usaha telah nampak di mana penulis-penulis skrip tempatan sekarang adalah orang yang mempunyai ilmu contohnya usaha-usaha golongan yang pakar dalam ilmu keagamaan menghasilkan skrip yang berbentuk keagamaan dan ini merupakan inisiatif yang baik.Kenapa saya berkata begitu?kerana apabila difikirkan tentang skrip,kadang-kadang entah ke mana skripnya disebabkan mungkin penulisan skrip tidak diberikan kepada yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang tertentu maka,mulalah penceritaan yang tiada kesudahan dan kebosanan yang berulang….


Bukan tiada kebangkitan atau kesedaran untuk menghasilkan filem berilmiah di Negara kita..Cuma bilangannya hanya setakat bilangan di jari…sudah tentu kita masih tidak mampu menghasilkan filem yang sehebat Negara-negara lain….

Sudah tentu kelemahan terdapat pada filem mereka(filem luar Negara)..masakan tidak..seolah-olah mengajar penonton dengan jenayah orang kaya…keupayaan ,mereka berfikir dan kemajuan yang mereka miliki seolah-olah membuatkan mereka buntu untuk buat apa lagi?apa lagi??maka terhasillah filem-filem yang bercorak jenayah golongan cerdik pandai…membunuh hanya melalui maya atau hanya melalui tabir atau banyak lagi la….

Bukan tujuan saya mengempen jom tengok filem beramai-ramai..namun,memandangkan era globalisasi sekarang yang bukan lagi zaman wayang kulit atau zaman bermain utusan surat tapi zaman kita zaman hiburan yang menjadi alat barat menyimpulkan pemikiran kita apa kata kita guna peluang ini sebagai umat Islam untuk menyebarluaskan kita punya ideologi dan ilmu untuk kita sebar luaskan dan pengaruhi masyarakat dunia..Tidak salah bukan?


P/s:terkesan dengan drama warkah terakhir yang menceritakan hakikat sebenar kemerdekaan SARAWAK hanya kerana kekentalan anak muda yang bernama Allahyarham ROSLI DHOBI yang berkobar-kobar menentang penjajahan di Sarawak dan sehingga hari ini..saya bertanya..apakah yang sudah saya lakukan sepanjang langkahan 22 tahun ini?isk~




p/s:maaf jika entry ini menyinggung sesiapa..saya Cuma berpendapat..tidak layak saya berlebihan dalam penulisan ini sedangkan saya langsung tiada kepakaran dalam perfileman!

Isnin, 10 Januari 2011

Ia bukan milikku....T_T

Bismillah....

Diwajibkan ke atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu,Allah men
getahui,sedang kamu tidak mengetahui2:216

"Alamak!ke mana lah hilang barang-barang yang aku sayang ni?Ala...baru je beli kat KZ(khairul Zaman)tadi...adoi...uhuk3..sedihnya..."

"Sedihnya....banyak benda favourite dalam plastik tu...coklat,coklat dan coklat.....sedihnye.."
Sedih bukan?apabila barang yang kita rasakan hak kita hilang sebelum kita sempat pon membuka dan membelek...Namun,adakah benar barang-barang itu benar-benar dah jadi milik kita?Adakah benar sudah tercatat di labelnya bahawa ia untuk oni,itu untuk ten2,dan itu untuk naeemah?hmm...sudah tentu tidak..boleh saja,kalau kita dapat pon barang kita tu,mungkin sahaja kita boleh tercicir di mana-mana,atau dah selamat sampai ke rumah,namun,tiada rezeki untuk kita..ditakdirkan barang itu rosak disebalik balutan yang cantik:D

Maknanya,sudah berhakkah kita mengatakan semua yang berada pada kita akan selamanya berada di sisi kita...atau berhak kah kita untuk mengatakan aku memang berhak dapat itu dan ini kerana segalanya aku telah usahakan untuk dapatkan..aku berjalan kaki jauh-jauh nak pergi ke pasar raya,aku letih lelah turun naik tangga angkut barang sana sini semata mata untuk mendapatkannya?

Jangan lupa bahawa semua itu bukan hak mutlak kita dan itu semua adalah rezeki dari Allah untuk kita..Jika sudah ditakdirkan Allah sesuatu milikkan kita rosak atau hilang tidak bersebab yakinlah bahawa barang atau sesuatu itu memang bukan ditakdirkan sentiasa untuk kita....
Seperti juga dalam perjalanan sebagai seorang mahasiswa..kita rasakan sudah baca buku,kita sudah berusaha namun,adakah layak untuk kita katakan bahawa aku layak dapat full marks hari ini dalam exam aku sedangkan kita lupa bahawa perancangan Allah itu sebaiknya....Dapat 'full marks' kita senyum syukur tak dapat pon,nak buat macam mana..dah memang itu sudah layak bagi kita...

Teringat kata-kata abah..."biarlah tak dapat apa yang di' target' mungkin boleh jadi kita akan berbangga dengan apa yang kita dapat apabila kita dapat yang terlalu tinggi...sudah tentu apa yang kita peroleh itu memang itulah yang terbaik buat diri kita".....


Kita boleh merancang itu dan ini..dan kita boleh 'predict' apa sahaja..namun,sebaliknya,,hakikatnya Allah sahaja Sebaik-baik perancang....

Dalam hidup ini,apa sahaja yang kita peroleh,kita beringat,ini bukan mutlaknya hak aku..bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil dan jika kita tidak dapat yang diinginkan..kita beringat bahawa ia bukan milik aku dan boleh jadi ada yang lebih baik untuk diriku~

bernafas dalam kelegaan~