Sabtu, 30 Januari 2010

enjoy

Assalammualaikum,

'Ya Allah janganlah jadikan umi aku tua.macam tok''
DSC_0017 a9735054-a020f414-10822770-f36d05ee.JPG (500×334)

Gambar sekadar hiasan..[bukan adik saya]

Tergelak besar saya dengar adik doa macam ni.Budak kecil pun tak nak jadi tua
tapi,itulah hakikat duniawi

Semua orang menghadapi proses penuaan....
normal_ongtua.jpg (299×400)



jadi macam mana dengan orang yang masih belum puas dengan hidop?

Mereka berkata mereka masih belum mengecapi nikmat hidup yang selayaknya
bak orang kata ketika muda enjoy puas-puas
bila dah tua dah tak boleh nak enjoy,kena penuhi masa dengan ibadat.

Cuma nak tanyalah kepada golongan-golongan ini,adakah anda jamin hidup anda sampai ke tua?Sehingga anda tunggu hari tua baru mula nak mengecapi kemanisan iman?
Adakah anda tahu tarikh ajal anda?

Tidak..semua orang tidak tahu bila dia akan meninggal dunia dan kita perlu bersyukur kepada Allah kerana nikmat ini.Allah tidak mendedahkan ajal kita.Jika kita tahu bila kita akan mati,sudah tentulah kita takkan pergi kerja,belajar,exam sebab masing-masing sibuk nak melengkapkan diri untuk bertemu Allah.

Dan sebenarnya kehidupan itu adalah ujian kerana kita yang akan berusaha melengkapkan diri untuk menghadapi saat kematian dan saat perhitungan nanti..Kita adalah kita untuk bertindak..
Bukan orang lain yang berhak ke atas kita..tapi,diri kita sendiri

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nikmat yang diberikan kepada sesuatu kaum
melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka."8;53

Tapi,hari ini sebaliknya pula berlaku, bila dah capai usia tua mula berasakan diri tidak cukup lagi mengecapi nikmat kebahagiaan.

Apa sebenarnya yang membasahi benak manusia?

Selalu tidak puas,kurang rasa syukur,tika kanak-kanak,tak sabar nak besar..bila dah tua,nak jadi muda balik
3811301324_cedaa0d81d.jpg (332×500)


Sebagai orang seusia semacam saya dan kawan-kawan,sememangnya dunia penuh cabaran,tunggu kita untuk memilih..

Bak kata,usia mudalah penentu segalanya,penentu kepada masa akan datang..
pemuda harapan bangsa~

Betul ke dengan kenyataan muda hanya sekali,enjoy your life..atau kita tukar sedikit;
'hidup hanya sekali,muda hanya sekali,mari buatkan hidup kita bererti,tanpa kita menyesal nanti,dan kemudian hari..'

Siapa kawan-kawan sekalian dan siapa saya?kitakan orang muda dan orang muda yang dimaksudkan atau dapat difahami bahawa golongan yang boleh menjadi tempat bergantung harap,gagah,bersemangat,tempat untuk menuai hasil,agar nanti hasil yang dituai bermanfaat kepada diri,agama dan masyarakat sejagat.

Masa kecil-kecil dahulu,saya macam tak sabar nak besar sebab bila nampak orang masuk universiti,mereka punyai life yang bahagia,boleh ke sana ke mari,shopping sana sini,hang out dengan rakan-rakan dan ini membuatkan diri teruja dengan cara mereka mengurangkan stress.

Namun,kadang-kadang sress ni pelbagai bentuk dan kadang-kadang dengan cara begitu pun belum tentu stress dapat hilang seratus peratus

Dan apakah saranan terhadap kita sekarang kawan-kawan??

Saranannya ialah,ya!hidup mesti enjoy.tapi,enjoy yang mana satu kita pilih?enjoy apabila kita
rasa kemanisan iman ada di dada atau sekadar enjoy yang kadang-kadang menyesakkan lagi pemikiran..

Duhai saya dan kawan-kawan harapan Islam,harapan bangsa,umat sejagat
Mahukah kita hidup bersenang-lenang?
sedang nanti senang lenang kita akan membuatkan kesan yang negatif dan berpanjangan di hari tua

Duhai saya dan kawan-kawan harapan Islam,
mahukah kita Islam hanya di nama
dan bukan di dada?

mahukah Islam sekadar menjadi a part of our life dan sebahagian lagi ditinggalkan?

Mahukah kita apabila sudah mempunyai anak nanti,dan anak-anak kita menjejaki langkah kita yang tidak mencerminkan sebagai seorang pemuda Islam?
Bukankah salah satu amalan kita ke sana kelak adalah doa anak-anak yang soleh?

Mari menjadi matang dan berfikiran panjang

Fikirkan apa yang kita mahu kepada anak-anak kita?

Anak-anak yang soleh dan solehah atau hanya Soleh bin Ahmad atau Solehah binti Ahmad?

Fikir begitu!Agar kita berasa tiada masa untuk kita buang terhadap perkara yang remeh,agar kita berasa kita mahu melihat Islam itu gah bukan hanya pada nama,Islam itu gah apabila dilaksana,Islam itu lebih gah apabila punyai pemuda seperti kita!

Berani melontar kebenaran,tidak takut menentang kejahilan

Duhai saya dan kawan-kawan,tidak kah kita rindu saat itu?

Sabtu, 23 Januari 2010

why?kenapa?

Salamalaik

Wahai adikku..

Mahukah kamu ak berterus terang tentang ape yg terbuku di hatiku?

Apa yg terselit di celah-celah keceriaanku?

Aku mahu sekali membelaimu,mengusapmu,memahamkan mu..

Mengape org di sekeliling seringkali berkate..duhai perempuan,jagalah maruahmu,tinggikan egomu,tutupi aurat mu..?

Mahukah kamu paham mengapa Allah menyuruh perempuan-perempuan sering menjaga diri mereka?

Mahukah kamu paham mengape seringkali bercakap tentang wanita,pelbagai soal,hukum dibicarakan?

Dan tidakkah kamu mahu tahu tentang penjara di SANA,mengapa dipenuhi wanita?







Tidakkah kamu mahu org di sekeliling mu memandang tinggi dirimu di atas keperibadianmu?bukan kecantikkanmu?

Adakah kamu mahu tahu bahawa beribu insani yg mudah sahaje meragut kesucian mawar di taman,lili di jambangan?

Mengapakah kamu terlalu mengikut hati duhai adikku?

Mengapa hatimu berkeras tidak mahu mendengar teguran?

Mengapakah kamu bertindak licik tidak menentu hala?

Menngapa kamu sanggup berkorban masa depan krn cinta kenafsuan?mengapa adikku?

Tahukah kamu..cinta memang indah?tahukah kamu dicintai itu indah?dan tahukah kamu dicintai hanya kerana keduniaan itu suatu padah?

Duhai adikku..

Menngapa kamu tidak mengerti?

Sememang hidup ini penuh berliku

Liku itu terpulang untuk kite tuju

Terpulang pada kite tuk berlalu

Duhai adikku..

Kenapa kamu tidak mengerti lagi?

Menyerahkan segalanya kepada insani yg tiade pekerti,

Memberi janji yg tidak pasti,

Membelit lidah tuk membelit dirimu ke arah duniawi?

Duhai adikku..

Carilah kasih ketika kamu bersedia..

Carilah kasih yg blh bawamu dekat kpd Illahi

Carilah kasih..kasih Illahi

Duhai adikku..

Kenapa kamu tidak mengerti lagi?

Perasaanku ingin membantu,

Namum kejauhan yg membantutku tuk terus membahumu

Dari jauh ku lihat dirimu

Dari jauh ku menungkanmu..

Tahukah kamu aku sangat risaukan dirimu?

Mengapa kamu tidak risau pada dirimu?

Aku risau,aku resah krn aku mahu adik2 ku di luar sana berubah,berubah menjadi muslimah,faham kedudukkan wanita,faham erti sebenar keadilan terhadap wanita..

Duhai kuntuman2 mawar kecil jagai tunas mu ketika ia belum mekar,pelihara jambanganmu ketika ia sedang mekar dan sabar,pasrah,tawakal dalam menanti kasih org yg mengasihi Illahi…

Rabu, 20 Januari 2010

i can't!

Assalammualaikum..

Semua orang saya percaya,ade benda yg kadang2 buat dia tak senang duduk.

Ad benda yg kadang2 bile die buat,asyik tak jadi je..

Buat kek hangus,tulisan dianggap cantik tp hodoh,gosok baju..last2,drpd takde lubang,ad lubang..

Begitulah..hidup kite tak pernah lari pun dari kegagalan..

Di sini nak share satu cerite..

Ada sebuah sekolah yg dipenuhi pelajar2 yg rata2 nya bergred 4..dan diorunk diajar oleh seorang guru yg bernama dona..

Suatu hari ad seorang pemerhati,datang menjenguk diorang punya aktiviti..

Apelah yg diorunk lakukan saban hari,ape yg diorunk pelajari,,pemerhati tersebut datang untuk memerhati..

Jd,tibelah saat guru dona td untuk melakukan aktiviti untuk pelajar-pelajarnya..

Semua org dikehendaki mengeluarkan kertas dan menulis sesuatu di atas kertas tersebut..

Semua orang kecuali pemerhati td,tekun menulis..

Dah memamng tugas si pemerhati ni memerhati..so,die perhati la,sambil jeling2 kat kertas2 murid2 ni..

Sejurus itu,die merase hairan..die terbaca antara ayat2 yang ditulis..

'Saya tak boleh makan lebih dari satu biskut..'

'Saya tak boleh nak selesaikan masalah dalam silibus matematik

kecuali sedikit sahaja..children_reading.jpg (524×446)



'Saya tak boleh buat ‘push up’lebih dari sepuluh..'

Pemerhati td amatlah berase hairan dan dgn konfiusnye die pergi untuk bertanyakan perihal tersebut kepada guru terbabit..

Kemudian,kekejutan dan kehairanan yg dialami tidak setimpal lagi dgn pemerhati td apabila die pn ternampak guru tadi sibuk menulis..

'Saya tak dapat buatkan mak salah seorang anak murid saya untuk' datang ke konferens..

'Saya tak dapat buatkan si Alan untuk bercakap dgn lebih baik' melainkan hanya dgn menggunakan kekasaran..

Begitulah..

Pemerhati tadi cube menyabarkan dirinye dan tunggu apa yg berlaku..

Sejurus selepas itu dona dan anak2 muridnye mengumpulkan kertas td ke dalam sebuah kotak

Selepas selesai pengurusan kertas td,mereka pn meluru ke padang sekolah

Dan sekali lagi pemerhati itu hairan…

Pemerhati masih sebagai tugasnye pemerhati,asyik memerhati..

Mereka tibe2 bertindak menggali tanah di padang tersebut dan menanam kotak yg mengandungi kertas2 td ke dalamnya..

Mereka menimbus tanah terbabit dan membiarkan kotak terbabit di dalam tanah..

Dan mereka berkumpul dan mereka disedarkan oleh guru mereka tentang pemergian 'saya tak boleh' td..

Dona berkata 'saya tak boleh' sebagai salah seorang kepada saudara 'saya boleh',' saya akan','saya dapat' dan saudara2 nya
sudah pergi dan tiada dan biarlah ia tertanam dgn tenang dan aman..

Dan saudara2 nya yang masih tertinggal iaitu [saya boleh,saya dapat dan saya akan td]…yang masih belum cukup gah diguna pakai,mari kite same2 menghidupkan semangat mereka…

Pemerhati td berase lega kerna kahirnya terjawab pertanyaan dalam dirinya...

Jom buang kata2 'saya tak boleh','saya tak dapat' dalam hidup kite..

Nampak tak kat situ???????

Betapa kite perlu menanam sifat positif dalam diri..jangan biarkan sifat negatif merajai hati..

The more negative you are,the more pressure you will get..

The more positive you are,the more confidence you will gain,the more effort you can do,the more things you can go through..

So, you are the one who you are thinking of..

If you think you are wrong,you are right..if you think you are right,you are also right…..

So,which way you want to go through????????it’s up to you..

ringkasan cerita adalah dari 'Chicken soup for the soul'






p/s;bacalah buku2 yg boleh merawat tekanan kite ketika serabut..Dan rawatlah hati dengan mengingati Allah selalu..itu ketenangan abadi…

Sabtu, 16 Januari 2010

saya jealous!

Salamalaik..

Saya tak tahu betapa saya jealous kat golongan-golongan ni..

Saya jealous dgn keakraban mereka..

Saya jealous dgn kerjasama mereka

Saya jealous dgn kasih sayang yg disemai antara mereka

Saya jealous dgn keceriaan antara mereka

Saya jealous………

Sejak apa yg menimpa mereka summer tahun lepas,jelas menunjukkan mereka amat mengambil cakna antara satu sama lain..

Dan beberapa hari lalu,salah seorang dari mereka ditimpa ujian yang berat..

Dan saya nampak…

Saya Nampak lagi keakraban mereka..

Saya Nampak lagi kasih dipupuk antara mereka..

Terharu dgn mereka sanggup datang walau dalam fatrah imtihan,walau dalam keadaan masing-masing busy ngan urusan masing2

Mereka masih mampu datang,berkumpul,dan berdoa same2 tuk kesejahteraan rakan mereka..

Sungguh apabila manusia itu ditimpa ujian,ujian itu datang dari Allah..dan itu maknanye kasih sayang Allah ad padanya..

Saya harap kita mampu ke tahap seperti mereka..duhai gen07..insya Allah,saya percaya bile mane ujian itu datang,kite mampu harungi bersama..

Kasih sayang,cinta mencintai sesama kita sudah dipupuk..dan kita perlu meningkatkannya lagi..

Agar kita menjadi golongan seperti para sahabat Rasulullah…yang sanggup mati kerana sahabatnya..

Jom kita contohi Saidina Ali yang sanggup mengganti tempat tidur Rasulullah walau dalam keadaan bahaya

Jom kita contohi Saidina Abu Bakar yang sanggup menahan kesakitan dek kerana patukan binatang berbisa kerana mahu melindunngi Rasulullah SAW

Insya Allah!kita mampu lakukan!

Baru hidup ini meriah~

SUNGGUH!SAYA JEALOUS DGN GEN06~sekian…


p/s;fatrah imtihan;suasana peperiksaan

gen07-generasi ke 7 pelajar perubatan Malaysia universiti kaherah

gen06-generasi ke 6 pelajar perubatan Malaysia di universiti Kaherah

Khamis, 14 Januari 2010

kisah ammu zibalah

Asslammualaikum
peristiwa ni mungkin terpanah ke atas saye sendiri..
tempoh hari ammu zibalah..mengadu..
die cakap,bile tekan loceng imarah kami,takde org pn dengar..
seolah-olah org anggap sampah ni busuk takde yg sudi nak bukakkan pintu
kesiannya..pak cik..
Tiade beza kite antare manusia..
yg membezakan adalah iman di dada..
Rase bersalah dalam diri menjengah tibe..
Macam mane kite nk kongsi kesedihan org????
Letakkan diri kite di tempatnya..
Tidak perlu pandang perawakkannya,kelakuannye..
just cube kite ltak diri di tempat die..
Adakah kite kuat seperti die..
Siape kite tuk menilai-nilai dan membeda-beda..
kerana diri die,hny Allah dan die tahu diri die...
diri kite???Hanye Allah dan kite tw diri kite..
Lebih baik busuk di luar daripada busuk di dalam..sbb tiade siape yg tw ape sebenarnya dalam hati kite....
Nauzubillah...

p/s;busuk di luar tu cume cam pepatah je ye..


ammu zibalah:gelaran pak cik pengutip sampah kat sini
imarah:ibarat rumah pangsa yg bertingkat-tingkat


Rabu, 13 Januari 2010

MY LOVE..


Assalammualaikum,
Alhamdulillah,..alhamdulillah..alhamdulillah
orang kate,kalau kite mendapat nikmat atau terase terlalu gembira dgn nikmat itu,kite perlu berkongsi dgn care bercerita ke ape ke..

Skarang saye memg tgh gembira n bersyukur sangat

Dengan pertambahan usia,ade juge pertambahan adiah,kek dan yang paling penting KASIH SAYANG dari org sekeliling.

Berasa amat bertuah dan rase semacam tak layak pulak disayangi sebegini..

Apepun bersyukur sangat..bermulanya tarikh 9 januari lalu,bermula dgn mesej pertama daribest buddy,pyah sehinggalah hari ni..tak putus2 penghargaan yang saya dapat,tak kire la,sms ke,ym ke,adiah ke,ucapan mulut ke..
gembiranya...


Kek Pertama share ngan yana[ni cam ad yg ke 2 je??]kompius2..

teet2..teet..msg berbunyi..alhamdulillah apabila inbox dibuke muncul msg dr abh

'Selamat hari lahir ke 21..semuga panjang umur,murah rezeki dan berjaye dalam mengejar cita2..drpd abah,umi,oja,anis,adib..'

Selepas sehari berlalu,kol mesia..umi tny tak buat ape2 ke raikan kawan di hari lahir?alamak!tak..saye jawab.

Terlupe coz biasenye umi jugaklah yg bz memasak bile tibe burfday saye tuk disambut n jemput rakan2 ke rumah.
itulah umi.. itu yg buat saye kagum.. gemar benar umi buat makan2 n ajak tetamu ramai2..

'Dah besar dah anak2 abah.yang ni pun dah 21..'kataku..
'Iyelah..sume dah besar2.pandai2 lah pikir ape yg baik dan buruk..kebebasan sudah diberi.Pandai-pandai lah pikir..Takkan semuanya abah yg kena pikir untuk anak2'kata abah.

Itu pule abah..selalu aje motivasi yg menjengah dari bibirnya.Itulah yg menguatkan saye..

'kakak2,kakak dh 21 kan?adik 6 tahun..'adik
Tak sangka adik,dah besar dh..dh pandai dh kire2 umur saye n die..cerdik2

'kak,kak chik yg ingatkan abh,anta msg kat kakak'anis pule bersuare..

Umi cakap,adik kate,kakak dh 21,adik 6 tahun..bile kakak nk balik..sbb umi kate bile adik 6 tahun,kakk 21 tahun..kakak balik plop..

Ish3..terharu..tibe2 rase rindu menjengah..takpe la..insya Allah,nanti bile cuti panjang kakak balik la

'kak oni,kakk balik bile?'adik
'kakak balik lambat agi,bulan 7 atau lapan'ujarku

kerenah adik ni..selalu buat aku tersenyum sendirian..biase la..budak2 kecik..apabila nak sesuatu bnd mesti cam tak sabar...

adiah pertame[kredit to sehah]

adiah ke 2[kredit to fatin]

yg terharunya juge,oja pn tak lupe tuk wish..maklumlah..susah dak2 lelaki yg besar2 ni nak ingat tarikh..tambah2 burfday...burfday kakak pulak tu..apepun thanks a lot!


kredit to wafaa'

thanks zahidah!Nice..

kredit to gie,zahidah,luvly yellow card from aisyah idrus.tisu bertulis?huhu..thanks atif!

Eh..adiah drpd melor pn ad,adiah drpd atif..eh2..adiah luv drpd bebeh pn ade..

kredit to kak sal,cik raden n Aisyah atas koleksi choc nih..


kredit tuk cik bella..[aih,nak suh saye nek badan ke ni?]

kredit to ten2 and cik Emma..mesti leh teka kan yg mane satu dr ten2..ngee~

kredit to choda[wah..gurly nye]


kredit tuk cik aimi[mug ke 2..aik..cam ad yg ketiga je?mane yg pertama..?cari2]

..................................................................................
har..tu la kek ke 2..dari adik2 ku

Tak terhingga ku ingin ucapkan buat adik2 ku tersayang..tibe2 datang ngan kejutan hari ni..akak sangat terharu dgn ingatan korunk kat akak..sangat2 terharu.Moga pertemuan kite bukan hanya di dalam circle..Ya!kite bertemu dalam circle,namun,kite mahu kekalkannya bukan setakat circle semate mate..malah lbh dari itu...

dari adik2 tersayang



aik..mug lagi..eh2 jgn bimbang adik2..akak suke adiah ni..suke2,buat koleksi mug..

Amat bermakne ucapan dr Nur..'pertambahan usia,maknenye semakin dekat dgn kematian'..
dan itu yg perlu diingat agar tidak terlalu leka

Ape yang saye buat ni adalah tuk SEMUA kesayangan saye...maaf kepada yg saye tak dapat sebut semua kat sini,namun kepada semua yg dah wish kat saye,senyum kat saye.saya sangat hargainya..percayelah...

entry ni tuk sume,sume yg kenal saye,sume yg sentiase bg support kat saye..jgn anggap,saye tak sebut semua kat sini..maknenye saye lupe kat mereka..yg anta sms.ym,by mulut,bg kad...sume la..saya ingat dan saye sangat hargai anda semua!

p/s;-mgkin ad tambahan satu dua ayat dr penulis lam dialog2
-selamat ari lahir tuk sume yg lahir di bulan Januari..

Ok,selamat menempuh peperiksaan semua,moga kite tidak hnya mumtaz di sini..tp,mumtaz DI SANA!ameen..
Bittaufiq wannajah...

Isnin, 4 Januari 2010

keadaan yang biase..

Salamalaik…

Alhamdulillah kerana punyai kesempatan

Kenikmatan melimpah ruah

Kesenangan yg tak henti2 Allah turunkan..

Situasi yg dialami,sentiase mendatangkan perubahan dalam seharian..

Biarpun hampir same langkah yg dicipta..

Menuju ke kuliah,balik dr kuliah..namun dalam keadaan yg selalu ini juge ad juge perkare baru terselit di dalam asakan manusia..

Tersentuh dgn gathering antara kami weekend lepas..[terima kasih sahabat buat sahabat yg memasak n menjemput..]

wanita+solehah.jpg (400×266)

Bukan semate mate perkumpulan ramai yg mencetus keriangan,malah Alhamdulillah ade input yg berguna dikongsi..

Bersyukur sgt2 ke hadrat Allah SWT kerana menghantar kami ke sini dan sekaligus melahirkan bia’ah yg solehah antara kami..

Kesedaran n kefhaman yg kami dapati,membuat kami runsing ttg ummat..

Kerana kewajipan kite pd hari ini,bukan sahaja pd diri dan keluarga,malahan masyarakat di luar sane..

Resah kami memikirkan keadaan tanah air kami yg memg memerlukan kerahan kami…

Resah kami,bimbang2 kami tersungkur di pertengahan..

Resah kami,bimbang2 perkumpulan kami ini ilang ntah ke mane bile masing2 busy dgn urusan masing2 nanti…

Kami berharap,tp,tak berharap bnyk..cume kami berharap kami dapat berkumpul spt itu apabila masuk alam kerjaya nanti

Namun,kami harap lagi,bkn setakat kami yg berada dalam kumpulan itu..namun,sister2 n nurse turut join kami..

Kami arap lagi,perkumpulan sebegini yg menjadi medan perehatan apabila sudah kepenatan on call nati

Rehat bkn setakat rehat ketiduran..namun,mahu dijirus dgn indahnya keimanan

Insya Allah..kami ingin n tak sabar menunggu saat itu…….

Wahai orang-orang beriman!Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?As Saff;10

[Yaitu] kamu beriman kepda Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik baik bagi kamu jika kamu mengetahui.As Saff;11