Sabtu, 28 Ogos 2010

helaan

Assalammualaikum wbt...


Beberapa hari ini saya telah belajar sesuatu...sesuatu yang amat mengajar diri berfikir tentang perjalanan hidup yang seindahnya telah dilakar dengan hebatnya oleh sang pencipta.

Di waktu saya suka,saya belajar bahawa saya perlu ingat padaNYA dan waktu saya sedih saya juga perlu beringat adanya DIA sebagai pengubat jiwa..

Benar kata rakanku hatinya milik Allah..dan hati ini jua saya serahkan pada Allah...

helaan nafas dalam kesabaran~

Jumaat, 20 Ogos 2010

rindu-rindu aduh sayang merindu^^

Assalammualaikum wbt...

Sedar tidak sedar sudah 11 hari kita berpuasa dan sudah hampir waktu untuk saya pulang ke Malaysia.Seronok memang seronok tapi tak sangkal juga perasaan sedih nak tinggalkan bumi Mesir ni walau sementara kerana sebahagian kematangan dalam hidup,saya pelajari di sini..

Tak sabar juge nak jumpe wajah-wajah kesayangan kat TERENGGANU tuh..Borak-borak ngan umi kat phone ,sampai umi cakap abah tunggu kurma dari saya...punyalah seronok abah nk sambut saya balik,padahal kurma ada je kat mana-mana...huhu

Itulah nikmat yang dikurnia Allah...keluarga sebagai pengubat jiwa...mereka penenang jiwa..di saat berduka mereka tidak tinggalkan kita..dan selama ini memang kekuatan saya pada motivasi abah...kekuatan saya pada nasihat umi....kekuatan saya pada gurauan adik beradik...

Memang kita berkeluarga..percayalah..yang berkahwin pon akhirnya mereka berkeluarga kan?Nah bukankah itu salah satu nikmat kita kat dunia ni?Tanpa keluarga niscaya nak 'survive' senirik pun lomah..tinggal sorang-sorang lemah juga..Maha Suci Allah mengurniakan kasih sayangNYA dengan menyampaikan keluarga sebagai pengubat jiwa.









Sabtu, 14 Ogos 2010

Berita Harian Online | Cinta tak direstui punca kes cerai pasangan muda

Berita Harian Online | Cinta tak direstui punca kes cerai pasangan muda

Cinta tak direstui punca kes cerai pasangan muda
Oleh Nadia Hamid
nnadia@bharian.com.my
2010/08/15

Modul khas bentuk keluarga bahagia perlu ada: Dr Fadzilah

KUALA LUMPUR: Hubungan tanpa restu ibu bapa dan kurang didikan agama adalah antara faktor utama peningkatan kes perceraian di kalangan pasangan muda di negara ini, kata pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah.

Katanya, kebanyakan pasangan muda tidak bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal untuk mendirikan rumah tangga menyebabkan mereka kurang matang membezakan kewajaran tindakan mereka itu.

Berdasarkan kajian yang dijalankannya, Dr Fadzilah berkata, sebanyak 80 peratus pasangan muda yang berkahwin dikesan melafazkan perceraian berikutan hubungan tidak direstui keluarga, malah ia menyebabkan punca pertengkaran antara kedua-dua pasangan.

Katanya, 65 peratus pasangan muda bercerai disebabkan asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.

“Di Malaysia, masih tidak ada modul khas yang membincangkan langkah khas untuk mendidik pasangan muda mahupun mentua dalam menjalani kehidupan seharian.

“Modul perkahwinan yang disediakan Jabatan Agama Islam perlu dikaji semula berikutan masih tidak mencukupi untuk mendidik pasangan berkahwin memahami konsep serta tanggungjawab mereka dalam masa singkat,” katanya selepas menyampaikan ceramah motivasi kekeluargaan, di sini, semalam.
Ceramah anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (LPPKN), bersama Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Kuala Lumpur (PPZ MAIWP) itu dihadiri 160 peserta Persatuan Orang Pekak KL dan orang awam.

Hadir sama Pengarah LPPKN KL, Azyan Mohamed Ali; Presiden Persatuan Orang Pekak KL, Aqlam Jafri dan Eksekutif Unit Dakwah PPZ MAIWP, Husin Abd Rahman.

Laporan sebelum ini menyebut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merekodkan 949 perceraian antara Januari hingga Disember tahun lalu membabitkan pasangan bercerai berusia antara 26 hingga 30 tahun dengan statistik lelaki seramai 420, manakala wanita adalah 529.

Malah, kebanyakan pasangan itu didakwa berkahwin hanya untuk melepaskan nafsu tanpa memahami tujuan perkahwinan serta beralasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan masih tidak mempunyai ilmu perkahwinan yang lengkap.

Mengenai isu pembuangan bayi, Dr Fadzilah berkata, paparan meluas media menyebabkan pelaku kes pembuangan bayi tidak berasa bersalah.

“Pendedahan berlebihan menyebabkan pelaku tidak segan, malah semakin berani melakukan tindakan sebegitu.

Pelbagai pihak harus memainkan peranan positif dengan menekankan fungsi institusi berkaitan seperti ‘baby hatch’ bagi memberi maklumat dan pendedahan awal kepada golongan berkenaan,” katanya.


lihat sekarang perlu baby hatch ke,perlu ajaran agama...sekarang lihat,perlu kepada pemakaian kondom ke,atau asas agama...sekarang lihat,perlu pendidikan seks atau agama..

memang benar Rasulullah SAW menyarankan pemuda pemudi berkahwin awal kerana nafsu yang tidak menentu di usia muda..namun,jika berkahwin semata-mata mahu melempiaskan nafsu..bagaimana keluarga yang terbina dengan keadaan si suami yang kurang pengetahuan agama dan si isteri pula yang memang perlukan bimbingan pengetahuan agama dari suami tercinta....

pokoknya,asas agama perlu dibina sedari kecil..anak-anak dididik dengan dasar kefahaman..barulah dapat melahirkan pemuda yang kukuh asas agamanya dan kalau nak kahwin awal pun dah settle!

Mengapa harus ragu-ragu dengan sistem pendidikan Islam?Dan terlalu bimbang anak-anak tidak dapat mengikut perkembangan dunia jika tidak mengambil sistem barat...

Mari kita sejenak berfikir,,bukankah ilmu sains,ilmu duniawi dan segala ilmu seisi dunia ni milik Allah?Allah yang berkuasa ke atas segala sesuatu..dan mengapa kita masih perlu ragu-ragu dengan sistem Islam yang menyeluruh?

Wallahualam...

Jumaat, 13 Ogos 2010

IHRAM 2010


pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan...nantikan!
“Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]

Rabu, 11 Ogos 2010

ramadan sudeyh

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulilllah Allah telah sampaikan diriku bagi menyambut ramadhan kali ini.Dan pada kesekian kalinya ramadhan disambut di bumi Anbia setelah 2 tahun permulaan puasa dirai di Malaysia.Al maklum bukan tidak pernah berpuasa di sini..ketika mula-mula sampai dahulu pun dah pernah puasa.

Seronok tengok suasana yang meriah..Keluar berjalan sekitar cairo hari ni..Tidak banyak kedai dibuka seolah hari raya di Malaysia.JAlan tidak terlalu sesak seperti biasa..Di mana -mana Al quran dibaca dan masing-masing tidak banyak bercakap mungkin sahaja untuk mengelak bercakap perkara lalai atau mungkin sahaja telah penat setelah seharian bekerja.

Di waktu siangnya agak lengang manakala berbeza pula pada sebelah malamnya...masjid-masjid meriah..bacaaan imamm di mana-mana..Namun..langkahan agak kaku apabila kehidupan malam bagi sesetengah orang di sini tidak berbeza berbanding orang lain..ada sahaja yang melepak di kedai kopi dan tonton bola dan itu adalh rutin mereka..

Maka di sini saya boleh buat kesimpulan bahawa umat Islam sebenarnya terjajah dijajah tidak kira di Malaysia atau tanah arab...

hmmm.....bagaimana ye?

Wallahualam...

Selasa, 10 Ogos 2010

sarang

assalammualaikum wbt...

lama benar tak menjamah papan kekunci lektop ni..rase keras pulak jari2 ni tuk menari-nari mengiramakan blog yang bersarang ni..

bukan tiada masa cuma diri ini sahaja yang kurang mengambil peluang masa yang ada.Asyik sahaja ke sana ke mari kadang-kadang terleka apa yang perlu didahului dahulu...terkeliru juga dengan situasi diri..tidak bolah menyatakan bahawa suasana yang menekankan saya tapi,saya ini yang tak pandai untuk mengurangkan tekanan yang menekan ..hurm..masa..pantas betul samapi terllelah dalam menyingkap rahsia masa yang langsung tiada belas kasihan terhadap diriku..maknanya saya yang perlu menyayangi diri agar menjadi daya penarik terhadap masa...

Ramadhan datang kembali..senyum menampakkan batang hidungnya..datang dalam keadaan suci di mana diri yang bakal mencoraknya..seolah-olah ramadhan adalah tahun baru bagi muslimin sejagat kerana ketika inilah amalan bakal dilipat ganda dan diri cuba mengambil peluang untuk didekatkan kepada Illahi...

Di bumi Anbia ini..ramadhan disambut sangat meriah ..di kiri kanan jalan..terpasang lampu-lampu indah dan masjid sudah mula berseri sejak syaaban lagi...orang ramai berpusu pusu membeli barang keperluan...lemas tak tahu nka kata ketika shopping di saidina hussein...ramai sangat orang dan gembiranya mereka menyambut bulan ibadah,,,

Jika dulu ketika diri masih muda remaja..bila puasa terpikir terus nak raya..hurm..belom apa-apa dah ade kedengaran lagu-lagu raya di pasar-pasar raya,,,hurm..nampaknya bulan syawal lebih digemari di tanah air ku berbanding ramadhan yang menjanjikan pelbagai ganjaran pahala ketika beramal...

Bukan sahaja ganjaran pahala..perut pun direhatkan setelah beroperasi hampir setahun...banyak kelebihan berpuasa...tiada alasan untuk tidak berpuasa kerana itu adalah ibadat yang difardukan dan Allah tahu itu adalah yang terbaik demi kebaikan kita..Kasih sayang Allah kepada hambaNYA tidak bertepi sebab itu ibadat yang difardukan sentiasa ada kelebihan kepada hambaNYA ...Allah sentiasa menurunkan kurniaan tanpa mengira siapakah hambaNYA..Bertuahnya kita dengan nikmat yang pelbagai dariNYA..

Jom!jangan lepaskan peluang meraih cinta kepada Allah..utamakn kasih kepada Allah..pasti hidup bahagia..[juga untuk ingatan kepada diri ini]

Ramadan kareem...selamat menyambut ramadhan...

Wallahualam...




Selasa, 27 Julai 2010

suluhan

Assalammualaikum wbt..

Seawal pagi diri melangkah..melangkah dengan penuh azam ingin menjadikan hari ini lebih baik dari semalam...iman kadang-kadang turun naik..tanpa waspada akan merudumnya iman,itu saat kita mudah tumbang..nauzubillah....

Iman yang terletak pada dada kita mencerminkan diri kita sebenar..iman yang menyuluh kita agar lebih mengenal Allah..iman yang memandu kita akan kewaspadaan kita dari kemungkaran...saban hari kita melakukan dosa.. saya.tidak mengatakan manusia itu suci dari dosa[kecuali Rasulullah saw yang bersifat maksum..]

kewaspadaan kita akan iman, akan turunnya iman dan usaha untuk meningkatkannya perlu sentiasa ada....dengan iman..malu mula terbit dari riak akhlak....perasaan kasihkan iman akan sentiasa berbunga.....tingkah laku sentiasa dijaga agar terjaga segalanya...

Kita sebagai manusia tiada langsung hak untuk memandang jelik akan 'surrounding'..tidak berhak langsung untuk menjelik diri orang lain sedangkan diri kita juga belum cukup sempurna....Justeru,jadikan suasana kita sebagai latihan..latihan untuk kita berdepan dengan arus dunia yang mencabar..biar apa yang dilakukan asal kebenaran akhirnya tertegak...tiada soal kau musuh aku...aku musuh kau....setelah beban dakwah terpikul di bahu...selagi itulah dan hingga ke akhir hayat kita sebagai daie...bukankah golongan yang menyatakan LAILAHAILLALLAH..MAKA MEREKA ADALAH DAIE?

Wallahualam...