Sabtu, 30 Januari 2010

enjoy

Assalammualaikum,

'Ya Allah janganlah jadikan umi aku tua.macam tok''
DSC_0017 a9735054-a020f414-10822770-f36d05ee.JPG (500×334)

Gambar sekadar hiasan..[bukan adik saya]

Tergelak besar saya dengar adik doa macam ni.Budak kecil pun tak nak jadi tua
tapi,itulah hakikat duniawi

Semua orang menghadapi proses penuaan....
normal_ongtua.jpg (299×400)



jadi macam mana dengan orang yang masih belum puas dengan hidop?

Mereka berkata mereka masih belum mengecapi nikmat hidup yang selayaknya
bak orang kata ketika muda enjoy puas-puas
bila dah tua dah tak boleh nak enjoy,kena penuhi masa dengan ibadat.

Cuma nak tanyalah kepada golongan-golongan ini,adakah anda jamin hidup anda sampai ke tua?Sehingga anda tunggu hari tua baru mula nak mengecapi kemanisan iman?
Adakah anda tahu tarikh ajal anda?

Tidak..semua orang tidak tahu bila dia akan meninggal dunia dan kita perlu bersyukur kepada Allah kerana nikmat ini.Allah tidak mendedahkan ajal kita.Jika kita tahu bila kita akan mati,sudah tentulah kita takkan pergi kerja,belajar,exam sebab masing-masing sibuk nak melengkapkan diri untuk bertemu Allah.

Dan sebenarnya kehidupan itu adalah ujian kerana kita yang akan berusaha melengkapkan diri untuk menghadapi saat kematian dan saat perhitungan nanti..Kita adalah kita untuk bertindak..
Bukan orang lain yang berhak ke atas kita..tapi,diri kita sendiri

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nikmat yang diberikan kepada sesuatu kaum
melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka."8;53

Tapi,hari ini sebaliknya pula berlaku, bila dah capai usia tua mula berasakan diri tidak cukup lagi mengecapi nikmat kebahagiaan.

Apa sebenarnya yang membasahi benak manusia?

Selalu tidak puas,kurang rasa syukur,tika kanak-kanak,tak sabar nak besar..bila dah tua,nak jadi muda balik
3811301324_cedaa0d81d.jpg (332×500)


Sebagai orang seusia semacam saya dan kawan-kawan,sememangnya dunia penuh cabaran,tunggu kita untuk memilih..

Bak kata,usia mudalah penentu segalanya,penentu kepada masa akan datang..
pemuda harapan bangsa~

Betul ke dengan kenyataan muda hanya sekali,enjoy your life..atau kita tukar sedikit;
'hidup hanya sekali,muda hanya sekali,mari buatkan hidup kita bererti,tanpa kita menyesal nanti,dan kemudian hari..'

Siapa kawan-kawan sekalian dan siapa saya?kitakan orang muda dan orang muda yang dimaksudkan atau dapat difahami bahawa golongan yang boleh menjadi tempat bergantung harap,gagah,bersemangat,tempat untuk menuai hasil,agar nanti hasil yang dituai bermanfaat kepada diri,agama dan masyarakat sejagat.

Masa kecil-kecil dahulu,saya macam tak sabar nak besar sebab bila nampak orang masuk universiti,mereka punyai life yang bahagia,boleh ke sana ke mari,shopping sana sini,hang out dengan rakan-rakan dan ini membuatkan diri teruja dengan cara mereka mengurangkan stress.

Namun,kadang-kadang sress ni pelbagai bentuk dan kadang-kadang dengan cara begitu pun belum tentu stress dapat hilang seratus peratus

Dan apakah saranan terhadap kita sekarang kawan-kawan??

Saranannya ialah,ya!hidup mesti enjoy.tapi,enjoy yang mana satu kita pilih?enjoy apabila kita
rasa kemanisan iman ada di dada atau sekadar enjoy yang kadang-kadang menyesakkan lagi pemikiran..

Duhai saya dan kawan-kawan harapan Islam,harapan bangsa,umat sejagat
Mahukah kita hidup bersenang-lenang?
sedang nanti senang lenang kita akan membuatkan kesan yang negatif dan berpanjangan di hari tua

Duhai saya dan kawan-kawan harapan Islam,
mahukah kita Islam hanya di nama
dan bukan di dada?

mahukah Islam sekadar menjadi a part of our life dan sebahagian lagi ditinggalkan?

Mahukah kita apabila sudah mempunyai anak nanti,dan anak-anak kita menjejaki langkah kita yang tidak mencerminkan sebagai seorang pemuda Islam?
Bukankah salah satu amalan kita ke sana kelak adalah doa anak-anak yang soleh?

Mari menjadi matang dan berfikiran panjang

Fikirkan apa yang kita mahu kepada anak-anak kita?

Anak-anak yang soleh dan solehah atau hanya Soleh bin Ahmad atau Solehah binti Ahmad?

Fikir begitu!Agar kita berasa tiada masa untuk kita buang terhadap perkara yang remeh,agar kita berasa kita mahu melihat Islam itu gah bukan hanya pada nama,Islam itu gah apabila dilaksana,Islam itu lebih gah apabila punyai pemuda seperti kita!

Berani melontar kebenaran,tidak takut menentang kejahilan

Duhai saya dan kawan-kawan,tidak kah kita rindu saat itu?