Bismillah
Kami bertemu mata dan sangat gembira,
Kembali berjumpa hati yang sama,
Riak yang sama,
Sikap yang sama,
Antara kami tiada beda,
Tiba saat saudara kami bicara,
Ku lihat mukanya merah seolah ada yang tidak kena,
Mulutnya akhirnya menuturkan kata,
Tiada nada yang lain ku dengar,hanya sebak di dada,
Terketar nada menahan derita,
Derita jiwa entah mengapa,
Terdiam kami tiada terkata,
Apa yang berlaku tidak dapat diteka,
Kami menunggu dengan hiba,
Apa ukhti mengapa tiada bicara?,
Akhirnya terbuka segala gelora,
Menahan pilu entah berapa lama,
Mengapa ukhti,mengapakah kakanda?
Usia bukan penghalang cerita,
Berkongsilah rasa dengan bersua,
Aduhai kakanda apakah gerangan,
Perkara derita dipendam jangan,
Maka lantang bersuara si kakanda kita,
Bersuara bertanya siapakah kita?
Ditanya pula apa yang dibicara,Di setiap cerita adinda bersuara?
Adakah suara juang yang selalu digempa?
Adakah ilmu yang keluar dari mulut adinda?
Adakah adinda sedar peranan adinda?
Turun ke bumi ada takhlifannya?
Sedarkah adinda perjuangan kita?
Sejauh mana adinda menongkah pancaroba?
Siapakah kita semua?
Bekerja berkeras untuk apa?
Mengapa mereka menghujam kita?
Berkata kita tiada apa?
Kenapa adinda?kakanda bertanya..
Ke mana mashaf yang menjadi panduan kita..
Di mana kekuatan jiwa tanpa dekat padaNYA
Di mana kebanggaan kita dengan apa yang dibawa jika jiwa penuh cela?
Sedarkah adinda besarnya tugas kita..
Bukan calang bukan biasa,
Kita penyambung tugas kekasih kita iaitu Rasulullah junjungan kita,
Di mana rasa di mana jiwa,
Jika erti juang hanya di mata,
Di hati jarang-jarang gempita,
Seolah-olah kecut untuk derita..
Duhai adinda kakanda pinta,
Mari kita mula dengan pertama,
Buktikan kita bukan biasa,
Kerana kita dicipta untuk luar biasa,
Terlukanya kakanda duhai adinda,
Bicara mereka mengata adinda,
Dengan kata yang mengguris kakanda,
Masakan tidak,adinda saudara kakanda,
Kakanda tahu siapa adinda,
Dan kita tahu siapa kita,
Kakanda bersuara bukan untuk menyerang adinda,
Kakanda bersuara kerana terluka,
Terlukanya kakanda dengan mereka,
Melihat kita seolah tidak bermakna,
Tidak mengapa adinda sayang,
Mari kita tingkatkan iman,
Tambahan ilmu menjadi pegangan,
Akhlak al quran kita mahukan,
Ayuh adinda mulakan langkah,
kakanda bersuara bukan melatah,
namun ini bukti sayang,
menegur untuk kebaikkan,
Usah kita pandang ke belakang,
Biar apa orang pandang,
Yang penting kita perlu gemilang,
Kerana kita DUTA ISLAM,
Mahu mati di JALAN ISLAM,
Mahu HIDUP KERANA ISLAM,
Usah bimbang adinda dengan kefuturan,
Sudah fitrah turun naikknya iman,
Yang penting adinda yakinkan,
Istiqamah adalah pentarbiyahan,
Agar tidak kita kesungkuran,
Menghadapi onar di hadapan,
Ayuh adinda bersama kakanda,
Kita berjuang tiada kecutan,
Demi Allah kita tegakkan,
Insya Allah mati pejuang kita inginkan….
ALLAH MAHA BESAR!
p/s:subhanallah!malam yang indah Allah temukan hati-hati yang ingin kepada perubahan kerana tanpa sedar diri menjadi tarikan masyarakat di luar sana~( banyak mata bergenang di saat itu)
jzkk buat yang mengingatkan kami yang lemah dengan selemah-lemah iman ini=)hanya Allah yang mampu membalas…..sayang semua kerana Allah!