Jumaat, 5 Februari 2010

termeterai sebuah ikatan

salamalaik..


Alhamdulillah masih dikurnia nikmat iman dan Islam dan kudrat sehingga boleh masih berjalan dengan elok,masih selera menjamah makanan..

'nikmat sihat sebelum sakit nikmat lapang sebelum sibuk..nikmat muda sebelum tua..nikmat berharta dan masih punyai sedikit wang dan cukup untuk menyara diri sebelum masa kesempitan duit...nikmat hidup sebelum mati...'

Hidup,penuh dengan nikmat,,kadang-kadang manusia alpa..ya!apabila alpa bukan cubaan untuk kita terus alpa..tapi,mari kita sentiasa melafazkan istighfar pada setiap kelakuan yang memalukan diri sendiri

cuma nak cerita apa yang berlaku di permulaan cuti pertengahan semester ni,biasalah,bila dah cuti sekolah,mulalah banyak jemputan walimah[ehem2..macam dekat Malaysia pulak~]

Alhamdulillah..hari ini,terbina sebuah masjid,termeterai sebuah ikatan antara abang Isra' dan kak Naimah

Selesai sudah misi mencari,
Kini mulai kehidupan sebagai suami isteri,
Semoga ikatan sentiasa berseri,
Dengan keberkatan dari Illahi
Seusai ikatan terikat membuatkan kami warga PERUBATAN kagum dan terharu..mana tidaknya,bukan semua orang mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam usia yang muda seperti kak naimah yang hanya tua setahun dari kami warga gen07

semoga dengan perkahwinan ini,membahagiakan lagi hidup kedua mempelai,menyerikan lagi kehidupan mereka dan semoga semakin bertambah nikmat kemanisan iman terhadap Allah.
Diucapkan juga tahniah kepada pasangan-pasangan seterusnya yang bakal menamatkan zaman bujang...Semoga semuanya diredhai dan diberkati Allah
kita yang masih bujang ni,marilah sama-sama meningkatkan diri,mengislah diri agar lebih bersedia apabila tiba untuk kita pula yang membina ikatan nanti.

'insya Allah,Allah dah tetapkan pada setiap orang itu,ada jodohnya..'nasihat umiku~



p/s;-rasa kesal tak dapat tolong banyak sangat dalam walimah ini.. sebab tarikh hampir bertembung dengan jadual musafir
-Semoga perjalanan MAT[Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN] esok hari berjalan lancar dengan izin Nya..
-Doakan kami agar selamat pergi dan kembali ya!