Ahad, 3 Julai 2011

pahit itu perlu ditelan,manis itu perlu dikekalkan..

Dalam rakus manusia mengejar dunia,

Tanpa rasa, melangkah penuh gah,

Di waktu susah…ya!Aku ada Allah,aku ada sang pencipta,

Di waktu senang hampir melupakan hakikat diri bertuhan….

Nikmat melimpah ruah hinggap satu demi satu..


Seolah racun menarik penyantun dari terus bersantun,

Tanpa segan orang disekeliling diratah dan dimomokkan dengan ketakutan,

Seolah dialah penguasa segalanya,

Nasihat tidak mampu ditadah dek telinga,

Kata-kata tidak boleh ditegur,dikata penderhaka,

Silap diri tidak boleh dijentik kerana merasa diri pejuang sebenar,

Orang disekeliling mengharapkan dirinya melihat dirinya sebenar,

Tapi sayang,dia masih tidak dapat meneka lenggok bahasa yang diwar-warkan

Ada pula golongan yang selesa dengan kesenangan,merasa aman dan tenteram,

Ada pula yang merasa kemungkaran harus dibanteras,

Ada pula diragui pendirian,

Mengapa perlu takut dengan seruan nahi mungkar?

Takut diri tidak dapat menikmati lagi sisa alam?

Mengapa tidak segan menyokong lampauan gempita sorakan yang melalaikan?

Apakah manusia tidak takut dengan amaran tuhan?

Mengapa mahu menegakkan yang hak,ditakuti menggugat institusi?

Mengapa tidak takut balasan tuhan dek kerana hiburan melampau di sana sini?

Sang gadis dengan caranya,pemuda dengan gayanya…

Lupakah kita….kita ini bertuhan…

Mengapa kita mengaku punyai Allahu Ahad tapi,menegakkan yang hak dikatakan keterlaluan?

Ayuh..kembali,mari kembali bersama..

Renung kembali..logikkah seribu tahun kita di sini?

Seusia moyang kita itupun bertahan semaksima tidak melebihi 200 tahun,…

Renung jauh..renung…kita ini di mana?

Di tempat milik kita?Ia kekal milik kita?

Atau kita menumpang kasihNYA dan rahmatNya yang memberi kesenagan buat kita…

Kadang tidak dapat dinafi diri ini juga khilaf..sewaktu diuji hanya sekali,seolah derita datang bertubi-tubi,

Lupa hakikat diri yang memang perlu diuji,

Ujian itu salah satu kasihNYA,tanda DIA memandang kita dan mahu kita kembali dekat dengaNYA setelah kita jauh dariNYA…

Yang di atas tidak akan selamanya di atas…

Usahalah kamu dalam kebatilanmu,tetapi Allah Maha Melihat kebatilanmu,

Sekuat mana,sebanyak mana pon kekuatan yang kau miliki,

Kau masih manusiawi yang selayaknya hamba rabbi,

Sudah tentu yang berkata-kata bakal diuji,

Mintalah pada Illahi agar diteguhkan hati,

Tidak jauh lari dari sisi Rabbi,

Moga harta,ilmu,ibadah,perbuatan,muamalat dipandu di atas cinta kepada NYA..

Tidak susah bukan ?untuk berharap ketenangan itu datang,

Yang penting diri perlu mencari kunci ketenangan,

Yang penting diri mahu hidayahNYA datang..

Yang penting diri benci melihat & melakukan kemungkaran,

Itu prinsip manusia bertuhan,

Sekali agamaNYA dirobek,

Membara hati bagai dikorek,


Moga kita di sini,

Kekal di bawah lembayung kasihNYA Rabbi,

Moga mereka juga di sana,

Tidak putus mendapat rahmat Illahi,

Yang tersasar,ayuh kembali,

Yang kembali,kekalkan berdiri menghirup kasih rabbi,

Mengharap cintaNYA menyegarkan sanubari,

Sudah tentu diri ini masih perlu dibaiki,

Banyak rompong,banyak pula parut dosa yang tercalar,

Yang penting kita sama-sama mencari hakikat diri,

Yang muda tidak selamanya muda,

Jangan menuggu tua baru mahu pulang ke sajadah cinta,

Mari jadi pemuda/pemudi yang bersinar bahagia dengan rahmatNYA,

Bukan kelam,kabus mendamba mungkarNYA..

Diriku juga pemuda,aku juga punya rasa,

Dan rasa itu jua yang menjerat hina,

Seolah menarik balutan kemas membalut luka,

Itu lagenda ku,lagenda mu pula?

Sudah…sejarah semalam tidak perlu ku kupas panjang,

Ayuh susun langkah ke hadapan,

Mencipta 'mood' baru ke alam yang menginjak,

Mengumpul modal untuk bekalan ke hari yang kekal,

Aku menulis bukan mahu menjerat yang lemah,

Sudah tentu aku juga manusia lemah,

Tapi,mana mungkin aku terdiam lemah,

Melihat manusia sepertiku seolah-olah lemah,

Insya Allah,sama-sama kita tetap di jalanNYA..

Lemahnya kita perlukan tuhan,

Itu tujuan penciptaan…

Ayuh,jangan berlengah,

Guna masa renung kembali,

Kita ini fitrahnya suci,

Namun.pengaruh duniawi membuat kita hampir terlupa diri,

Sudah tentu kesalahan itu biasa kerana kita biasa,

Namun Allah telah berfirman di dalam kitab NYA,

Menyeru manusia sentiasa memohon keampunan NYA,

Bertaubatlah kepadaNYA,niscaya Allah mendengar taubat hambaNYA yang ikhlas,

Diri ini yang paling layak diseru…

Moga kasihNYA yang selalu kita rindu,

Moga jelas apa yang kita tuju,

Moga Allah menjadi sandaran hidup dipandu….

Sujud keampunan aku mohon padaMU…

Terimalah sedu sedan insaf dari hambaMU..

BImbing kami dalam rahmatMU…


alt