Selasa, 21 Jun 2011

beliau paling bermakna ^ ^


Bismillah....

Assalammualaikum wbt...

Cukup lama tinggalkan alam ni…cuuukup lameJ

Berminat berkongsi kisah seseorang yang bermakna di dalam

hidup saya…

Dari saat saya bayi..tangannya tak lepas mendukung saya..sampai sekarang beliau masih mendokong saya dalam setiap hal…

Mungkin orang lain nampak beliau sebagai yang biasa..tapi dalam hati saya beliau luar biasa!

Beliau guru pertama,mengajar solat…waktu nak berlatih-latih solat,beliaulah ambilkan sehelai kain batik..buat seolah-olah ia sebagai telekung..'and such a precious time 'bila beliau menghadiahkan telekung untuk hari lahir saya ke 7….

Saya bangga punyai beliau…waktu kecil..saya la yang paling kuat meragam..duduk taknak..asyik nak berdukung dan tangannya yang gagah la yang selalu mengangkat saya…mendukung saya…

Waktu sakit..beliau perawat terbaik..waktu diri kanak-kanak dulu,tengah –tengah malam bancuhkan air,kejutkan saya dari lena semata-mata suruh makan ubat..sakit pening,luka pedih beliau lah yang tolong sapukan picitkan…bila sakit…saya selesa mengadu pada beliau..bila rasa tak ada insan lain yang boleh ubat sedih bila turun kelas,'result down',beliau lah yang bangkitkan dan bakar semangat..

Kagum dengan beliau,beliau bukan dari keluarga senang,selalu cerita,,dulu-dulu,pergi sekolah redah ladang getah,,balik sekolah,tolong mak(nenek) sediakan makanan untuk adik-adik..wah!beliau cukup-cukup bertanggungjawab…

Bila saya kata saya 'down',beliau kata 'takpe,teruskan.'.tak pernah mendesak saya untuk mendapat yang cemerlang atau mesti mendapat tempat yang pertama..tetapi selalu bakar semangat saya untuk ke hadapan untuk cemerlang..

Kata-kata semangat tak putus-putus..sejak di alam sekolah,beliau salah satu pemangkin motivasi saya..

Beliau juga guru terbaik dalam mengajar nilai murni..larang makan atau tunjuk-tunjukkan apa yang ada pada diri yang lebih sikit daripada menunjuk-nunjuk pada yang lain..takot-takot kecil hati kawan-kawan tengok…

Beliau jarang melarang dengan tangan..beliau lebih kepada nasihat dan nasihat itu atau tingkah laku bantahan dari beliau sebagai 'sign',’ok..ak kena 'stop' buat perkara itu & ini..’

Beliau orang yang sangat cekal hadapi hidup,tinggi sabarnya..tak berkasar dalam berkata-kata….bila ,mendengar apa yang dilalui beliau..berjejer air mata boleh keluar…

Itulah abah…orang yang paling bermakna dalam hidup saya…selepas Rasulullah,,beliau hero kedua dalam hati saya..saya bangga punyai abah..sampai masa kecil dulu-dulu..terpikir,macam mana la nak hidup kalo tak ada abah kat sisi….(besar-besar ni pon masih terlintas perkara serupa)

Tak tergambar nak gambarkan perasaan saya sebagai anak tak dapat la nak balas beribu-ribu jasa abah dalam membela diri dari sebesar tapak tangan sampai dah besar sekarang…

Apa yang saya nak kata,biar orang lain tak nampak apa yang ada pada abah…tapi,biar saya yang nampak kehebatan yang ada pada abah,,tak tertulis lagi banyaknya kasih sayang yang telah dicurah harap ini cukup sebagai salah satu penghargaan buat abah…

Saya percaya sahabat-sahabat pon ada hero yang bermakna dalam hidup anda..hargai mereka..kadang-kadang ayah ni terkenal dengan sikap tegasnya,,tapi,percayalah..sifat tegas sebagai tanda mereka 'overprotective'!beliau bimbangkan anak-anaknya....

kadang-kadang hari ibu kita selalu tanda kat kalendar,tapi,hari ayah pula kita terlupa..jangan agak-agak ayah seorang lelaki beliau berjiwa keras,kurang kecil hati bab-bab kalau tak 'wish' ni..kadang-kadang ayah lagi hebat makan dalamnya.Al-maklum kalau mak,kita lebih nampak bila beliau kecil hati....

Sebagai ingatan juga buat diri agar kita menjadi anak yang adil berbudi dan adil berbahagi kasih sayang kepada ibu dan bapa...

Harap-harap sangat kita jadi anak yang penuh berbudi kepada orang yang Allah kurniakan buat kita menyayangi kita sampai dijaganya kita menjadi sihat walafiat macam sekarang(tak ada yang terbuang^^)

N/B:Umi pesan,’kakak jangan lupa abah’…

baik....kakak takkan lupa abah…sebagai orang yang banyak berjasa dalam hidup ini….T_T



tengok video ni teringat kat abah:) @_@