Rabu, 31 Ogos 2011

Robin Hood!

Assalammualaikum wbt...

Bertemu lagi..=)

Suatu hari,belek punya belek…Aduh,kenapa tak menarik langsung isi yang diisi di dalamnya..

Asyik bercerita tentang robin hood yang kononnya berhati sangat mulia berjuang merompak dan akhirnya hasil rompakan diberikan kepada orang-orang yang memerlukan…


Padahal,jika ditimbang tarakan,banyak betol compang camping di dalam gerak kerja robin hood..Masakan tidak,bekerja,menghancurkan hidup orang lain untuk membantu orang lain..logikkah begitu?

Berita-berita yang dipaparkan seolah-olah robin hood itulah penyelamat dunia,,tiada hero terbaik selain robin hood,,,kepalsuan,penipuan di pihak puak robin hood disembunyikan…orang yang berusaha untuk mengeluarkan orang-orang yang terperangkap diperangkap…sekarang robin hood punyai kuasa,,buat itu dan ini…nak buat kerja-kerja’mulia’?laju robin hood hulurkan tangan dengan gemerlapan cahaya dari lensa mengiiklankan kerja-kerja mulia robin hood..

Persoalan..robin hood itu bukankah manusia..takkan semua perkara dilakukan diterima bulat-bulat oleh semua pihak?Takkan la orang-orang yang diluar lantang memperkatakan itu dan ini tiada satu pun yang benar?Bukankah kita diciptakan tidak sempurna dan punyai saudara sesame kita untuk menegur jika ada hari kesilapan kita dirasakan patut ditegur?

Apa yang pelik..dipekakkan telinga,dikaburkan mata dan tanpa usul periksa.sesiapa yang berani menegur itu pengganas dan apa-apa sahaja fakta pengganas tidak patut didengar..alahai..robin hood pula yang nampak seperti pengganas..seolah-olah tiada pula runag untuk golongan tertindas bersuara..oh!Robin Hood hampir tergelincir dari watak sebenar…

Jika sentiasa melihat setiap kerja robin hood itu mulia kerana dia berusaha untuk menolong golongan tertindas..tapi,sebenarnya dia penindas!Masakan tidak….merompak hasil keringat orang lain untuk diberikan pada orang lain..sekurang-kurangya jika Robin Hood berusaha bersungguh-sungguh dengan amanah…Mesti tiada la yang pertikaikan gerak kerja robin hood..

Tetapi,mengapa robin hood tidak bersedia dinasihat?