Sabtu, 18 September 2010

celiknya si hawa

Assalammualaikum wbt..


Pada malam itu,hawa itu selesa mengenakan jubah hitam ...bersiap ala kadar,dia terus melangkah menuju ke kereta...

Perjalanan hanya mengambil masa yang singkat...di kiri kanan jalan kereta penuh di jalanan.Mungkin ada yang baru pulang dari kampung,mungkin sahaja ada yang menghantar anak-anak pulang kembali ke asrama.

Sampai sahaja ke destinasi rumah terbuka yang hampir tertutup kerana terlewat sampai;D Makanan yang terhidang dicedok.

Selesai menjamu sedikit hidangan para hawa duduk sambil berbicara soal kehidupan dan kes yang masih hangat dibicara.Salah seorang dari mereka ada yang trauma dengan kejadian yang langsung tiada berhati perut dan kejam.

'Sepatutnya,kalau nak hukum,hukum macam mana dia lakukan kepada mangsa...setakat ke tali gantung..itu biasa....'kata salah seorang dari mereka.

'hmmm...macam sistem hukuman dalam Islam...pelaku dibalas sama dengan kelakuannya terhadap mangsa..kesimpulannya...sistem Islam juga yang menjamin...'ujar seorang lagi

Subhanallah...alhamdulillah..terdapat juga kesedaran tentang adilnya sistem Islam.Masyarakat mula sedar akan kepincangan sistem manusia yang tiada penyelesaian kalau dilihat...Sistem yang Allah juga yang menjadi pilihan kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA..

Yang penting...yakin dengan Allah...Istiqamah dalam beriman kepada Allah...

p/s:hawa itu pulang dengan hati yang senang...senang dengan kesedaran Islam yang mula tumbuh walau sedikit-sedikit seperti secubit garam...

Wallahualam....

Khamis, 16 September 2010

tulisan beku yang cuba dicairkan **

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah masih mampu untuk menjamah papan kekunci ini setelah hampir sebulan tidak ter update dengan cakar-cakar ayam ini.....Lama benar rasanya tak menulis..beku puka tangan kali ni...

Telah berlalu ramadhan meninggalkan perindunya dan tibanya syawal sebagai pengubat kepada sang perindu...kesibukkan tidak lain tidak bukan bersama keluarga mebantutkan lagi usaha untuk menjengah blog ini...

Setelah hampir bertahun tahun berada di perantauan..sedar tidak sedar sudah tiga tahun aku menghabiskan pengajian teori bidang perubatan dan masih berbaki 3 tahun setengah!

'lamanya....'itulah pandangan orang yang asik bertanya ketika diriku pulang ke tanah air...Lama tidak lama..rupanya masa itu hanya singkat rasanya baru semalam tinggalkan famili dalam keadaan belasan tahun dan sekarang sudah puluhan tahun....

Masa juga seiring dan teriring meninggalkan kita sebagai manusia biasa yang kadang-kadang menjadi hamba masa...tidak cukup itu dan ini..dan peredaran masa juga..pelbagai kejadian up to date berlaku...,

fesyen tudung up to date...

hiasan rumah up to date...

jenayah pun up to date...

Jika dulu..pembunuhan kejam berlaku dan sekarang masih berlaku....manakan tidak,,,golongan pembunuh atau pelaku kejam ini bukan tumbuh di zaman kita sahaja bahkan sejak zaman nabi adam lagi....di mana dua beradik bergaduh dan saling berbunuhan dan motifnya?????adalah harta dan hasad.

Dan begitulah yang berlaku sekarang kekejaman berlaku sehinggakan golongan profesional pon jadi bingung disebabkab harta disebabkan life yang semua up to date maknanya poket pon kena up to date~

Sehinggakan rasa segan tiada..rasa bimbang tiada..rasa kasihan pon tiada...merakus tubuh manusia berbunuhan tanpa segan silu....peradaban manusia hilang dek kerana nafsu yang membuas...kekangan idop yang hanya pada akal dan tiada pertimbangan hati itu yang menjadi punca kerosakan dan keparahan sosial dan pokoknya boleh dikatakan tiada keserian iman itu yang menjadi punca...

Berminat dengan tazkirah pagi yang sentiasa disiarkan di tv 9 pada jam 7 pagi
dan pada pagi ini telah dibincangkan tentang jiwa kosong..jiwa kosong puncanya adalah IMAN yang pudar...nauzubillah...




dan sempat diseru untuk kita terus istiqamah/berterusan dengan beriman kepada Allah.Beriman bukan pada hari yang kita nak sahaja atau waktu kita susah sahaja...namun terus beriman dan yakin dengan Allah tidak kira di mana dan walau siapa pun ..

Dan terbit pula soal bagaimana untuk mengelak jiwa yang kosong atau mendidik generasi yang berjiwa penuh dengan keimanan dan bukan kejelikkan.
Generasi dididik bukan berdasarkan sekolah yang dipilih ibu bapa namun cara didikan seawalnya adalah di rumah dan Rasulullah pernah berpesan cara-cara untuk mendidik anak seawalnya dengan 3 perkara iaitu didiklah anak dengan melakukan solat,bercerita tentang rasul2 dan bertadarus al quran....

Sesudahnya..memang Islam yang dicari demi kebahagiaan hakiki..kechentaan terhadap harta hanya kekal untuk sementara...baik jutaan ringgit hingga puluhan ringgit yang ada pon...semua itu ditinggal dan hanya amaln.ilimu bermanfaat dan doa anak-anak yang soleh sahaja yang bakal dibawa....

Wallahualam....