Sabtu, 10 April 2010

kuntuman bunga bercantum...

Assalammualaikum wbt

Alhamdulillah ke hadrat Allah kerana tidak putus-putus menganugerahkan nikmat yang tak terhingga banyaknya dari sehari ke sehari..tunggu diri ini sahaja sama ada ingin mensyukuri atau sentiasa inginkan kesenangan tanpa ingin bersusah payah.

Ingin sekali diri ini mencoretkan sesuatu yang ingin meluah isi hati yang penuh dengan keharuan dan kegembiraan yang masih belum boleh dibuang dari hati ini.ribuan terima kasih di atas kerjasama sahabat-sahabat dan adik-adik yang disayangi kerana bertungkus lumus dalam masa sebulan kerana ingin menjayakan sebuah program Girls'Day Out:GALA Busana Muslimah yang insya Allah dapat menyatukan hati kita semua selaku akhawat di sini



Tidak layak rasanya diri ini menerima ucapan tahniah dari mana-mana pihak kerana saya bukanlah orang yang sepenuhnya bertungkus lumus malah lebih ramai orang-orang yang dibelakang tabir membuat kerja dengan kudrat yang ada tanpa ada keluhan.Allah…Allah…Allah..syukur yang amat kerana dikurnia diri-diri yang hanya Engkau yang mengetahui keikhlasan mereka dan hanya Engkau yang dapat membalas jasa mereka.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,bertemu untuk mematuhi perintahMU,bersatu memikul beban dakwahMu,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA

[yang sebenar]Penuhkan[piala]hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan tumpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU.Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat tentang MU..[Jika Engkau mentaqdirkan mati]maka matikanlah pemilik-pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.Ya Allah perkenankan permintaan ini.

Selaku akhawat atau dalam erti kata lain wanita yang Allah tinggikan darjat kita yang jika berlaku amal yang baik dalam diri.Kerana wanita itu yang banyak mempengaruhi corak kehidupan temannya di sisi dan zuriatnya yang bakal menjadi pewaris Islam yang bukan hanya pada sekadar nama.

'Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka[daripada memandang yang haram]dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh ..'

An Nur;31

Rasa ingin sekali menyeru kepada semua wanita tidak kira masih remaja,atau masih kecil atau sudah dewasa mengenal erti kehidupan bukan untuk menjadi hamba nafsu malah menjadi hamba Allah yang akan menjadi penghuni surga Firdausi.

Bunga jika dijaga rapi,tidak akan jatuh kelopaknya,mutiara jika tersemat kemas di dalam sarangnya tidak akan jatuh menayangkan kecantikkanya dan epal yang segar di puncak pokok yang tinggi tidak akan berbau dan buruk jika ia sentiasa gah berada di puncak.

Sedih mengenangkan nasib anak-anak kecil sekarang.Teringat akan perbualan di telefon dengan abah semalam,kami berbincang soal anak-anak kecil sekarang yang lebih mantap pengetahuannya berbanding kita.Perkara yang sepatutnya kalau dipikir logik akal tidak patut dilakukan oleh seorang budak berumur 11 tahun,rupanya ia boleh berlaku.Apa tidaknya ketika usia 11 tahun telah berani melakukan jenayah seksual.Macam mana dan bagaimana?tepuk dada kita yang merasakan tanggungjawab kita terbeban di atas bahu.

Misalnya saya dan sahabiah di sekeliling perlu mula dari sekarang memikirkan masa depan yang penuh cabaran.Anak-anak sekarang lebih advance berbanding kita yang lebih veteran ini.Justeru perlu kita bersiap siaga memulihkan diri kita demi masa depan kita untuk mendidik anak-anak agar menjadi zuriat yang berguna dan berjasa dalam kejayaan Islam.

Tidak salah untuk bersiap walau rasa diri masih belum bersedia kerana kerja yang last minute mungkin mendatangkan hasil yang last minute.Tidak perlu lagi berasa terlalu awal untuk memikirkan soal ini semua kerana kita sudah perlu merancang dan sudah perlu bergerak kearah kebangkitan Islam.

Tidakkah kita mahu sekurang-kurangnya kita yang menjadi salah seorang penyumbang dan melahirkan generasi yang menyambung rantai perjuangan dan terus menjadi salah seorang yang berjasa dalam kemenangan Islam satu hari nanti.

Jom cermin diri!Perlu ke kita berubah mulai hari ini?