Assalammaualaikum wbt,
Berasa ingin berkongsi sedikit ilmu yang dapat dikutip dari pembalajaran de Ite[Islamic Tutorial Week] semalam.Di mana pembentangan kertas kerja tentang KiAMAT SUDAH DEKAT diadakan selama tiga hari bermula minggu lepas diiikuti dengan semlaam adalh siri kedua dam minggu hadapan adalah siri terakhir.
Berkisar tentang hari Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam yang merupakan ibu segala hari di mana kiamat juga akan berlaku pada hari jumaat.
Semalam Ustaz Mujahid ada menyampaikan tanda-tanda kiamat yang terbahagi kepada dua iaitu tanda-tanda kiamat besar dan kecil.
Antara tanda-tanda kiamat kecil ialah:
- pertambahan bilangan wanita berbanding lelaki
- pengembala menjadi kaya serta merta.Contohnya di sini,seorang yang dahulunya hidup adalah biasa sahaja,tapi,akhirnya menjadi kaya raya.
- perang berlaku di sana sini
- penzinaan yang berleluasa.Sehingga nanti zina berlaku di tepi-tepi jalan dan apa yang mampu bagi orang beriman mengatakan,'kalau nak berzina,carilah tempat yang tertutup sedikit'sehingga begitu sekali zina menjadi amalan umat akhir zaman.
- bermewah-mewahan dalam membina bangunan.Misal kata kita mempunyai rumah,kita berhias secara melampaui batas,membina masjid untuk bermegah-megah seolah-olah masjid tempat museum bukan tempat solat,membina bangunan-bangunan pencakar langit untuk bermegah-megah dan sebagainya.
'Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang- orang yang zalim.' (9:109)
- anak derhaka kepada ibu bapa sangat berleluasa.
- terbitnya nabi-nabi palsu.[yang mengaku dirinya Rasulullah[Sedangkan Rasulullah pernah bersabda salam hadisnya bahawa Baginda utusan terakhir].Timbulnya nabi-nabi palsu,seiring juga dengan kemunculan ajaran ajaran sesat yang lagi menyesatkan.
Inilah antara point yang dibincangkan semalam dengan slide show yang menarik sekali dengan fakta-fakta yang menarik.Kalau berminat nak dengar apa lagi isi-isi yang menarik[mungkin ada point yang saya kurang ingat saya tidak tulis bimbang tersalah dalam penyampaian] silalah berkunjung ke sini dan pada siri terakhir nanti akan dibincangkan pula tentang tanda-tanda kiamat besar.Insya Allah menarik dan memanfaatkan.
'merangkak mencari ilmu,jangan mengaharapkan ilmu terbang mendapatkan kita'