Isnin, 28 Mac 2011

soalnya hati yang sukar dimengerti=)

Bismillah..

Assalammualaikum wbt....

apabila sesak dada memikirkan masalah yang tidak kesudahan..pening menghinggap tiada kasihan..terasa diri kelemahan tiada pedoman..mari kita periksa hati kita..adakah ia baik-baik sahaja hari ini..atau terasa ia sakit sangat dan perlukan kepada ubatan..Sama-sama kita jauhkan dahulu hati yang sakit dari racun yang bisa

racun hati:
  1. banyak bicara
  2. banyak makan
  3. tidak menundukkan pandangan
  4. pergaulan bebas(berkawan dengan sahabat yang buruk akhlak)
owh..adakah ubat terhadap perkara di atas?bagaimana kita mahu mengubatnya?insya Allah,mari sama-sama amalkan ini agar kita punyai hati yang sejahtera
  1. qiamulail
  2. amalkan zikir
  3. baca quran dan makna(tilawah dan tadabbur)
  4. berkumpulan dengan orang soleh(berkawan dengan orang yang baik perangainya)
  5. perbanyakkan berpuasa
insya Allah.. sama-sama kita jadikan sebagai pengisian kebaikkan..Jika tidak mampu melakukan kesemuanya sekaligus,apa kata kita mulakan dengan paling senang dan mudah untuk kita lakukan dan akhirnya membawa kepada sikpa istiqamah(berterusan)untuk terus melakukan amal kebajikkan untuk hati=)..yang kita tidak inginkan adalah langsung tidak pernah mencuba.. kerana di dalam kehidupan manusia ini terdapat tiga bentuk hati..
  • hati yang sakit hati yang bila buat perkara tidak elok,terus merasa menyesal dan mahu bertaubat
  • hati yang sihat
  • hati yang keras bila hati yang langsung tiada kesan apa-apa padanya walau kejahatan apa pon yang telah dilakukan.Dia mengaku adanya Allah dan adanya malaikat pencatat namun dia tidak endahkan dan bertindak menangguhkan taubat..
Sudah tentu kita tidak mahu menjadi golongan yang punyai hati yang keras kan?maka jom kita berusaha menjadi hamba yang terbaik buat Allah,ummat yang terbaik kepada Rasulullah..

Kita tiada rugi pon jika melakukan kebaikkan kerana ia hanyalah untuk kita.Allah tidak rugi sikitpon jika kita meninggalkan NYA tetapi kita yang bakal rugi apabila meninggalkan Allah...

Mari kita hargai detikkan taubat yang Allah kurniakan buat kita kerana itu bermakna Allah masih memandang kita dan mahu yang terbaik buat kita
Rugilah kita kan,hadiah sudah dihulur tapi buat-buat sombong berpaling dan tak mahu menerima =)