Assalammualaikum wbt
Entah apa yang bermain di fikiran sejak 2 menjak ini..seolah-olah tidak cukup dengan apa yang diamati sebelom ini..seakan akan diri terlesap dari kesilapan semalam dan seakan akan diri tidak menerima dan melihat apa yang berarus di sekeliling dan kadang-kadang terasa terjunam kepala ke bawah..bimbang itu dan ini sehingga tidak berani mengolah pendapat sendiri.
Hakikat alam kita perlu menerima kelebihan dan kelemahan dengan seadanya dan tidak perlu terlalu 'complicated' dan bersangka itu dan ini sebelum kita betol-betol melangkah dan meyakini apa yang dilakukan bukan sesuatu yang sia-sia semata dan perlu ada kesedaran bahawa apa yang ingin dilakukan bermanfaat kepada seluruh arus dan bukan untuk diri.
Cuba wakafkan apa yang ada dengan sebaik mungkin dan mungkin dengan perwakafan itu membuat diri tersenyum sendiri pun tidak mengapa walau tiada pernah angin cuba mengintai senyuman yang diukir menunjukkan kepuasan bukan dalam kepuraan.
bernafas dalam arus kesedaran~Allahhuakbar!