Khamis, 12 Mei 2011

MANUSIA PENDUSTA

Bismillah

Assalammualaikum wbt....

Permulaan tulisan....

Polis:kamu ditahan atas keraguan kematian bayi kamu

Ibu muda:bukan,bukan saya yang bunuh bayi itu..takkan saya sanggup membunuhnya sedangkan saya yang mengandungkannya 9 bulan(nada sedih)


Polis:apa-apa pun kamu jelaskan dibalai nanti

Ibu muda:isk~(kantoi rupanya)

Seorang pemuda bersenang-lenang di dalam 'kereta mewahnya' yang dibeli atas kegigihannya…kemudian,datang sekumpulan lelaki mendekati…


Pemuda:ya encik..ada apa ke sini?

Wakil lelaki:kami datang membawa waran tangkap untuk menahan kamu di atas beberapa jenayah rompakkan di ibu Negara

Pemuda:bukan saya encik…(terkedu)….

Apa agaknya yang saya mahu sampaikan di dalam kedua-dua situasi di atas?

Saja-saja atau suka-suka?

Sebenarnya ini baru 2 sikap manusia yang mungkin cuba menidakkan perkara batil yang dilakukan.Seolah-olah melakukan sesuatu tanpa ada pengawasan tanpa ada perhatian dari sesiapa pon..

Mungkin dia si ibu muda melakukan maksiat di tempat yang jauh dari masyarakat dan pengetahuan ibu bapa dan mungkin juga si pemuda tadi merompak tanpa sesiapa mengecam disebabkan topeng yang menutup kepala…

Namun,adakah mereka sedar,setiap kejadian itu mampu dibongkar dengan kuasa Allah swt?Dengan kuasa Allah pelbagai bidang ilmu yang membolehkan mereka dikesan tanpa banyak kesulitan..?

Tahukah ibu muda itu dengan kecanggihan ilmu Allah SWT,maka sebab kematian bayinya boleh dibezakan sama ada pembunuhan itu sengaja dilakukan atau tidak sengaja dilakukan..Seperti ilmu forensic yang menjadi salah satu disiplin ilmu yang kami pelajari di sini banyak mengajar kami sesungguhnya setiap inci kejahatan itu tidak dapat ditipu dan diselindung selamanya..dengan kehendak Allah,ia terbongkar dan akhirnya si pelaku dapat dijejak walau dia jelajah ke lubang tanah sekalipun!

Mungkin sahaja ibu muda itu akan berkata..’tak2..anak saye meninggal dari dalam perut lagi..keluar-keluar dh tak nafas’atau’ha r dia meninggal dalam perut lagi,sebabya keluar-keluar Nampak tengkuknya berbelit dengan tali pusat’…

Hmm….sebulat-bulatnya kita boleh terimakah hujahnya?padahal bayi kecil yang meninggal itu dijumpai di depan surau,di dalam beg plastik atau sebagainya…?


Sudah tentu terdapat perbezaan di dalam bentuk kematian bayi-bayi sama ada ia sengaja dimatikan oleh pesalah atau lahir-lahir sudah tidak bernyawa..untuk membuktikan bahawa ibu muda itu bersalah atau tidak di dalam kematian bayinya…pelbagai ujian yang boleh dijalankan terhadap bayi kecil itu atau bedah siasat la kata orang-orang kita..

Untuk kenyataan ini: ’tak2..anak saye meninggal dari dalam perut lagi..keluar-keluar dh tak nafas’

Anak kecil ini boleh dibuktikan samada lahir dan telah mati sejak di dalam perut atau lahir,sihat,namun dibunuh..iaitu melalui pemeriksaan keadaan fizikal bayi tersebut..wujudkah bibir yang biru dan mulut yang bengkak dengan kesan kuku bukti dia telah ditekup mulutnya dengan kejam atau kesan lebam pada tengkuknya..atau dengan ujian paru-paru kita dapat mengesahkan bahawa bayi ini lahir dengan sihat…namun,telah dibunuh setelah lahir dari perut,,paru-paru bayi ini akan timbul apabila direndam ke dalam air yang membuktikan paru-paru ini mengandungi udara,,maknanya pernah bernafas setelah lahir tetapi telah dibunuh dengan sengaja dan paru-paru ini tenggelam seandainya bayi kecil ini tidak sempat menghirup udara dunia dan mungkin sahaja ia telah mati sejak di dalam perut ibunya…

Untuk kenyataan ini: ’ha r dia meninggal dalam perut lagi,sebabnya keluar-keluar nampak tengkuknya berbelit dengan tali pusat’

Ini boleh dibuktikan cara belitan tali pusat tersebut…sama ada terlalu kuat maknanya ia telah dibelit dengan sengaja ke tengkuk bayi dengan tujuan untuk membunuh atau longgar bermakna ia mungkin terbelit sejak di dalam perut si ibu…

Hmm…sekarang..ibu muda yang manis menyesal di atas kelakuannya,menyesal dengan permulaan perkenalannya,menyesal kerana tidak berfikir panjang dan menyesal kerana terlalu ikutkan nafsunya….

Seperti pemuda tadi pula…mungkin dia cuba mengelak dan berdalih dengan pelbagai alasan…namun,sedarkah dia bahawa dengan cap jari dia boleh dikesan dengan mudah,dengan bentuk tapak kasut dia boleh dikesan dengan mudah,dengan panjang tapak kakinya dia boleh dikesan….dan sebagainya..

Apa yang berkaitan dengan tajuk dan cerita ini?

Maknanya mahu di 'highlight' kan kat sini bahawa ke mana pon kita pergi,apa pon yang kita lakukan,apa pun kesalahan yang kita lakukan walau ia tidak diketahui masyarakat..namun,ia di bawah penguasaan Yang Maha Esa…

Allah buktikan kekuasaan NYA Yang Maha Agung bahawa manusia tidak akan aman hidup di dalam penipuan kerana Allah telah terbitkan pelbagai ilmu dan diturunkan kepada manusia agar berpengetahuan dan sedar bahawa segala sesuatu di dalam dunia…Allah telah ciptakan dan ikut mana pon kita belok dan bengkok..Allah telah sediakan cara untuk buktikan bahawa kejahatan dapat dihakis dengan kebenaran..

Maha Suci Allah yang menurunkan segala disiplin ilmu bagi menjadikan manusia itu mulia dengan berilmu dan beramal dan menjadi hina apabila berilmu dan salah amal..

Semoga kita terlindung dari jalan kebatilan dan semoga sentiasa berada pada jalanNY A yang lurus..

Allah telah sediakan untuk kita kitab Al quran sebagi rujukkan,Rasulullah SAW sebagai utusan teragung,para ulamak sebagai pewaris Rasulullah,keajaiban kejadian alam sebagai bukti…..

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” Ar Rahman;13

Bersyukurlah kita kerana masih dikurniakan rasa menyesal di atas kesalahan yang dilakukan berbanding sesiapa sahaja yang masih berasakan kebatilan yang mereka lakukan itulah jaminan kebahagiaan mereka di dunia…

Jom buru dunia untuk beramal,jom buru akhirat untuk kediaman(syurga nan indah=) )

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU” Az Zariyat:56

Bersama-sama kita muhasabah diri….=)

p/s:ujian-ujian medikal yang dinyatakan untuk pembuktian pemeriksaan kematian dan jenayah hanya dinyatakan secara ringkas sahaja oleh penulis =)