Jumaat, 2 Julai 2010

Nak jadi arkitek?

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah dipanjatkan kepada Yang Maha Esa Tuhan seluruh alam yang menjadikan langit dan bumi sebagai tempat persinggahan yang benar-benar sementara buat sekalian makhluk ciptaan NYA.bagi menguji tahap keimanan dan ketaatan para hamba setelah mereka berjanji untuk menaati Allah sebelum keluar ke dunia.

Namun,apa yang terjadi..manusia dengan leka dan alpa melupai janji mereka kepada Yang Esa setelah memmiliki dunia yang tiada apa-apa ini.Semoga kita tidak tergolong dalam golongan sebegini..nauzubillah..

Sewaktu kecil-kecil dahulu..cikgu suka bertanya'siti,nak jadi apa bila besar nanti?'

'Doktor!'diriku mejawab.

'siti,awak nak jadi apa bila besar nanti?'rakanku bertanya.

'doktor!'diriku menjawab lagi.

Sejak di sekolah rendah memang itulah angan dan impian yang diimpikan.Namun,pabila result exam jatuh..mula rasa down dan rasa semacam tidak layak menjadi seorang doktor.

Walau kerjaya doktor digeruni ditambah dengan kesibukkan dan diriku sebagai wanita dan selayaknya apabila bergelar isteri dan ibu sepatutnya menguruskan dan melebihkan masa di rumah.

Namun,itu takdirnya...rezekiku akhirnya di sini..berjuang demi segulung ijazah menjadi doktor.Pada pandangan dahulu,orang yang mengambil kedoktoran seolah-olah orang yang sangat bertuah.Masakan tidak,ramai yang mengimpikan cita-cita sepertiku ini.

Dan kini,diri diseru bukan hanya menjadi seorang doktor.Malah perlu jadi arkitek pula!har..bagaimana ni?Mampukah aku.Dulu masa tadika pun boleh tertukar warna laut dengan tanah..laut sepatutnya diwarnai biru diwarnanya dengan warna coklat.Sebegitu sekali diriku ini tidaklah kreatif.Tidak pernah memenangi pertandingan mewarna.Hinggakan jika buat kerja berkaitan seni,ibubapaku yang perlu melatihku dulu untuk melukis dan mewarna..hmm..macam ini ke seorang arkitek?

Seorang arkitek yang selayaknya mempunyai idea-idea yang sentiasa bernas dalam mengislah reka bentuk terbaru.Jika sama sahaja reka bentuk yang dicipta.mahunya kehilangan kontrak kerana langsung tiada pembaharuan!

Akan tetapi,salahkah kalau diriku berkata..aku juga mahu menjadi arkitek..mengislah perkara baru,memiliki idea baru demi percambahan dalam Islam?

Bolehkah dan bagaimanakah?Cita-citaku dan matlamatku tinggi..ingin menjadi doktor,membalas jasa kedua ibu bapaku yang semakin hari semakin menginjak usia..matlamatku tinggi..ingin berbakti kepada agamaku Islam...matlamatku tinggi dan adakah cukup dengan hanya memasang matlamat tanpa usaha dan pembaharuan?

Inilah yang dikatakan arkitek dalam Islam.Tidak tunggu untuk seseorang itu dipanggil namun,diri kita yang perlu terpanggil untuk melakukan pembaharuan dan perubahan disekeliling kita.Tidak perlu tunggu untuk seseorang mendekati kita dan mengajak beramal.tetapi,kita yang perlu bertekad.Walhal,diri ini masih berinjak-injak dari satu fasa ke satu fasa.

Pernah terbaca dalam satu buku motivasi'How to start worrying and start living'menceritakan bahawa ramai antara orang-orang yang berjaya pada masa kini..hidupnya tidak lulus sekolah tinggi..tetapi,keazaman yang tinggi dan tekad ingin berubah menjadi pendamping kejayaan hari ini.Tidak dinafikan ilmu sangat penting..malah dalam Islamsesiapa yang menuntut ilmu dengan ikhlas,Allah menjajikan ganjaran yang bukan calang-calang dan seluruh makhluk amat menyayangi orang yang menuntut ilmu.Namun apa yang saya mahu tekankah di sini tentang kesungguhan mereka dalam merealisasikan hasrat dan tekad mereka dan itu yang amat mengagumkan.

Apa yang saya hendak tekankan di sini,bahawa kita semua boleh..kita juga boleh dan selayaknya berubah jika kita mahu..jadikan diri kita sebagai arkitek dalam hidup kita dan seterusnya arkitek dalam masyarakat kita,keluarga kita dalam mengembangkan sayap Islam.

Tiada lagi istilah Islam hanya pada nama sekarang dan tiada lagi sikap sambil lewa dalam mempraktikkan Islam.Biar Islam dihati kita..biar Islam ada pada akhlak kita dan biar Islam menakluki jasad dan roh kita......

Wallahualam....

p/s:Ya Allah!moga yang aku sampaikan ini menjadi salah satu amalku.Jauhkan aku dari sifat orang yang berilmu dan menyampaikan ilmu..namun tidak beramal dengan ilmu..ameen...

Rabu, 30 Jun 2010

'egyptian' LEMAH LEMBUT?

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah..helaan nafas masih terasa pada hari ini.Bersyukur kepada Illahi kerana masih diberi peluang kepada hambaNYA yang kadang-kadang saban hari terleka dengan habuan dunia.

1 JUlai dan juga hari ini adalah catatan ke 1oo di blog saya yang tidak seberapa ini.Cuma untuk berkongsi serba sedikit kehidupan yang dirasa di bumi Allah ini.Moga dunia hanya diletakkan di tangAn dan bukan di hati.Teringat antara isi-isi yang terdapat di dalam terjemahan 'wasiat Imam Al Ghazali yang menyifatkan orang yang terlalu cintakan dunia merupakan orang yang sangat rugi kerana jelas di sini..dunia tiada menjanjikan apa-apa,namun,negeri akhirat itu adalah peringkat kebahagiaan yang tertinggi yang bakal dikecapi oleh hamba Allah yang sentiasa bertakwa.Moga kita termasuk di dalam golongan yang tidak memberi hati kepada dunia.Bahkan biarkan ia terletak sahaja di tangan agar di sini tempat kita bertuai dan hasilnya kita akan dapati nanti..insya Allah.

Alhamdulillah.telah tamat 'imtihan' kami yang berada di tahun tiga sebagai pelajar PERUBATAN di sini.Moga-moga kita dikurniakan kelulusan yang cemerlang dan semoga segala ilmu dan usaha diberkati oleh Allah kerana usaha dan hati kita yang menuntut ilmu lah yang ditimbang oleh Allah.Bukan kejayaan MUMTAZ yang menjadi perkiraan Allah.

Sehingga semalam..banyak sahaja peristiwa yang telah membuka mata saya selama mana 3 tahun berada di sini.Betol kata ustaz NAzrul..orang Arab Mesir adalah orang yang lemah lembut walaupun tidaklah seperti masyarakat kita yang penuh sopan santun dalam semua aspek.Banyak juga peristiwa yang membuka mata bahawa kehidupan masyarakat di sini bukanlah senang seperi yang dijangka.Malah,kalau boleh saya nak katakan..masyarakat Malaysia hari ini perlu bersyukur...kerana orang tua yang dibuang,ada pihak kebajikan yang menolong..bayi yang dibuang,disediakan peti untuk diselamatkan dan sebagainya...

PERISTIWA SATU

Kejadian ketika masih berada dalam lingkungan 'exam' namun,hanayalah ujian lisan.Berjalan dan keluar makan bersama ahli beit merupakan rutin yang amat digemari.Sudah menjadi adat..penjaja yang berada di tepi-tepi jalan menawarkan barangan masing.dengan suasana keriuhan di sana sini.

Kami memilih untuk berjalan memandangkan rumah kami tidaklah seberapa jauh dari tempat makan.Saya berhenti untuk membeli sesuatu dari penjaja di tepi jalan tadi.Belum saya sempat menghulurkan duit..mereka lari bertempiaran seperti ternampak sesuatu yang menakutkan.Alamak,bagai nak gugur jantung ni.Apalah yang terjadi sebenarnya?rupa-rupanya mereka ternampak sekumpulan polis yang bakal menangkap mereka jika nasib tidak baik mereka bakal mungkin ditangkap kerana tidak memiliki permit perniagaan.

PERISTIWA DUA

Diri berjalan menuju ke universiti memandangkan 'oral exam' untuk mikrob akan bermula.Berjalan dan berjalan dan tiba-tiba..di hujung kain baju terkena minyak kenderaan.[mekanismenya tak perlu tahu kot..uhuk]

Sampai aje di department mikrob terus menuju ke tandas untuk menghilangkan kotoran.Al maklumlah...nak jumpa doktor..penampilan harus dijaga.

Sampai di tandas,saya bertanya kepada mak cik cleaner jika ada sedikit sabun.dia kata ada tak lam tu? saya kata takde sambil saya tunjuk kotoran di baju.Sambil dengan gayanya sekali..tak..tak..takde sabun atau dia kata takleh guna sabun[lam hati dah kata dah..arab ni,susah sket nak berurusan bab2 cam ni]Hati dah pasrah ni,kotor pun kotor la.

Tapi mak cik tadi ajak ikut dia pulak.Alamak,apesal la pulak kan..dah la tak nak bagi sabun.Namun apa yang dibuat agak memnbuat saya tergamam.Rupanya dia nak ajak saya ambil minyak gas untuk ditanggalkan kotoran tu.Terharunya[camni la perempuan~]dia tolong tanggalkan kotoran tu sampai bersih.Saya hanya menurut seperti anak menuruti ibunya.dan selepas itu dia yang tolong keringkan juga.Subhanallah..ada orang baik sampai ke tahap ni.Tanpa menghulur tangan untuk sebarang upah.Dia terus berlalu meninggalkan saya sambil duduk di bawah kipas menunggu kotoran tadi kering...saya menunduk dan rasa bersalah pun ada pada waktu tu....

PERISTIWA KETIGA

setelah tamat 'exam',kami membuat keputusan untuk bersiar-siar setelah lama membungkam di rumah.Apabila pulang sahaja,kami mengambil teksi.Teksi di sini bukanlah sesenang teksi di Malaysia.Rata-ratanya kami perlu berunding harga terlebih dahulu sebelum menggunakan khidmat mereka.Tapi,kali ini lain sedikit..kami memulakan perundingan,pemandu tersebut terus sahaja setuju.Rasa hati begitu tidak sedap..hmm..namun apa nak buat...kalau tunggu lagi,alamatnya malam la nanti....Perjalanan dari tempat kami pergi dengan kediaman kami tidaklah begitu dekat.Sepajang perjalanan,agak kagum juga kerana ayat al quran sahaja yang kedengaran sepanjang perjalanan.Walaupun 'appearance' pemuda itu kalau dilihat barpakaian hanya seperti pemuda lain...[ye la..persepsi orang kan..]

Sampai sahaja kami ke kediaman kami.20 geneh dihulur dan disambut dengan redha oleh pemuda terbabit sambil tersenyum...

Lagi kejadian ini membuat saya membuka mata terhadap sikap orang arab Mesir setelah saya berada di sini selama 3 tahun.Akhirnya Allah membuka pandangan saya bahawa bukan semua dari mereka yang bersikap kasar dan tidak menghormati orang lain.

Banyak sudah orang arab mesir yang penuh kesantunan saya jumpai.Berlainan dengan keadaan mula-mula kaki ini menjejak ke bumi anbia; ini.

Namun,apa yang timbul di benak ini,sikap sesetengah mereka menjadi kasar atau selalu marah-marah,mungkin sahaja kerana tekanan hidup yang mendesak.

Sunggguh..kehidupan mereka amat susah..kalau yang betul-betul susah.Ada yang hanya berkhemahkan bangsal yang mereka gunakan untuk berniaga..itu jugalah tempat mereka berteduh sekeluarga.Sungguh umat Islam hari ini..bukanlah semewah yang disangka.

Even,kalau yang berduit pun,mereka masih tidak mewah kerana ada juga yang terleka dengan habuan dunia.Begitu juga yang berpendapatan rendah...mereka kekurangan harta sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja demi menyara kehidupan.Sungguh kehidupan umat sekarang jauh ke bawah

Namun,alhamdulillah ada segelintir golongan yang mula sedar akan kepentingan maju..maju untuk Islam..

Kita tidak perlulah duduk dan berkata kenapa jadi begini?Mengapa mereka begitu atau bila mereka nak berubah.Tetapi,tanya pada diri BAGAIMANA KITA BOLEH MENGUBAH?

Semoga kita sentiasa berada pada jalannNYA yang lurus dan ditetapkan hati dan tergolong dalam golongan yang sedar[seperti yang saya nyatakan di atas]akan tanggungjawab kita sebagai pemuda pemudi Islam......AMEEN..

p/s;entri ni sepatutnya lepas exam 30 Jun hari tu..tapi ter'post'yang lain pulak.