Ahad, 7 Februari 2010

Baitul rooqit di Bumi Eire


salam kami dari bumi Ireland..

khas entri ini untuk rakan-rakan kami tersayang yang tertinggal kat egypt

Sekadar untuk menkhabarkan apa aktiviti kami di sini~

Hari ini merupakan hari ketiga kami di sini...



rumah tumpangan a.k.a rumah kak su!


bas ke rumah kak suraya
tiba pada jam 10.15 a.m
malaysia pun ada kan?tapi,lebih sistematik dan mahal..........biasa la tu
lepas naik bas,naik flight balik..tak lah..gambar upload tak ikut susunan

Cuma nak cakap yang penerbangan Turkish ni tak best sangat.makanannya tak best,seat pun tak selesa tak macam emirates.Tapi.kalau nak datang sini try British ke,atau penerbangan lain.Macam tak bersyukur pulak kan?Tak..cuma ni kami nak beritahu supaya benda ni tak berlaku kepada orang lain

Bayangkan penerbangan kami dari Istanbul ke Dublin,penumpangya tak sampai separuh.
Jadi kami buat kesimpulan bahawa penerbangan ni bukan pilihan ramai.Tapi,harga tiket mahal..

Tapi,BSAL kata best,sebab ad st***rd yang dia berkenan[rosak BSAL]

Rasa gembita pun ada sebab dapat ketemu kembali ex prefect kami,kak suraya.

Hari pertama hanya beberapa tempat sahaja yang kami kunjungi..antaranya,Malaysian Hall kat sini..kebetulan mereka pun ada MAT kat sini[alamak!MAT perubatan ditinggalkan..~]tapi,di sini MAT digelar sebagai AGM[annual grand meeting]

sempat juga bertindak sebagai pemerhati,cuma sekejap dan tidak sempat mendengar pembentangan usul mereka.

AGM diadakan oleh PPIMI[pelajar perubatan islam Malaysia Ireland]Persatuan ini telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu dan organisasinya hampir sama dengan perubatan dan mereka juga mengadakan usrah untuk pelajar dan dikenali sebagai r & r[refresh and recharge]

Di sini juga terdapat satu organization yang dinamakan FOSIS dan ditakdirkan Allah,presidennya serumah dengan kak suraya dan maknanya beliau adalah perempuan!

tentang siapa beliau dan apa itu FOSIS insya Allah kita kongsi di lembaran lain..

Banyak yang kami perhati di sini dan membuat kami tertarik..kebersihan,sistematik.hormat pelancong
Memang suasana ini,kami tak terlepas untuk membandingkan dengan Mesir,suasana sangat berbeza..
Memang dalam diri kami,amat sedih dengan keadaan bumi Islam apabila dibanding dengan negara Eropah

kita sibuk nak tiru cara hidup mereka.Mereka pula seolah-olah mengambil nilai Islam untuk diaplikasi dalam kehidupan mereka.

Pernah seusai kami meneruskan perjalanan ke destinasi,ketika bas berhenti di lampu isyarat,kami ternampak satu sikap yang boleh diaplikasi oleh kita yang dah belajar kitab adab dengan Ustaz Nazrul.

Kami lihat adab dia datang ke rumah mungkin rakannya[kebetulan rumah itu di tepi jalan].Dia datang dan tekan loceng hanya seklai dan tunggu sampai pintu dibuka tanpa mengeuk beberapa kali pintu rumah tersebut.

Macam mana dengan kita?adakah kita sudah cukup tegar mengaplikasikannya?mari kita renungi


antara restoran HALAL kat sini..

Setelah penat bersiar-siar,kami singgah di antara restoran yang halal di sini..






fries ni best!3 euro aje[cuba darab lapan?berapa agak-agak dalam egyptian pound?]

Baiklah setakat itu sahaja yang boleh dikhabarkan..esok kami akan ke Belfast selama tiga hari dan akan meneruskan kembara kami ke bumi London.Doakan kami agar sentiasa selamat dan tidak lupa untuk berniat yang baik-baik sahaja sepanjang berada di sini.

Kalau ada masa nanti blog ini akan diperbaharui lagi..insya Allah..