Sabtu, 10 Julai 2010

DUNIA BATINKU^ ^

Assalammualaikum wbt


Alhamdulillah..masih diberi peluang...diberi kesempatan sentiasa untuk meneruskan kehidupan yang dipenuhi bukan setakat suka sahaja..Malah,kadang-kadang kedukaan perlu muncul agar tidak terleka dan tersadung di pertengahan..

Sepanjang cuti ini,apa yang dilakukan?hampir seminggu tidak dibenarkan banyak berjalan...hmm...sudah hilang nikmat berjalan dan bekerja.Bak kata seorang sahabat..takpela..jadikan masa ini untuk banyak bermuhasabah..

Sepanjang berada di rumah ini,duniaku hanya dii ujung jari..meninjau keadaan diluar dengan hanya melihat di skrin.Alhamdulillah..Allah bagi peluang itu walau tidak dapat bersama rakan-rakan bekerja di luar^^

Apa yang membuat saya takat leleh betul dua tiga hari ni...bila menonton salah satu cerekerama yang ada kat youtube
'dunia batinku'menceritakan bagaimana 3 beradik ini hidup mereka bukanlah senang...

Ketika usia meningkat remaja,sudah kehilangan ayah dan hanya bergantung kepada ibu mereka yang menyara kehidupan dengan menoreh getah dan menjual nasi lemak.

Hati ibu bukanlah sekuat semangat ayah.namun,kekaguman terhadap sikap ibunya yang walau perit macam mana pun,tetap setia menyara anak-anak demi membantu dalam kejayaan anak-anak.Malah ibu mereka ini,dalam kesibukan menguruskan anak-anak,masih sempat berbakti kepada ibu mertuanya yang juga ibu kepada arwah suaminya....

Bertambah-tambah penyakit orang tua,mestilah bukan senang untuk diuruskan.Malah,ibu anak-anak ini tidak pernah mengeluh dalam soal menjaga makan pakai anak-anak dan ibu mertuanya.

Terharu betul dengan pesanan arwah ayah ketiga beradik ini yang mana sering berpesan bahawa pelajaranlah yang dapat menjamin hidup.Tanpa pelajaran hidup tiada makna.

Apa yang lebih mengagumkan ialah,keluarga ini,susah macam mana pun,agama langsung tidak ditinggal di belakang.Dan saya percaya itulah kunci kebahagiaan mereka dan tidak pernah mengeluh dengan kesusahan yang ada....

Ya!kita sebagai hamba....hamba yang memang selayaknya pergantungan sepenuhnya kepada Allah.Walau ujian bertimpa kita patut tetap bersyukur dan berusaha supaya kita dapat melepasi tahap ujian itu....Allah tidak pernah meninggalkan kita namun,kita kadang-kadang sebagai hamba,terlupa bahawa setiap nikmat,rezeki itu datang dari Allah...Setiap titis airr yang kita nikmati di dunia ini semua milik Allah..kita hanya peminjam..kita peminjam sementara..

ok lah setakat ini dahulu..sengaja menulis untuk mengisi kebosanan dan kalau ada masa try lah jenguk cerita ni..insya Allah berfaedah dan membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...

wallahualam,,,,

P/s;penat nak bercerita panjang-panjang.Tontonlah kalau nak tahu selanjutnya:)

Rabu, 7 Julai 2010

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam[REJAB]

iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan
mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk
menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untukmencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan
30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai
persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh;
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com



Selasa, 6 Julai 2010

Cinta sang Raja

Assalammualaikum wbt
Terdapat seorang raja dahulukala...terlalu sayangkan isterinya yang paling cantik dan paling gemar melihat isterinya ketawa.Lalu,baginda menggeletek isterinya sekadar untuk melihat isterinya ketawa.Ketika isterinya ketawa lalu baginda memasukkan buah anggur ke dalam mulut isterinya..tapi,malangnya,tersekat di kerongkong lalu meninggal dunia..Baginda amat sedih sehinggakan tidak mampu lagi hidup dan meminta untuk dikuburkan bersama isterinya...

Lihat?Adakah kita kekal di sinu adakah terjamin kita hidup 1000 tahun lagi?

jom sama-sama kita renungi..

Sumber:wasiat Imam Al- Ghazali





p/s;kawan,jangan angau tak tentu hala ye....