Sabtu, 6 Disember 2008

alahai nasi 8 geneh......

basmati wa asyir[kholas]




Hurm…nilah kenangan paling manis di fustat.Walaupun kami banyak gak tempuh yang pahit terutame,pasal kes bil letrik yang dikecam teruk oleh pak cik arab yang minta kami bayar lebey kurang 700 geneh.Kami dah terbayar walaupun jiran arab kiteorang kate jumlah 2 tak patut n unit yang dikemukakan pade resit 2 adelah unit yang diguna oleh syarikat besar!

Minta tolong ikhwah pun,diorang pn tak faham masalah kami coz ad gak certain2 rumah diorang yang tak de pn meter lektrik!

Minta tolong Kapt Hasan pn,bende 2 hanya reda sekejap n timbul balik.Same gak ngan jiran arab kami.Masalah 2 tiada penghujung.Hingga kami bertekad untuk tak mahu lagi membayar kepada mane2 bil letrik yang dipikir tak logik kalu di kutip pade mase 2.Pernah pintu rumah kami ditendang dek kami enggan membayar.Tapi,Alhamdulillah…bende ni tak berlarutan…

Mungkin korang anggap kami terlalu berkeras.Tapi,sebenarnya kami tak mau ditindas.Tak mau orang arab menganggap kite kaya ngan sikap ske mengalah nsehingga diorang pijak2 kepale kite.

Sebenarnye…kalu nak ikutkan tak abis citer pasal arab ni….leh wat satu buku[iye ke?Ntah r]
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Har….korunk tau tak pinggan nasik sape yang kat atas 2??itu adalah pinggan nasi Basmati berharge 8 geneh sepinggan asir sebesar gelas 2 berharge 6 geneh…..Amacam,banyak tak duit kiteorg?Tapi sebenarnya…kami sangat kagum n terharu kerana ngan harge yang sangat ‘berpatutan ‘ 2 hinggakan kami bertekad,restoran 2,kami tanda ngan pangkah.wawa!
Sabtu yang sangat indah bagi saye coz pejabat pendaftaran agak lengang seolah olah turut menyambut Eiduladha yang bakal tibe.
Mak cik yang uruskan visa pn nampak lbh tenang.Kan bagus kalu selalu cam 2…
Tapi,bak kate Imam Syafie….

'Berpenatlelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu datang dari kepayahan....
Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan,sebab demikianlah hidup itu diciptakan...'

Alhamdulillah,tiade gangguan yang sepatutnye… Semuanya berjalan lancar....
Bercakap pasal gangguan ni,sebenarnye,bukan gangguan manusia je,tapi ad gak gangguan yang len.
Gangguan[syaitan n jin] bleh la kite bahagikan kepade tige…iaitu gangguan akhlak,gangguan ibadat n akidah.
Macam mane dikatekan sbg gangguan ibadat ialah gannguan dari sudut care kite melakukan ibadat itu sendiri.Contohnye….terdengar azan Subuh,tetapi,masih menarik selimut.Ini dikatakan sebagai gangguan lam ibadat coz kite sendiri tau bahawa sewaktu kite tido,syaitan mengikat kite n apabile,kite terbangun terurai satu ikatan n ditambah ag ngan berwuduk,make terkerai r ikatan2 yang dibuat oleh syaitan tersebut.
Kalu cam akhlak lak,contohnye,cam susah nak tinggal maksiat or sebagainya.Ini dipanggil gangguan akhlak.
N yang paling kite nak elak ialah gangguan lam aqidah….nauzubiillahhuminzalik….Syaitan or jin akan berusaha membuat kite was2 spt mempersoalkan kewujudan Allah n sebagainya.Sebagaimana yang kite tahu,Allah itu satu n kite wajib menyakini kewujudannya…
So,untuk mengelakkan kite diganggu dari makhluk yang jahat n buruk ni,marilah bersame same amalkan bacaan ayatul kursi,surah Al Baqarah,Mathurat.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Jumaat, 5 Disember 2008

Sampaikanlah pada si dia



Tolong beritahu si dia
Aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia
Cinta agung adalah cinta-Nya..
Tolong beritahu si dia
Cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia
Jangan mencintai aku lebih dari
Dia mencintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia
Jangan mengingati aku lebih dari
Dia mengingati yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati dia
Jangan mendoakan aku lebih dari
Dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia
Dahulukan Allah kerana
Di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia
Dahulukan ibu bapanya
Kerana di telapak itu syurganya..

Tolong katakana pada si dia
Aku terpikat kerana imannya
bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia
Aku lebih cintakan zuhudnya
Bukan harta..
Tolong ingatkan si dia
Aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia
Usah ucap cinta dikala
Cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia
Andai diri ini enggan dirapati
Kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia
Bila jarak menjadi penyebab
Bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya
Aku tidak mahu menjadi
fitnah besar kepadanya..
tolong pesan padanya
aku tidak mahu menjadi punca
kegagalannya..


tolong pesan padanya
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
tolong khabarkan pada si dia
aku tidak mahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada si dia
aku mahu dia berjaya dalam
impian dan cita-citanya..
tolong khabarkan pada si dia
jadilah penyokong dalam kejayaanku..

tolong sampaikan pada si dia
aku mendambakan
cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan pada si dia
cinta kerana Allah
tidak ternilai harganya..
tolong sampaikan pada si dia
hubungan ini terjaga
selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..

tolong sampaikan pada si dia
kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri..
hanya Engkau Ya Allah
mengetahui siapa si dia..
moga pesananku sampai padanya..
walau aku sendiri tidak mengetahui
siapa dan di mana si dia..
simpanlah pesananku ini
sehingga engkau bertemu diriku
suatu hari nanti..




Hai....kaca mata hitamku

Saye sebenarnya nak citer perihal kaca mata hitam yang selalu dipakai 2.

Bukan saje2,tapi bermakna coz mataku saakit[wawa].So,dah puas hati ngan jawapan saye ni kawan2?

Sebenarnya,kadang2 terfikir gak,kalaulah aku tak dihantar ke sini…Ape r jadi ngan aku?Ntah,maybe,terus terleka n terus ikut dibawa arus je.

Saye pun manusia biase,pernah melakukan kesilapan n rase ingin mencuba sangat tinggi apabile rakan2 blh lakukan itu n ini,and…why not me?

Ushai2 fs….mcm2 gaye dijumpai…ade yang ke arah yang lebih baik..dan ad juge yang…ntah r.Kadang2 rase sedey gak.Bile dah datang jauh,baru nampak zaman kegelapan yang pernah dilalui dahulu.

Hp dipenuhi ngan lagu2 lagho,tgk cerita,n blaja pun…..maybe niat pn ork ek ork ek lagi.n yang paling penting,saye pernah merase pahit manis kehidupan remaja…terutama semase di INTEC.’Aik?1orang nak g Mesir pun ad lagu MCR ke?’[kate2 sepupuku].[Bile terfikir,rase tertampar ke pipi]

Banyak perkara yang saya lalui seperti remaja lain.

Rase ingin mencuba coz tgk org len pn lakukan.So,ape ag,on je r.Tapi seriously,saye memg menyesal coz saye tak tunaikan amanah saye sepenuhnya ketika di INTEC.Maklum r….preparation yang hanya pendek n hanya tunggu nk fly aje.

Saya rase bersalah kat abah n umi.Tapi,saya dah bagitau n alhamdulillah…abah amat memahami.Abah kate,abah pun pernah melalui zaman remaja n abah tahu,ia memang sukar.Sebenarnya…terpulang pada kita bagaimana ingin mencoraknya.Tapi,kate abah ag,kakak kene ingat….sebagai seorang pelajar.tunaikan ape yang menjadi hak kite terlebih dahulu n sebenarnye tak yah pikir pun perkare yang karut2 2.

Alhamdulillah….setelah beberapa bulan berade kat Mesir[taun lpas r]banyak perkara yang amat2 mengajar saya untuk berubah.

Sebenarnya…tak perlu pn 2 sume.Kalu dah ad rezeki,datang r ia.Tak yah nk cari2[kate2 abahku]

Saya diuji sebegini n saye rase Allah ingin mengajar saya bahawa bende ni salah,tapi,saye berdegil n akibatnya saye tanggung.Tapi,kehadiran kawan amat membantu.Thanks a lot 2 sehah,coda,ten,ten2 n bella.

Di sini saye ingin tekankan bahawe…sesuatu perkare yang kite rase ia memg dah tak elok dari mule,kite jangan sesekali mulakan n percaye r,once kite involve lam perkare cam 2,kite susah untuk tinggalkan.Kite jangan jadi seorang yang menolak hidayah Allah.

‘Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetapi,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal,itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’2;216

Tujuan saya menulis ni,bukan untuk buke pekung di dada…tapi,juz nak kongsi bahawe saye pn manusia yang lemah,yang pernah melakukan banyak kesilapan….Nobody’s perfect…wallahualam

lembu hai lembu

Sori r.kawan2.semalam saye ade bg alamat blog,tapi tersilap taip….
Sememangnya,kelmarin seriously,memang agak penat.Kuliah start dari pagi sampai lewat petang.

Tapi layakkah saya untuk berkata bg2?Btul ke kite perlukan rehat selama 8 jam?Di sini,saya nk perbetulkan fakta ni.Sebenarnya golongan barat sengaja mengeluarkan fakta ni.Kalau lah kita perlu tido dalam mase 8 jam,kenape Islam mensyariatkan qiamulail?
Bukankah Rasulullah bangun untuk qiamulail pada satu pertiga malam?Kalau dikira satu pertiga malam,[lam kul satu kot].

Mungkin,pada pendapat saye…..tido atau berehat tidak bergantung pada panjangnya mase ketiduran kita.Tapi,sufficient nya mase kite tido 2.

Mase di dunia adalah untuk kite bekerja dan sebenar benar rehat adalah mati nanti.[ooopps!mungkin saya terlalu ekstrem]Bukan sampai tak tido ek.

Tak….sebenarnya,saye juz nak wat diri ni sedar bahawa tak perlulah mengeluh kalau kita tak sempat berehat coz kerja yang melambak lambak.
Mungkin kalau banyak masa terluang kita akan leka n lupa hak kita sebagai khalifah dan abid.

Tadi,tike on da way ke kelas bace kitab oleh ust fawwaz.Saye sempat r berbual bual n share ilmu ngan stadie streamy.

Kiteorg berbual pasal lembu yang hendak dikorban[coz banyak ngat lembu n kambing kat rumh kami]

Ilyia kate,’oni,hak lembu dah tertunai’

‘ye ke?gane?[slank ganu sket]’tanya saya.

‘ye r.hak lembu,binatang ternakan lain tertunai kalau ia dikorban,Cam binatang tunggangan,ia pun dah tertunai hak die kerana ia dah ditunggang.seperti Allah berfirman lam kitabbul azim;

‘Dan sungguh,pada haiwan ternak itu benar2 terdapat pelajaran bagi kamu.Kami memberi mu minum dari apa yang ada dalam perutnya[berupa]susu murni antara kotoran dan darah,yang mudah ditelanbagi orang yang meminumnya.’16;66

Ilyia pun sambung,’har bagaimana ngan kita?Adakah telah tertunai hak kite sebagai hamba n khalifah?Sebenarnya,manusia lah yang paling susah untuk memenuhi hak2 nya.Sedangkan binatang,contohnya,lembu,unta,kambing yang bakal dikorban pn akan tertunai haknya setelah dikorban nanti?.........wallahualam

p/s;mungkin bualan di atas ad tokok tambah sket.Tapi ia benar2 berlaku.

Rabu, 3 Disember 2008

Dunia remaja

Semendung awan,
Rintikan-rintikan hujan berjatuhan
,Hatiku mendayu-dayu
,Fikiranku bercelaru,
Mengapa hingga detik ini diri ku masih di sini?
Masih bersama-sama mereka yang berhempas-pulas dengan pelajaran.
Tetapi aku?
Masih berkhayal di alam fantasi,
Masih gagal mencapai gugusan bintang di awangan,
Masih melayan nafsu yang bukan-bukan
,Leka dengan cinta di alam remaja
,Leka dengan kiriman surat-surat bunganya
.Membaca,
Tetapi fikiranku jauh melayang
.Melayang tentang si dia
.Aku masih mampu tersenyum
,walau rekodku merah-merah belaka
.Masih gembira hatiku walau dimarahi guruku.
Melayang fikiranku hanya pada si dia
,Berbunga-bunga hatiku,
Kerana ada si dia menunggu “sms” ku
.Dia meracuni fikiranku,
Hingga aku tidak mampu mencapai tahap kewarasan akalku
,Mengapa aku tidak boleh berubah?
Seperti ada tarikan magnet utara dan selatan.
Yang tidak mampu memisahkan ku.
Aku terkedu sendirian
Hanya waktu yang mampu mengubahku

Alhamdulillah,akhirnya terbuka hati saya untuk memiliki blog sendiri.Selama ni bukan saya tak terpanggil untuk membina blog,tapi pintu hati belum terbuka.Sehinggakan suatu hari yang hening,saya telah mendaftar blog kemudian,saya padam balik kerana tidak yakin untuk menulis.Kemudian,saye terfikir balik,’aku buat blog ni, bukan untuk bertanding,tetapi hanyalah untuk berkongsi sedikit sebanyak’Akhirnya,lahirlah saya di antara yang berjuta.[poyo]

Kehadiran wireless di rumah saya memudahkan lagi kerja saya.Selama ni,agak sukar bagi saya dan ahli beit,kerana kemudahan internet yang terhad.Kami sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan dari ‘Syarikat Telekom ‘Mesir untuk membolehkan kami mendaftar nombor telefon untuk mendapatkan wireless dari titik peluh kami…[ye ke?]Kita tunggu dan lihat saja coz senior2 kesayangan kami msh berusaha.[kami memang sayang kat akak2.Bukan hanya mainan kata2 tau]

Apa tujuan saya bina blog ni sebenarnya?hmm entahlah….tapi setiap perkara mesti ade tujuannye kan?Begitu jugak ngan kehidupan sehari hari kite,tujuan kite ke kuliah setiap hari,semuanya mesti ada tujuannya.Tujuannya….adalah…..biarlah saya sendiri yang tafsirkan.Saya anggap korang pn tafsir sendiri r.[saje je nak create KBKK sket].
Sebenarnya saya ni tak mahir sangat lam bidang penulisan.Tapi,nak cari pengalaman.Ape salahnya kan.


Tadi,sedang jari jemari ni menekan nekan lektop[takde r main tekan2 je,ngah delete emel yang sgt banyak].Tibe2 mate ini terlihat mesej dari friendster yang menunjukkan ex school mate saye menjemput saya sbg rakannya di internet.Saya apa lagi,terus r g ushai profil die.Tibe2……tanpa disangka sangka,profil nye dirahsiakan.So,saya kene add die tlbh dahulu,barulah saya boleh view die punye profil.Bile dah add,tibe2………………………………saye terpandang lah satu komen daripada beratus ratus komen yang ada.

Mata saya terpacak pada satu komen yang diberikan oleh seseorang yang juga ex skool mate saya kepada ex school mate saye yang meng’add saya tadi.

Tapi pada mase 2,ahli beit saya pn join skali r tgk.Apa yang mengejutkan kami anak beranak[ooops!silap.diorang ahli beit saya r] ialah,perubahan yang ketara berlaku kepada ex skool mate kami.[nape kami?Korang phm2 je r….kami satu beit ni pernah satu skool lu].k,sambung citer…Perubahan yang macam mana?[tak perlu diceritakan kot]

Sebenarnya….saya ingin kawan2 faham,apa yang saya ingin kaitkan di sini adalah di mana kita sekarang?>bagaimana ngan kedudukan kita sekarang?Adakah setakat di rumah,memasak,ke kuliah,balik,makan,tidor,makan lagi,kemudian,g kuliah?

Kawan2,try kita renung jap.adakah itu cukup untuk kite?Adakah kawan2 rasa adakah perlu hanya berpeluk tubuh n berkata,’cukup r ak dah berubah,buat ape nak susah2 fikir ttg orang len?’try kite tgk sekeliling,adakah cukup untuk memerhati tanpa bertindak?
Seperti yang saya kata tadi,mungkin kite tak sedar perubahan yang berlaku kepada kawan2 kite,sama ada di depan mata,atau pn di Malaysia.Kawan yang mana dahulu pernah g surau same2,jemaah same,makan kat DM yang same,ape ag r…ala..tambah2 r lak ek..tak larat r nak tulis…


Tapi,sanggup ke kite tgk diorang terus hanyut ditelan arus?Hidup hanya mengikut arus,tak reti nak berdayung sendiri…akhirnya…tenggelam bg2 aje….[rase cam lam laut r lak]
Tapi itu hakikat sebenar yang berlaku kepada kawan2 kita kat Malaysia.Ni namenye kite kene risau n perlu risau coz diorang kawan kite…
Banyak medium yang leh digune…internet,contohnye…blh digunakan untuk berhubung ngan mereka…


Try dekati mereka n quduwah hasanah r kan.Takkan r juz nak tanya’wei,ape filem terbaru kat Malaysia r?’

‘wei ape citer pasal artis 2 ar?’.Mat aih…ini ke tande kite sayang sahabat kite?

Tanda sayang seorang sahabat,dia takkan biarkan sahabat dia ke jurang neraka,malah menariknya ke jalan surga…

Tanda sayang seorang sahabat,dia tak pentingakan diri,malah menutamakan sahabatnya

Tanda sayang seorang sahabat,dia takkan biarkan sahabatnya terus leka,malah mengajaknya untuk kembali mengenal Allah.

Ini sebenarnya ingatan pada saya juga yang masih melatih diri n nak ajak kawan2 skali r.Kite kene melakukan kebajikan ini,Di sini,suke untuk saye share satu ayat dari Al quran;

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan org yang menyeru kepada kebajikan menyuruh[berbuat yang makruf] dan mencegah dari yang mungkar.dan mereka itulah org2 yang beruntung” 3;104


Saya jugak nak kongsi satu kate2 :
Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya d dalam donya.


Sebenarnya,tak rugi pn kalu kite luangkan sdkt mase untuk mendoakan rakan2 kita.Malah ia adalah satu kelebihan.coz apabila kite doakan untuk kesejahteraan org len,kejayaan org len,malaikat akan mendoakan kite bende yang same.
Renung2kanlah……