Tolong beritahu si dia
Aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia
Cinta agung adalah cinta-Nya..
Tolong beritahu si dia
Cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia
Jangan mencintai aku lebih dari
Dia mencintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia
Jangan mengingati aku lebih dari
Dia mengingati yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati dia
Jangan mendoakan aku lebih dari
Dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia
Dahulukan Allah kerana
Di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia
Dahulukan ibu bapanya
Kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakana pada si dia
Aku terpikat kerana imannya
bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia
Aku lebih cintakan zuhudnya
Bukan harta..
Tolong ingatkan si dia
Aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia
Andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia
Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia
Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia
Usah ucap cinta dikala
Cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia
Andai diri ini enggan dirapati
Kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia
Bila jarak menjadi penyebab
Bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya
Aku tidak mahu menjadi
fitnah besar kepadanya..
tolong pesan padanya
aku tidak mahu menjadi punca
kegagalannya..
tolong pesan padanya
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
tolong khabarkan pada si dia
aku tidak mahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada si dia
aku mahu dia berjaya dalam
impian dan cita-citanya..
tolong khabarkan pada si dia
jadilah penyokong dalam kejayaanku..
tolong sampaikan pada si dia
aku mendambakan
cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan pada si dia
cinta kerana Allah
tidak ternilai harganya..
tolong sampaikan pada si dia
hubungan ini terjaga
selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..
tolong sampaikan pada si dia
kerana aku tidak mampu
memberitahunya sendiri..
hanya Engkau Ya Allah
mengetahui siapa si dia..
moga pesananku sampai padanya..
walau aku sendiri tidak mengetahui
siapa dan di mana si dia..
simpanlah pesananku ini
sehingga engkau bertemu diriku
suatu hari nanti..
0 cakar2 ayam:
Catat Ulasan