Khamis, 22 Julai 2010

a.L.o.n.E

Assalammualaikum wbt...

Segala syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNYA yang masih mengurniakan nikmat kehidupan dan masih mengurniakan rezeki pada hari ini dan semalam.Apalah sangat jika nak dibanding dengan kesyukuran saya terhadap segala kenikmatan.....

Hari ni saya nak ucap baaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaak terima kasih,syukran kepada ahli beit ku yang balik terlebih dahulu.Diriku bakal menyusul la nanti..nantikan ya!insya Allah

Syukran sahabatku kerana sanggup 'take care' sepanjang waktu diriku kurang sehat

syukran sudi teman banyak kali ke klinik..tak kire ape mase...

syukran kejutkan diriku di tengah-tengah malam untukku menelan habis kesemua ubat-ubatan

syukran kerana marah bile diriku terlupa makan ubat 'on time'

syukran masak-masak kerana pada waktu itu diriku tidak diizinkan untuk masak

syukran menemani aku selama sebulan even korang balik sebulan awal dari aku....uhuk...

Syukur sangat kepada Allah kurniakan sahabat ketika waktu genting.....

Betulla..bukan senang nak cari sahabat sama-sama menangis nih....

sunyi...sunyi...sunyi..tiada lagi kebingitan suara-suara dek setiap kali bertikam lidah..

hehe..lebey2 plak..insya Allah kejap jek...saya pun akan balik ganu..insya Allah....

k la..layan la lagu ni..ku tujukan buatmu sahabat.....




Isnin, 19 Julai 2010

COUNT YOUR BLESS...^^

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah bersyukur pada setiap dugaan ,ujian,REZEKI yang diberikan Allah.Bersyukur kerana Allah masih memandang diri ini yang sememangnya dan tidak selayaknya merasai nikmat Allah yang tidak terkira.

Selalu sahaja apabila dihimpit kesusahan,terasa seolah-olah apa yang ditarget tidak tercapai.Namun,alhamdulillah pengalaman demi pengalaman membuat diri terasa bahawa'aku terima itu dan ini'kerana ini yang terbaik buatku.Apa-apa yang berlaku dalam kehidupan manusia ditulis oleh Allah.

Mungkin sahaja apa yang diingini tidak tercapai namun,diri perlu diajar untuk tetap bersyukur dan membilang semua nikmat yang Allah telah berikan semenjak lahir.

Aku bersyukur kerana dilahirkan di dalam family Islam,aku bersyukur dijaga rapi oleh kedua ibu bapaku tidak dibuang seperti yang berlaku kepada bayi-bayi di luar sana,aku dididik dengan penuh kasih sayang,dididik mengenal kehidupan,dididik untuk tahu adab sopan dan diberikan pendidikkan yang sempurna sedari kecil.

Bukan tidak pernah kejayaan yang ditempa malah berkali-kali namun putaran kita seperti roda tidak semestinya kita selalu di atas..terkadang kita perlulah ke bawah untuk menjenguk dunia orang lain yang mungkin sahaja tidak seperti kita.

Begitulah diriku dan semua pembaca...hidup,ada pasang surutnya....hidup,ada bolak baliknya.....hidup.ada tonggang terbaliknya......hidup,ada masam manisnya....

Yelah....kita hidup di dunia hanya sementara dan kita beribadah di dunia sebagai bekalan kita KE SANA.Kita giat berusaha menuntut ilmu kerana itu kewajipan kita.

Tidak mengapa bagaimanapun yang kita peroleh...Allah ada bersama kita.DIA sentiasa memerhati hambaNYA dan DIA perhatikan kita...sejauh mana kesyukuran kita...sejauh mana cekalnya kita..redhanya kita dengan ketentuanNYA...

Semoga usaha dan ilmu yang telah dipelajari selama ini diterima ALLAH kerana kejayaan atau hasil itu langsung tidak dipandang akan tetapi usaha dan keberkatan itu yang mahu kita cari.

Bukankah ilmu yang bermanfaat itu salah satu bekalan kita?

Wallahualam..

'Ya Allah!kuatkan aku dan mereka semua yang berada disekelilingku'AMEEN

p/s;teringat isi dalam buku 'stop worrying and start living' salah satu quote penulisnya berbunyi sebegini:[COUNT YOUR BLESS]'kiralah kebaikan'.

Mengapa dikatakn begitu?kerana kita seolah-olah terlalu sedih apabila ditimpa sesuatu kesusahan dan apa salahnya kita kira semua kenikmatan yang telah kita peroleh selama ini.Fikirkan begitu....insya Allah..jika kita sentiasa mengira kenikmatan yang kita ada,insya Allah tenanglah hati tu..



bak kata rakanku..tak perlulah berasa 'begitu' mungkin seseorang itu lebih pada sesuatu dan kurang pada bahagian lain.Masing-masing punyai rezeki dan kelebihan masing-masing[waaa...suki-suki dengan kata-katamu sahabat^^..thanks atas ingatan itu!]