Khamis, 12 Mac 2009

juniorku

Salam
Ai ni rase cam bangge ngan junior saya.
Yang mencatat rekod.huhu

Alhamdulillah…mengatasi batch2 yang len.

8 org straight A1 n 12 org straight A’s.

Sehingga nama SBPI BATU RAKIT melonjak naik ke tempat yang kedua terbaik seluruh Terengganu.
Mengalahkan skool len yang agak mantap cam SHEIKH MALEK[hehe],SEKOLAH SAINS TERENGGANU n ad ag.

Ini batch yang kiteorg tinngal waktu diorang kecik2 ag.[dah besar ye korunk]

Tahniah buat semua guru SBPI BATU RAKIT kerana usaha yang dijalankan dari dulu sampai skunk.

Masih terngiang suare cikgu Zainun yang tak putus2 bagi semangat kat saye berjuang tuk add math.

MAsih segar lam ingatan,kelas bahasa arab tinggi yang memang mantap[setiap weekend mesti berlanjutan sampai tgh malam]Sehinggakan Ustazah Nik Hadiah dapat berbangga ngan result bahasa arab kami.hehe.

Masih terkenang kertas2 yang diedar oleh ustazah Zaharah n UStazah Junaidah.Kertas yang mengandungi pelbagai jenis soklan quran sunnah n syariah islamiyyah.

Masih belum mencuba resipi [nasi paprik]yang diberi oleh cg Asrizaa,guru math moden[ngah2 buat latihan matematik,cg slalu tulih resipi kat papan putih.huhu.tak heran r..cg pn pnh jd chef kat restoran dulu]

Cg shahabanul,yang tak pernah mengeluh mengajarkan bahase ibunda,teacher fazlinda yang ske tersenyum,teacher Rosliza yang memng dedikasi.Memang ramai lagila cg2.memg,tanpa diorang siapa la saye skunk.huhu

Teringat senda gurau ngan kaunselor2…Cg Nida,Cg Awang,Cg Fatma,Cg Suraya…Ingat lagi aktiviti yang memg banyak.suke r join UBK[walaupun si edi yang memg banyak wat projek]

Kalau nak citer zaman skolah ni memang tak cukup 10 page.Teringat kat sume,mak cik n pak cik DM.mak cik dobi yang selalu tlg carikan baju sampai dapat kalu tak jumpe.

Perebutan toilet,perebutan sinki membasuh baju.Berlari lari kalu lwt perhimpunan asrama,tak puah ati ngan pengawas coz asyik kene je kalu tertinggal towel lam bilik yang tak tersidai[hehe..jangan marah ye kak sal,asmaa’ .saje je]

K r banyak ag.tp,masih ad keje yang lom settle hehe.

wassalam

Isnin, 9 Mac 2009

cintakah aku padanya?

Salam

Maulidur Rasul tibe lagi

Bagaimana
dgn aku?

Bertambah ke cinta ku padanya?

Rinduku
padanya?

Sedangkan baginda berkorban jiwa dan raga..

Harta dan nyawa…

Berlapar,demi mempertahan agama Islam yang suci..

Agama yang aku anuti sekarang..Agama Islam..

Namun,manusia seperti aku sering lalai,alpa,bahawa nikmat Islam yang aku dapat skarang adalah tinggalan pengorbanan seorang insan yang tidak mengenal jemu mempertahankan agama suci ini

Walau di keliling para sahabat yang sangat2 mencintai dirinya…

Namun,baginda tetap menyatakan rindu kepada ikhwannya[saudaranya]

Siapa ikhwan itu?

KItalah wahai rakan2 ku

Rasulullah
bersabda’aku rindukan ikhwanku’

Sahabat bertanya’Wahai Rasulullah!Siapakah ikhawan itu?Bukankah kami ikhwanmu?’

Rasulullah menjawab,’Tidak.Kamu sahabat..Ikhwan aku adalah mereka yang mencintai aku tanpa melihat susuk badanku.Mereka beriman kepadaku tanpa pernah ketemu denganku’

Ya Rasulullah…Walaupun kami belum wujud di atas bumi ini,kau telah merindui kami..

Bagaimana dgn aku?Aku kate aku cinta..Sejauh mane cinta aku

Aku kate aku rindu..tapi,sejauh mane aku berusaha demi melepaskan rinduku bertemu mu di syurga Illahi

Ya Rasulullah….jika aku tidak mengenalmu..bagaimana ak ingin menyanyangi dirimu..

Soalan itu mungkin terjawab…

Dengan membace sirahmu aku blh mengenalmu..

Tapi,bagaimana aku ingin
lebih mendalami cintamu?

Terjawab sendiri persoalan itu…Amalkan sunnah,berusaha mengenali sifat2 Baginda..

Beliaulah yang paling dicintai Allah mengatasi makhluk di langit dan di bumi…

Wahai Rasulullah masih cukupkah cintaku ini,untuk membalas cintamu kepada ummatmu




Di fikiran mu hanya memikirkan kesejahteraan kami di dunia dan akhirat..

Namun,di mana aku ketika susuk badan mu dihenjak henjak

Di mana aku sewaktu wajah bercahaya mu ditertawakan

Di mana aku sewaktu peribadimu dikoyak koyakkan oleh org2 kafir laknatullah yang tidak mengenal kau siapa..

Mereka melukis,mereka menghina,mereka mencipta lambang2,gambar2 yang menjijikkan terhadapmu.

Hati ini terase sayu,namun cukupkah sayuku itu?

Tanpa bertindak memerangi mereka?

Ya Rasulullah..aku ingin menjadi insan yang mendapat syafaat mu,aku ingin menjadi salah seorang ummat yang dihulurkan air perigi dari tangan mu ketika manusia berpusu pusu mencari air penghilang dahaga ketika di Padang Mahsyar nanti,aku tak mahu menjadi salah seorang yang tidak diakui olehmu sebagai ummatmu

Sungguh,kalau aku kate aku cinta padamu,cintaku itu masih lagi tidak cukup untuk membalas cintamu..

Cintamu terhadap ummat mu sangat kuat sehinggakan nyawa di hujung kerongkong kau masih memikirkan kami

Wahai Rasulullah!Hebatnya cintamu…..