Isnin, 9 Mac 2009

cintakah aku padanya?

Salam

Maulidur Rasul tibe lagi

Bagaimana
dgn aku?

Bertambah ke cinta ku padanya?

Rinduku
padanya?

Sedangkan baginda berkorban jiwa dan raga..

Harta dan nyawa…

Berlapar,demi mempertahan agama Islam yang suci..

Agama yang aku anuti sekarang..Agama Islam..

Namun,manusia seperti aku sering lalai,alpa,bahawa nikmat Islam yang aku dapat skarang adalah tinggalan pengorbanan seorang insan yang tidak mengenal jemu mempertahankan agama suci ini

Walau di keliling para sahabat yang sangat2 mencintai dirinya…

Namun,baginda tetap menyatakan rindu kepada ikhwannya[saudaranya]

Siapa ikhwan itu?

KItalah wahai rakan2 ku

Rasulullah
bersabda’aku rindukan ikhwanku’

Sahabat bertanya’Wahai Rasulullah!Siapakah ikhawan itu?Bukankah kami ikhwanmu?’

Rasulullah menjawab,’Tidak.Kamu sahabat..Ikhwan aku adalah mereka yang mencintai aku tanpa melihat susuk badanku.Mereka beriman kepadaku tanpa pernah ketemu denganku’

Ya Rasulullah…Walaupun kami belum wujud di atas bumi ini,kau telah merindui kami..

Bagaimana dgn aku?Aku kate aku cinta..Sejauh mane cinta aku

Aku kate aku rindu..tapi,sejauh mane aku berusaha demi melepaskan rinduku bertemu mu di syurga Illahi

Ya Rasulullah….jika aku tidak mengenalmu..bagaimana ak ingin menyanyangi dirimu..

Soalan itu mungkin terjawab…

Dengan membace sirahmu aku blh mengenalmu..

Tapi,bagaimana aku ingin
lebih mendalami cintamu?

Terjawab sendiri persoalan itu…Amalkan sunnah,berusaha mengenali sifat2 Baginda..

Beliaulah yang paling dicintai Allah mengatasi makhluk di langit dan di bumi…

Wahai Rasulullah masih cukupkah cintaku ini,untuk membalas cintamu kepada ummatmu




Di fikiran mu hanya memikirkan kesejahteraan kami di dunia dan akhirat..

Namun,di mana aku ketika susuk badan mu dihenjak henjak

Di mana aku sewaktu wajah bercahaya mu ditertawakan

Di mana aku sewaktu peribadimu dikoyak koyakkan oleh org2 kafir laknatullah yang tidak mengenal kau siapa..

Mereka melukis,mereka menghina,mereka mencipta lambang2,gambar2 yang menjijikkan terhadapmu.

Hati ini terase sayu,namun cukupkah sayuku itu?

Tanpa bertindak memerangi mereka?

Ya Rasulullah..aku ingin menjadi insan yang mendapat syafaat mu,aku ingin menjadi salah seorang ummat yang dihulurkan air perigi dari tangan mu ketika manusia berpusu pusu mencari air penghilang dahaga ketika di Padang Mahsyar nanti,aku tak mahu menjadi salah seorang yang tidak diakui olehmu sebagai ummatmu

Sungguh,kalau aku kate aku cinta padamu,cintaku itu masih lagi tidak cukup untuk membalas cintamu..

Cintamu terhadap ummat mu sangat kuat sehinggakan nyawa di hujung kerongkong kau masih memikirkan kami

Wahai Rasulullah!Hebatnya cintamu…..





0 cakar2 ayam: