Rabu, 24 Februari 2010

Kekasih Allah,kekasihku jua

Assalammualaikum wbt,


Baginda meninggalkan Quran dan Sunnah untuk kita beramal dengannya,
Hampir menitis air mata...
mengenang detik ajal Rasulullah..
Begitu penyayang sifat baginda,masih mengingati kita..ummatnya...
Resah Rasulullah selagi beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada ummatnya nanti,

"Lalu disoalnya Jibril apakah hak yang akan diperoleh..Lalu jawablah Jibril,semua para malaikat menunggu kedatangan mu Ya Rasulullah!Pintu syurga dibuka seluas luasnya untuk menyambut mu Ya Rasulullah!"

"Bagaimana dengan umatku?"Soal Rasulullah kepada Jibril

"Allah telah berfirman bahawa diharamkan syurga kecuali kepada umat Muhammad.."jawab Jibril

maka legalah Rasulullah dengan jawapan itu..

Ya Rasulullah!indahnya cinta yang engkau berikan kepada kami..
Malunya diri ini,tatkala kasih dan sayangku kepadamu masih tidak dapat menandingi kasih sayangmu..

Ya Rasulullah!aku rindu saat untuk bertemu denganmu,mahukah engkau mengaku aku sebagai ummatmu,sanggupkah engkau memberi minum kepada ku air telaga yang bakal engkau berikan kepada ummatmu nanti?tatkala manusia berada dalam kehausan dan merangkak dalam , tatkala mengharap syafaat.

Ya Rasulullah!lembutnya sifatmu,engkau kekasih Allah...engkau dicintai oleh semua orang di sekelilingmu...tiada pengganti..engkau Rasul terakhir....engkau manusia agung ya Rasulullah..

''Allahumma ja'alna min ahli syafa'ati RASULILLAHI S.A.W'',,

Salam Maulidur Rasul 1431H



....................................................................................................................................................................




Happy Birthday kepada Best Buddy Safiyyah Ulfah

6 Ibnu Sina [Sek Keb Kompleks Gong Badak]
2 Ibnu Masu'd,5 sains agama 2[SBPI Batu Rakit]

Persahabatan kita banyak mengajar aku....

Dah lama kita kenal...

Mu kenal aku,aku kenal mu....

pada awal perkenalan,dalam beberapa bulan terus erat..

kuatnya chemistry antara kita kan???

kita dah 21 tahun,masing-masing dah dewasa,jauh kita terpisah,namun,masih kita berhubungan
moga kita tidak bertemu di dunia sahaja...

panjangkan angan-angan ku?

Tapi,begitulah yang aku mahu..ameeen Ya Rabb...