Khamis, 25 Jun 2009

promosi ke matruh n siwa



Ape yg ad kat matruh n siwa 2?adakah cume ini????





dan ini lagi????boringnye... aik...silap r kalu pikir ad pantai je kat sane.meh kite jengah...ape ad????




MATRUH

Pantai Agiba



“Matruh itu memang panas, tapi birunya menggamit kalbu”


“indah nian rona pantai, meronai sakinah hati”

Keindahannya pasti mendamaika
n mata yang memandang.Andai berlangkah kanan, dapat dilihat beda 7 rona warna pantai tatkala matahari melabuhkan tirainya. Di sini juga kedapatan pelbagai jenis sukan air seperti boating, jet ski dan lain-lain. Pun begitu janganlah pula dilepaskan peluang untuk menyaksikan beradunya sang mentari dek keasyikan bermain.
Hamamah Cleopatra









“apa uniknya sebuah bilik persiraman, hingga manusia beria-ia ke sana






“Pukulan ombak, menyirami sang ratu”



“Perbezaan tona warna yang dapat dilihat dari atas bumbung hamamah”

Di sinilah tempat bersiramnya sang ratu Cleopatra.
Menurut riwayat, sang ratu akan duduk santai di hadapan lubang air. Setiap kali ombak datang, air akan deras menjirus batang tubuhnya dan mengalir keluar melalui lubang lain. Hasilnya ialah mandian hujan (shower) semula jadi.Menakjubkan bukan?Selain lantai berbatu yang boleh mengurut tapak kaki secara refleksi, ombak deras turut punya fungsi yang sama.Dan pula,jarak antara batuan pantai dengan hamamah lebih kurang 30 meter.Untuk itu,anda terpaksa menongkah arus yang terkadang bergelora.

Bazar Libya


“Panasnya. Silau mata.”
Inginkan topi, sun glasses dan lain-lain?? Istimewa barangan Libya.Tunjukkan kehandalan anda dalam membeli-belah di sini.Pastikan barangan yang diidam-idamkan menjadi milik anda dengan harga yang termurah..Jom shopping!!












SIWA

Kota Lama Siwa “Kian runtuh dimamah usia”






“Tinggalan binaan berceracakan”


Dahulunya merupakan kawasan bukit yang kemudiannya ditarah membentuk sebuah kota.Mungkin ianya tidak sehebat Kota Petra yang terletak di Jordan,namun ternyata kota lama ini mempunyai keunikannya tersendiri.Dari puncak kota ini,anda akan dapat melihat pemandangan Jazirah Fatmas(tasik garam) dan juga Jabal Mouta.

Kolam Cleopatra


“dulu persiraman sang ratu, kini bakal raja sehari menumpang tuah”



“benarkah ia membawa tuah kepada bakal pengantin yang mandi di sini?”

Jika Matruh terkenal dengan Hamamah Cleopatranya,Siwa pula tidak ketinggalan
dengan kolam Cleopatranya. Merupakan tempat sang ratu itu bersiram.Juga dipercayai boleh membawa tuah kepada bakal pengantin lantas menjadikan mereka antara yang sentiasa menggunakan kolam ini.JABAL MOUTA


“bagaikan busut anai-anai tampaknya”



“Antara lubang-lubang kubur yang ditebuk”



“Liang lahad tiada berpenghuni”



“Antara tulang yang berselerakan”

Kawasan bukit yang ditebuk padanya beratus-ratus lubang untuk dijadikan kubur pada sang mati.Pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat simpanan mumia,namun kini telah dipindahkan ke muzium disebabkan nilai-nilai sejarah yang ada padanya.Jika bertuah,anda mungkin akan menemukan selerakan tulang belulang.
JAZIRAH FATMAS


Nun kejauhan di sana tasik garam a.k.a jazirah fatmas memukau pandangan.

MATHAF ROMMEL






Antara aktiviti menarik!!
Secret admire ~ hijap sang pencinta..izinkan hatimu ku huni..
LAkaR baYaNgAn ~ akukah itu..?caknakah dia..? terlakarkah daku di hatinya..?
TaNdA cInTa ~ walau laut gelora harus ku rentas, gunung tinggi ku daki..relaku untukmu..
KAsih TeRmiLiki ~ pasti..!dialah yang ku cari..yg terlakar di kanvas hatiku..
PeSonA ClEopatrA ~ mampukah laksamana sunan menjejak sang ratu..?
DiaKaH NailOfaR? ~ hijap tersingkap..tiada nailofar, mawar pun jadi la..
SrIkAndi SUnAn ~ siapakah dia 4 srikandi, tetamu agung syurga..?


Ahad, 21 Jun 2009

BUAT oNA

Salam

Warkah ini saya titipkan buat adik tercinta..ona,yang jauh di mate namun dekat di hati,bertakhta di sanubari sentiasa…

Dengarnye adikku yang manis ini sdg agak resah dalam perjalanan menuju PMR yang bakal menjelma tidak lama lagi..usah dibimbang duhai adikku..memang,memang kakak mu ini akui bahawa blaja tidak pnh ad y senang,sedangkan kakakmu ini dulu payah walaupn untuk menulis satu ABC.

Duhai adikku,

PMR adalah ujian kedua besar dalam hidupmu selepas UPSR.Ona blh cemerlang dalam UPSR,kenapa tidak dalam PMR,Yang penting,ona berusaha sungguh2,tetapkan dalam hati,memang ona nak sgt2 berjaya..selepas usaha,ona berdoa lah agar sentiasa diberkati ilmu dan usaha olehNYA..

Ingat,kite berusaha,tp,Allah yg menentukan segalanya..insya Allah kalau ona btol2 berdoa.berusaha pasti ona beroleh kejayaan.Dan yang penting ona perlu juga berserah kepada Allah,ape yg ona bace,ape y ona hafal,ona berserah pada Allah untuk mengingatkan kembali pelajaran2 tersebut di waktu ona perlukannya

Blaja blaja memg kite kene blaja..malah ia adalah kewajipan kite tp,jgn dilupe 5 waktu solat,jgn lupe,hormat kpd ibubapa,Mak Zie,Pok Zam,acu yg dh lame jage ona.Ona jage hati mereka gembirakan mereka dgn kejayaan ona.Biar sume org gembira dgn ona,yg penting kejayaan itu lah yg bakal membantu ona kelak..

Tiada siapa y dapat bantu ona kalau bukan diri ona sendiri yang mampu berubah krn Ona lbh tahu kehendak diri Ona.

Bukan kakak tak pnh menangis,bukan kakak tak pnh kecewa apabila result exam kakak jatuh sdgkan kawan2 kakak di sekeliling beroleh markah yg tinggi.Namun,tak ad gune kite terus tangisi bende yg dh jd,y penting,kite terus mara ke depan,bukan semakin berundur..

Dengarlah nasihat2 mereka y berada di sekeliling ona..Pok Zam,Mak Zie marah ona bukan marah benci,tp,marah sayang.Sayang takut Ona tak berjaye dalam hidup,sayang bimbang ona tertinggal jauh hanyut tak ke mana,sayang sbb ona juga darah daging mereka.

Percayelah ona,semua org di sekeliling ona,sayangkan ona.Malah,kakak dr jauh insya Allah akan sentiasa doakan ona.Ona jgn cepat putus asa,masih ad mase,dan mase itu takkan kembali lg selepas PMR

Jika tidak paham,terus bertanya guru,jika berase tertekan mengadulah pada Allah,berdoa minta agar Allah mudahkan usaha Ona…

Ona jgn pendamkan sendirian jika ad kesulitan..bercerita,berkongsi ngan mak zie,ape y ona rase.Mak Zie paham insya Allah..jgn pendam seorang diri kalau ona rase sgt berat bebanan y Ona pikul..

Tak lame lagi,ona akn menghadapi percubaan PMR.Kakak nak ona berusaha sedaya mungkin,kelas jgn tinggal,manfaatkan segale kemudahan yg ona ad.Ona ad hadir kelas tuisyen bukan..har,jd,jgn sia siakan peluang yg ad.kurangkan mase menonton tv,kalau blh mase yg ad,ona isi ngan ulangkaji,ataupn kalau ona rase tak de mood nk ulangkaji,ona buat la latihan bnyk2 agar nati ona terbiase ngan soalan2 y dikemukakan terutamanya soklan2 exam tahun2 lepas,insya Allah.

Itulah sedikit sebanyak y kakak blh kongsi,kalau ad ape2 cakap la insya Allah,selagi terdaye,kakak bantu

Ingat,bukan senang nk senang.Pengorbanan mase,tenaga mmg cukup mencabar,namun insya Allah apabile berjaye,ia ibarat manis spt madu

Kakakmu….


HIDUP PENUH MASALH...INDAHNYA HIDUP ADALAH BAGAIMANA CARA KITA MENANGANI DAN MENGHADAPI MASALAH TERSEBUT....