Khamis, 25 Jun 2009

promosi ke matruh n siwa



Ape yg ad kat matruh n siwa 2?adakah cume ini????





dan ini lagi????boringnye... aik...silap r kalu pikir ad pantai je kat sane.meh kite jengah...ape ad????




MATRUH

Pantai Agiba



“Matruh itu memang panas, tapi birunya menggamit kalbu”


“indah nian rona pantai, meronai sakinah hati”

Keindahannya pasti mendamaika
n mata yang memandang.Andai berlangkah kanan, dapat dilihat beda 7 rona warna pantai tatkala matahari melabuhkan tirainya. Di sini juga kedapatan pelbagai jenis sukan air seperti boating, jet ski dan lain-lain. Pun begitu janganlah pula dilepaskan peluang untuk menyaksikan beradunya sang mentari dek keasyikan bermain.
Hamamah Cleopatra









“apa uniknya sebuah bilik persiraman, hingga manusia beria-ia ke sana






“Pukulan ombak, menyirami sang ratu”



“Perbezaan tona warna yang dapat dilihat dari atas bumbung hamamah”

Di sinilah tempat bersiramnya sang ratu Cleopatra.
Menurut riwayat, sang ratu akan duduk santai di hadapan lubang air. Setiap kali ombak datang, air akan deras menjirus batang tubuhnya dan mengalir keluar melalui lubang lain. Hasilnya ialah mandian hujan (shower) semula jadi.Menakjubkan bukan?Selain lantai berbatu yang boleh mengurut tapak kaki secara refleksi, ombak deras turut punya fungsi yang sama.Dan pula,jarak antara batuan pantai dengan hamamah lebih kurang 30 meter.Untuk itu,anda terpaksa menongkah arus yang terkadang bergelora.

Bazar Libya


“Panasnya. Silau mata.”
Inginkan topi, sun glasses dan lain-lain?? Istimewa barangan Libya.Tunjukkan kehandalan anda dalam membeli-belah di sini.Pastikan barangan yang diidam-idamkan menjadi milik anda dengan harga yang termurah..Jom shopping!!












SIWA

Kota Lama Siwa “Kian runtuh dimamah usia”






“Tinggalan binaan berceracakan”


Dahulunya merupakan kawasan bukit yang kemudiannya ditarah membentuk sebuah kota.Mungkin ianya tidak sehebat Kota Petra yang terletak di Jordan,namun ternyata kota lama ini mempunyai keunikannya tersendiri.Dari puncak kota ini,anda akan dapat melihat pemandangan Jazirah Fatmas(tasik garam) dan juga Jabal Mouta.

Kolam Cleopatra


“dulu persiraman sang ratu, kini bakal raja sehari menumpang tuah”



“benarkah ia membawa tuah kepada bakal pengantin yang mandi di sini?”

Jika Matruh terkenal dengan Hamamah Cleopatranya,Siwa pula tidak ketinggalan
dengan kolam Cleopatranya. Merupakan tempat sang ratu itu bersiram.Juga dipercayai boleh membawa tuah kepada bakal pengantin lantas menjadikan mereka antara yang sentiasa menggunakan kolam ini.JABAL MOUTA


“bagaikan busut anai-anai tampaknya”



“Antara lubang-lubang kubur yang ditebuk”



“Liang lahad tiada berpenghuni”



“Antara tulang yang berselerakan”

Kawasan bukit yang ditebuk padanya beratus-ratus lubang untuk dijadikan kubur pada sang mati.Pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tempat simpanan mumia,namun kini telah dipindahkan ke muzium disebabkan nilai-nilai sejarah yang ada padanya.Jika bertuah,anda mungkin akan menemukan selerakan tulang belulang.
JAZIRAH FATMAS


Nun kejauhan di sana tasik garam a.k.a jazirah fatmas memukau pandangan.

MATHAF ROMMEL






Antara aktiviti menarik!!
Secret admire ~ hijap sang pencinta..izinkan hatimu ku huni..
LAkaR baYaNgAn ~ akukah itu..?caknakah dia..? terlakarkah daku di hatinya..?
TaNdA cInTa ~ walau laut gelora harus ku rentas, gunung tinggi ku daki..relaku untukmu..
KAsih TeRmiLiki ~ pasti..!dialah yang ku cari..yg terlakar di kanvas hatiku..
PeSonA ClEopatrA ~ mampukah laksamana sunan menjejak sang ratu..?
DiaKaH NailOfaR? ~ hijap tersingkap..tiada nailofar, mawar pun jadi la..
SrIkAndi SUnAn ~ siapakah dia 4 srikandi, tetamu agung syurga..?


0 cakar2 ayam: