Assalammualaikum wbt..
Pada malam itu,hawa itu selesa mengenakan jubah hitam ...bersiap ala kadar,dia terus melangkah menuju ke kereta...
Perjalanan hanya mengambil masa yang singkat...di kiri kanan jalan kereta penuh di jalanan.Mungkin ada yang baru pulang dari kampung,mungkin sahaja ada yang menghantar anak-anak pulang kembali ke asrama.
Sampai sahaja ke destinasi rumah terbuka yang hampir tertutup kerana terlewat sampai;D Makanan yang terhidang dicedok.
Selesai menjamu sedikit hidangan para hawa duduk sambil berbicara soal kehidupan dan kes yang masih hangat dibicara.Salah seorang dari mereka ada yang trauma dengan kejadian yang langsung tiada berhati perut dan kejam.
'Sepatutnya,kalau nak hukum,hukum macam mana dia lakukan kepada mangsa...setakat ke tali gantung..itu biasa....'kata salah seorang dari mereka.
'hmmm...macam sistem hukuman dalam Islam...pelaku dibalas sama dengan kelakuannya terhadap mangsa..kesimpulannya...sistem Islam juga yang menjamin...'ujar seorang lagi
Subhanallah...alhamdulillah..terdapat juga kesedaran tentang adilnya sistem Islam.Masyarakat mula sedar akan kepincangan sistem manusia yang tiada penyelesaian kalau dilihat...Sistem yang Allah juga yang menjadi pilihan kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA..
Yang penting...yakin dengan Allah...Istiqamah dalam beriman kepada Allah...
p/s:hawa itu pulang dengan hati yang senang...senang dengan kesedaran Islam yang mula tumbuh walau sedikit-sedikit seperti secubit garam...
Wallahualam....
0 cakar2 ayam:
Catat Ulasan