Salamalaik
Wahai adikku..
Mahukah kamu ak berterus terang tentang ape yg terbuku di hatiku?
Apa yg terselit di celah-celah keceriaanku?
Aku mahu sekali membelaimu,mengusapmu,memahamkan mu..
Mengape org di sekeliling seringkali berkate..duhai perempuan,jagalah maruahmu,tinggikan egomu,tutupi aurat mu..?
Mahukah kamu paham mengapa Allah menyuruh perempuan-perempuan sering menjaga diri mereka?
Mahukah kamu paham mengape seringkali bercakap tentang wanita,pelbagai soal,hukum dibicarakan?
Dan tidakkah kamu mahu tahu tentang penjara di SANA,mengapa dipenuhi wanita?
Tidakkah kamu mahu org di sekeliling mu memandang tinggi dirimu di atas keperibadianmu?bukan kecantikkanmu?
Adakah kamu mahu tahu bahawa beribu insani yg mudah sahaje meragut kesucian mawar di taman,lili di jambangan?
Mengapakah kamu terlalu mengikut hati duhai adikku?
Mengapa hatimu berkeras tidak mahu mendengar teguran?
Mengapakah kamu bertindak licik tidak menentu hala?
Menngapa kamu sanggup berkorban masa depan krn cinta kenafsuan?mengapa adikku?
Tahukah kamu..cinta memang indah?tahukah kamu dicintai itu indah?dan tahukah kamu dicintai hanya kerana keduniaan itu suatu padah?
Duhai adikku..
Menngapa kamu tidak mengerti?
Sememang hidup ini penuh berliku
Liku itu terpulang untuk kite tuju
Terpulang pada kite tuk berlalu
Duhai adikku..
Kenapa kamu tidak mengerti lagi?
Menyerahkan segalanya kepada insani yg tiade pekerti,
Memberi janji yg tidak pasti,
Membelit lidah tuk membelit dirimu ke arah duniawi?
Duhai adikku..
Carilah kasih ketika kamu bersedia..
Carilah kasih yg blh bawamu dekat kpd Illahi
Carilah kasih..kasih Illahi
Duhai adikku..
Kenapa kamu tidak mengerti lagi?
Perasaanku ingin membantu,
Namum kejauhan yg membantutku tuk terus membahumu
Dari jauh ku lihat dirimu
Dari jauh ku menungkanmu..
Tahukah kamu aku sangat risaukan dirimu?
Mengapa kamu tidak risau pada dirimu?
Aku risau,aku resah krn aku mahu adik2 ku di luar sana berubah,berubah menjadi muslimah,faham kedudukkan wanita,faham erti sebenar keadilan terhadap wanita..
Duhai kuntuman2 mawar kecil jagai tunas mu ketika ia belum mekar,pelihara jambanganmu ketika ia sedang mekar dan sabar,pasrah,tawakal dalam menanti kasih org yg mengasihi Illahi…
2 cakar2 ayam:
awal yang baik
Catat Ulasan