Isnin, 26 Julai 2010

cukup sedarkah diriku?

Assalammualaikum wbt..

Hari-hari yang berlalu seolah-olah bayu yang bertiup sayup-sayup menerpa muka...tidak sedar atau separuh sedar masa kian rancak meninggalkan diri yang terkadang hanyut.....

Separuh sudah syaaban berlalu buku catatan baru mula dibuka...Ya Allah..apa yang berlaku pada diriku sebelum ini?Cukupkah persediaan diriku dalam mengahadapi ramadan nanti?cukupkah syukurku kepadaMU yang masih meminjamkan kepadaku nyawa dan masih diberi peluang beramal bakti menuai hasil yang belum tertuai?

Aduh?cukupkah aku mengamati kebertuahan aku berada di bumi tuhan....cukupkah syukurku bila mana ujian diberikan serta nikmat yang telah ENGKAU berikan kepadaku YA Allah...

Ampunkan aku Ya Allah..jauhnya aku tersasar...sudah maklumnya manusia ini tidak maksum kecuali rasulMU Ya Allah....

Ampunkan aku..ampunkan hambaMu ini Ya Allah!Sampaikan daku pada ramadan ini....

p/s:buku baru sudah dibuka..ayuh!fastabiqul khairat![berlumba-lumba membuat kebaikan]

0 cakar2 ayam: