Jumaat, 30 September 2011

Pelangi hidup...

Assalammualaikum wbt...

Aku masih di sini..pernah terfikir untuk dibuang sahaja laman ini..Namun,alhamdulillah,masih dikurnia kudrat untuk mengisinya walau tidak banyak tetapi,tetap ada sedikit yang boleh dikongsikan.

Tahun pengajian yang seterusnya bakal muncul kembali dengan wajah dan senyuman yang berbeza berbanding tahun sebelumnya.

Kehadiran ke Ardul kinanah ini seolah-olah dirasakan seperti baru semalam.Disambut sebagai adik baru dan merempuhi kehidupan berwarna-warni sebagai mahasiswa.

Pelbagai cerita yang dapat dicoret dan bagiku cerita yang dicoret melahirkan diriku sekarang.

Separa keremajaanku terlantar di bumi ini,kerna separa lagi keremajaan ku telah dihabiskan di waktu sekolah dan kemuncak keremajaanku dimatangkan di sini.

Permulaan kematanganku mencoretkan kepelbagaian sehinggakan membuatkan aku tersenyum mengenang kembali saat kekeliruan dan saat aku menghilangkan kekusutan kekeliruan yang ada dengan pelbagai cara.

Dan kini Alhamdulillah..aku mampu lagi berdiri,meneruskan lagi pengajian yang bakal berbaki lebih kurang 2 tahun 6 bulan lagi..

Ku harap pada tahun akademik ini,semangat ku sentiasa meninggi,biar ia turun tapi ia perlu bangkit..biar ia pudar,tapi digilap balik,biar ia mundur tapi perlu dibangun kembali

Itu asam garam kehidupan..ada turun dan naik…Kehidupan sebagai seorang pelajar PERUBATAN yang mana bidang ini yang aku pernah bermimpi untuk berada di dalamnya dan sekarang ia merupakan kewajipanku yang terbesar.

Namun,menjejaknya langkah penghijrahan diri ke arah yang lebih baik sejak 3 tahun yang lalu,kini aku telah sedar dan bersedia berada di medan juga.Medan yang menghimpun hati yang sudi bersatu melakukan kewajipan yang satu lagi..iaitu bersatu ke arah berbuat dan menyeru ke arah kebaikkan..

Tugas ini bukan senang,bukan mudah kerana janji yang telah diikat membuatkan diri beringat kewajipan itu juga perlu aku perbuat.

Aku bermohon pada Illahi agar aku dikurniakan hati yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang dikurniaNYA dan yang penting aku sangat bermohon padaNYA agar aku tidak pernah lelah untuk mencari dan berusaha dan aku bermohon hati yang betol-betol redha dengan apa jua nikmatNYA kerana aku sering kurang dan lalai dalam perbuatan mensyukuri..Aku bermohon hati yang sentiasa menyesali perbuatan yang tidak baik dan bermohon agar hati ini menjadi baik agar jasad ini juga baik bagi meneladani akhlak Al Quran kekasihNYA.

Ku harap juga itu semua ada pada para sahabatku..kita berjaya merempuh tahun sebelumnya,mari bersemangat merempuh tahun yang berbaki..Tanamkan kefahaman bahawa amanah bidang perubatan itu besar dan amanah sebagai umat Islam juga besar.Di samping menjankan fardu ain ini(bidang perubatan) jangan dilupa untuk ditambah nilai yang lain.Maksudku,jangan dikedekutkan lebihan masa untuk mengisi dengan saratan ilmu-ilmu yang lain sebagai bekalan kita nanti.

Kita aset yang berguna dan aset yang diharapkan oleh masyarakat untuk menjadi contoh dan teladan dan membantu mereka yang sentiasa berusaha untuk merubah gologan masyarakat kita yang seolah-olah sedang hanyut dan jangan pula dilupa untuk mendoakan saudara seislam kita yang dikurnia ujian yang hebat dengan kurangnya kemakmuran kerna dihancurkan oleh musuh Allah…

Semoga kita sentiasa dipeliharaNYA,semoga kita sentiasa teruja melakukan kebaikkan biar tidak dinampak di mata manusia namun,DIA lah yang MAHA MELIHAT segalanya…

0 cakar2 ayam: