Ahad, 7 Februari 2010

Baitul rooqit di Bumi Eire


salam kami dari bumi Ireland..

khas entri ini untuk rakan-rakan kami tersayang yang tertinggal kat egypt

Sekadar untuk menkhabarkan apa aktiviti kami di sini~

Hari ini merupakan hari ketiga kami di sini...



rumah tumpangan a.k.a rumah kak su!


bas ke rumah kak suraya
tiba pada jam 10.15 a.m
malaysia pun ada kan?tapi,lebih sistematik dan mahal..........biasa la tu
lepas naik bas,naik flight balik..tak lah..gambar upload tak ikut susunan

Cuma nak cakap yang penerbangan Turkish ni tak best sangat.makanannya tak best,seat pun tak selesa tak macam emirates.Tapi.kalau nak datang sini try British ke,atau penerbangan lain.Macam tak bersyukur pulak kan?Tak..cuma ni kami nak beritahu supaya benda ni tak berlaku kepada orang lain

Bayangkan penerbangan kami dari Istanbul ke Dublin,penumpangya tak sampai separuh.
Jadi kami buat kesimpulan bahawa penerbangan ni bukan pilihan ramai.Tapi,harga tiket mahal..

Tapi,BSAL kata best,sebab ad st***rd yang dia berkenan[rosak BSAL]

Rasa gembita pun ada sebab dapat ketemu kembali ex prefect kami,kak suraya.

Hari pertama hanya beberapa tempat sahaja yang kami kunjungi..antaranya,Malaysian Hall kat sini..kebetulan mereka pun ada MAT kat sini[alamak!MAT perubatan ditinggalkan..~]tapi,di sini MAT digelar sebagai AGM[annual grand meeting]

sempat juga bertindak sebagai pemerhati,cuma sekejap dan tidak sempat mendengar pembentangan usul mereka.

AGM diadakan oleh PPIMI[pelajar perubatan islam Malaysia Ireland]Persatuan ini telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu dan organisasinya hampir sama dengan perubatan dan mereka juga mengadakan usrah untuk pelajar dan dikenali sebagai r & r[refresh and recharge]

Di sini juga terdapat satu organization yang dinamakan FOSIS dan ditakdirkan Allah,presidennya serumah dengan kak suraya dan maknanya beliau adalah perempuan!

tentang siapa beliau dan apa itu FOSIS insya Allah kita kongsi di lembaran lain..

Banyak yang kami perhati di sini dan membuat kami tertarik..kebersihan,sistematik.hormat pelancong
Memang suasana ini,kami tak terlepas untuk membandingkan dengan Mesir,suasana sangat berbeza..
Memang dalam diri kami,amat sedih dengan keadaan bumi Islam apabila dibanding dengan negara Eropah

kita sibuk nak tiru cara hidup mereka.Mereka pula seolah-olah mengambil nilai Islam untuk diaplikasi dalam kehidupan mereka.

Pernah seusai kami meneruskan perjalanan ke destinasi,ketika bas berhenti di lampu isyarat,kami ternampak satu sikap yang boleh diaplikasi oleh kita yang dah belajar kitab adab dengan Ustaz Nazrul.

Kami lihat adab dia datang ke rumah mungkin rakannya[kebetulan rumah itu di tepi jalan].Dia datang dan tekan loceng hanya seklai dan tunggu sampai pintu dibuka tanpa mengeuk beberapa kali pintu rumah tersebut.

Macam mana dengan kita?adakah kita sudah cukup tegar mengaplikasikannya?mari kita renungi


antara restoran HALAL kat sini..

Setelah penat bersiar-siar,kami singgah di antara restoran yang halal di sini..






fries ni best!3 euro aje[cuba darab lapan?berapa agak-agak dalam egyptian pound?]

Baiklah setakat itu sahaja yang boleh dikhabarkan..esok kami akan ke Belfast selama tiga hari dan akan meneruskan kembara kami ke bumi London.Doakan kami agar sentiasa selamat dan tidak lupa untuk berniat yang baik-baik sahaja sepanjang berada di sini.

Kalau ada masa nanti blog ini akan diperbaharui lagi..insya Allah..

Jumaat, 5 Februari 2010

termeterai sebuah ikatan

salamalaik..


Alhamdulillah masih dikurnia nikmat iman dan Islam dan kudrat sehingga boleh masih berjalan dengan elok,masih selera menjamah makanan..

'nikmat sihat sebelum sakit nikmat lapang sebelum sibuk..nikmat muda sebelum tua..nikmat berharta dan masih punyai sedikit wang dan cukup untuk menyara diri sebelum masa kesempitan duit...nikmat hidup sebelum mati...'

Hidup,penuh dengan nikmat,,kadang-kadang manusia alpa..ya!apabila alpa bukan cubaan untuk kita terus alpa..tapi,mari kita sentiasa melafazkan istighfar pada setiap kelakuan yang memalukan diri sendiri

cuma nak cerita apa yang berlaku di permulaan cuti pertengahan semester ni,biasalah,bila dah cuti sekolah,mulalah banyak jemputan walimah[ehem2..macam dekat Malaysia pulak~]

Alhamdulillah..hari ini,terbina sebuah masjid,termeterai sebuah ikatan antara abang Isra' dan kak Naimah

Selesai sudah misi mencari,
Kini mulai kehidupan sebagai suami isteri,
Semoga ikatan sentiasa berseri,
Dengan keberkatan dari Illahi
Seusai ikatan terikat membuatkan kami warga PERUBATAN kagum dan terharu..mana tidaknya,bukan semua orang mampu untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam usia yang muda seperti kak naimah yang hanya tua setahun dari kami warga gen07

semoga dengan perkahwinan ini,membahagiakan lagi hidup kedua mempelai,menyerikan lagi kehidupan mereka dan semoga semakin bertambah nikmat kemanisan iman terhadap Allah.
Diucapkan juga tahniah kepada pasangan-pasangan seterusnya yang bakal menamatkan zaman bujang...Semoga semuanya diredhai dan diberkati Allah
kita yang masih bujang ni,marilah sama-sama meningkatkan diri,mengislah diri agar lebih bersedia apabila tiba untuk kita pula yang membina ikatan nanti.

'insya Allah,Allah dah tetapkan pada setiap orang itu,ada jodohnya..'nasihat umiku~



p/s;-rasa kesal tak dapat tolong banyak sangat dalam walimah ini.. sebab tarikh hampir bertembung dengan jadual musafir
-Semoga perjalanan MAT[Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN] esok hari berjalan lancar dengan izin Nya..
-Doakan kami agar selamat pergi dan kembali ya!

Sabtu, 30 Januari 2010

enjoy

Assalammualaikum,

'Ya Allah janganlah jadikan umi aku tua.macam tok''
DSC_0017 a9735054-a020f414-10822770-f36d05ee.JPG (500×334)

Gambar sekadar hiasan..[bukan adik saya]

Tergelak besar saya dengar adik doa macam ni.Budak kecil pun tak nak jadi tua
tapi,itulah hakikat duniawi

Semua orang menghadapi proses penuaan....
normal_ongtua.jpg (299×400)



jadi macam mana dengan orang yang masih belum puas dengan hidop?

Mereka berkata mereka masih belum mengecapi nikmat hidup yang selayaknya
bak orang kata ketika muda enjoy puas-puas
bila dah tua dah tak boleh nak enjoy,kena penuhi masa dengan ibadat.

Cuma nak tanyalah kepada golongan-golongan ini,adakah anda jamin hidup anda sampai ke tua?Sehingga anda tunggu hari tua baru mula nak mengecapi kemanisan iman?
Adakah anda tahu tarikh ajal anda?

Tidak..semua orang tidak tahu bila dia akan meninggal dunia dan kita perlu bersyukur kepada Allah kerana nikmat ini.Allah tidak mendedahkan ajal kita.Jika kita tahu bila kita akan mati,sudah tentulah kita takkan pergi kerja,belajar,exam sebab masing-masing sibuk nak melengkapkan diri untuk bertemu Allah.

Dan sebenarnya kehidupan itu adalah ujian kerana kita yang akan berusaha melengkapkan diri untuk menghadapi saat kematian dan saat perhitungan nanti..Kita adalah kita untuk bertindak..
Bukan orang lain yang berhak ke atas kita..tapi,diri kita sendiri

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nikmat yang diberikan kepada sesuatu kaum
melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka."8;53

Tapi,hari ini sebaliknya pula berlaku, bila dah capai usia tua mula berasakan diri tidak cukup lagi mengecapi nikmat kebahagiaan.

Apa sebenarnya yang membasahi benak manusia?

Selalu tidak puas,kurang rasa syukur,tika kanak-kanak,tak sabar nak besar..bila dah tua,nak jadi muda balik
3811301324_cedaa0d81d.jpg (332×500)


Sebagai orang seusia semacam saya dan kawan-kawan,sememangnya dunia penuh cabaran,tunggu kita untuk memilih..

Bak kata,usia mudalah penentu segalanya,penentu kepada masa akan datang..
pemuda harapan bangsa~

Betul ke dengan kenyataan muda hanya sekali,enjoy your life..atau kita tukar sedikit;
'hidup hanya sekali,muda hanya sekali,mari buatkan hidup kita bererti,tanpa kita menyesal nanti,dan kemudian hari..'

Siapa kawan-kawan sekalian dan siapa saya?kitakan orang muda dan orang muda yang dimaksudkan atau dapat difahami bahawa golongan yang boleh menjadi tempat bergantung harap,gagah,bersemangat,tempat untuk menuai hasil,agar nanti hasil yang dituai bermanfaat kepada diri,agama dan masyarakat sejagat.

Masa kecil-kecil dahulu,saya macam tak sabar nak besar sebab bila nampak orang masuk universiti,mereka punyai life yang bahagia,boleh ke sana ke mari,shopping sana sini,hang out dengan rakan-rakan dan ini membuatkan diri teruja dengan cara mereka mengurangkan stress.

Namun,kadang-kadang sress ni pelbagai bentuk dan kadang-kadang dengan cara begitu pun belum tentu stress dapat hilang seratus peratus

Dan apakah saranan terhadap kita sekarang kawan-kawan??

Saranannya ialah,ya!hidup mesti enjoy.tapi,enjoy yang mana satu kita pilih?enjoy apabila kita
rasa kemanisan iman ada di dada atau sekadar enjoy yang kadang-kadang menyesakkan lagi pemikiran..

Duhai saya dan kawan-kawan harapan Islam,harapan bangsa,umat sejagat
Mahukah kita hidup bersenang-lenang?
sedang nanti senang lenang kita akan membuatkan kesan yang negatif dan berpanjangan di hari tua

Duhai saya dan kawan-kawan harapan Islam,
mahukah kita Islam hanya di nama
dan bukan di dada?

mahukah Islam sekadar menjadi a part of our life dan sebahagian lagi ditinggalkan?

Mahukah kita apabila sudah mempunyai anak nanti,dan anak-anak kita menjejaki langkah kita yang tidak mencerminkan sebagai seorang pemuda Islam?
Bukankah salah satu amalan kita ke sana kelak adalah doa anak-anak yang soleh?

Mari menjadi matang dan berfikiran panjang

Fikirkan apa yang kita mahu kepada anak-anak kita?

Anak-anak yang soleh dan solehah atau hanya Soleh bin Ahmad atau Solehah binti Ahmad?

Fikir begitu!Agar kita berasa tiada masa untuk kita buang terhadap perkara yang remeh,agar kita berasa kita mahu melihat Islam itu gah bukan hanya pada nama,Islam itu gah apabila dilaksana,Islam itu lebih gah apabila punyai pemuda seperti kita!

Berani melontar kebenaran,tidak takut menentang kejahilan

Duhai saya dan kawan-kawan,tidak kah kita rindu saat itu?

Sabtu, 23 Januari 2010

why?kenapa?

Salamalaik

Wahai adikku..

Mahukah kamu ak berterus terang tentang ape yg terbuku di hatiku?

Apa yg terselit di celah-celah keceriaanku?

Aku mahu sekali membelaimu,mengusapmu,memahamkan mu..

Mengape org di sekeliling seringkali berkate..duhai perempuan,jagalah maruahmu,tinggikan egomu,tutupi aurat mu..?

Mahukah kamu paham mengapa Allah menyuruh perempuan-perempuan sering menjaga diri mereka?

Mahukah kamu paham mengape seringkali bercakap tentang wanita,pelbagai soal,hukum dibicarakan?

Dan tidakkah kamu mahu tahu tentang penjara di SANA,mengapa dipenuhi wanita?







Tidakkah kamu mahu org di sekeliling mu memandang tinggi dirimu di atas keperibadianmu?bukan kecantikkanmu?

Adakah kamu mahu tahu bahawa beribu insani yg mudah sahaje meragut kesucian mawar di taman,lili di jambangan?

Mengapakah kamu terlalu mengikut hati duhai adikku?

Mengapa hatimu berkeras tidak mahu mendengar teguran?

Mengapakah kamu bertindak licik tidak menentu hala?

Menngapa kamu sanggup berkorban masa depan krn cinta kenafsuan?mengapa adikku?

Tahukah kamu..cinta memang indah?tahukah kamu dicintai itu indah?dan tahukah kamu dicintai hanya kerana keduniaan itu suatu padah?

Duhai adikku..

Menngapa kamu tidak mengerti?

Sememang hidup ini penuh berliku

Liku itu terpulang untuk kite tuju

Terpulang pada kite tuk berlalu

Duhai adikku..

Kenapa kamu tidak mengerti lagi?

Menyerahkan segalanya kepada insani yg tiade pekerti,

Memberi janji yg tidak pasti,

Membelit lidah tuk membelit dirimu ke arah duniawi?

Duhai adikku..

Carilah kasih ketika kamu bersedia..

Carilah kasih yg blh bawamu dekat kpd Illahi

Carilah kasih..kasih Illahi

Duhai adikku..

Kenapa kamu tidak mengerti lagi?

Perasaanku ingin membantu,

Namum kejauhan yg membantutku tuk terus membahumu

Dari jauh ku lihat dirimu

Dari jauh ku menungkanmu..

Tahukah kamu aku sangat risaukan dirimu?

Mengapa kamu tidak risau pada dirimu?

Aku risau,aku resah krn aku mahu adik2 ku di luar sana berubah,berubah menjadi muslimah,faham kedudukkan wanita,faham erti sebenar keadilan terhadap wanita..

Duhai kuntuman2 mawar kecil jagai tunas mu ketika ia belum mekar,pelihara jambanganmu ketika ia sedang mekar dan sabar,pasrah,tawakal dalam menanti kasih org yg mengasihi Illahi…

Rabu, 20 Januari 2010

i can't!

Assalammualaikum..

Semua orang saya percaya,ade benda yg kadang2 buat dia tak senang duduk.

Ad benda yg kadang2 bile die buat,asyik tak jadi je..

Buat kek hangus,tulisan dianggap cantik tp hodoh,gosok baju..last2,drpd takde lubang,ad lubang..

Begitulah..hidup kite tak pernah lari pun dari kegagalan..

Di sini nak share satu cerite..

Ada sebuah sekolah yg dipenuhi pelajar2 yg rata2 nya bergred 4..dan diorunk diajar oleh seorang guru yg bernama dona..

Suatu hari ad seorang pemerhati,datang menjenguk diorang punya aktiviti..

Apelah yg diorunk lakukan saban hari,ape yg diorunk pelajari,,pemerhati tersebut datang untuk memerhati..

Jd,tibelah saat guru dona td untuk melakukan aktiviti untuk pelajar-pelajarnya..

Semua org dikehendaki mengeluarkan kertas dan menulis sesuatu di atas kertas tersebut..

Semua orang kecuali pemerhati td,tekun menulis..

Dah memamng tugas si pemerhati ni memerhati..so,die perhati la,sambil jeling2 kat kertas2 murid2 ni..

Sejurus itu,die merase hairan..die terbaca antara ayat2 yang ditulis..

'Saya tak boleh makan lebih dari satu biskut..'

'Saya tak boleh nak selesaikan masalah dalam silibus matematik

kecuali sedikit sahaja..children_reading.jpg (524×446)



'Saya tak boleh buat ‘push up’lebih dari sepuluh..'

Pemerhati td amatlah berase hairan dan dgn konfiusnye die pergi untuk bertanyakan perihal tersebut kepada guru terbabit..

Kemudian,kekejutan dan kehairanan yg dialami tidak setimpal lagi dgn pemerhati td apabila die pn ternampak guru tadi sibuk menulis..

'Saya tak dapat buatkan mak salah seorang anak murid saya untuk' datang ke konferens..

'Saya tak dapat buatkan si Alan untuk bercakap dgn lebih baik' melainkan hanya dgn menggunakan kekasaran..

Begitulah..

Pemerhati tadi cube menyabarkan dirinye dan tunggu apa yg berlaku..

Sejurus selepas itu dona dan anak2 muridnye mengumpulkan kertas td ke dalam sebuah kotak

Selepas selesai pengurusan kertas td,mereka pn meluru ke padang sekolah

Dan sekali lagi pemerhati itu hairan…

Pemerhati masih sebagai tugasnye pemerhati,asyik memerhati..

Mereka tibe2 bertindak menggali tanah di padang tersebut dan menanam kotak yg mengandungi kertas2 td ke dalamnya..

Mereka menimbus tanah terbabit dan membiarkan kotak terbabit di dalam tanah..

Dan mereka berkumpul dan mereka disedarkan oleh guru mereka tentang pemergian 'saya tak boleh' td..

Dona berkata 'saya tak boleh' sebagai salah seorang kepada saudara 'saya boleh',' saya akan','saya dapat' dan saudara2 nya
sudah pergi dan tiada dan biarlah ia tertanam dgn tenang dan aman..

Dan saudara2 nya yang masih tertinggal iaitu [saya boleh,saya dapat dan saya akan td]…yang masih belum cukup gah diguna pakai,mari kite same2 menghidupkan semangat mereka…

Pemerhati td berase lega kerna kahirnya terjawab pertanyaan dalam dirinya...

Jom buang kata2 'saya tak boleh','saya tak dapat' dalam hidup kite..

Nampak tak kat situ???????

Betapa kite perlu menanam sifat positif dalam diri..jangan biarkan sifat negatif merajai hati..

The more negative you are,the more pressure you will get..

The more positive you are,the more confidence you will gain,the more effort you can do,the more things you can go through..

So, you are the one who you are thinking of..

If you think you are wrong,you are right..if you think you are right,you are also right…..

So,which way you want to go through????????it’s up to you..

ringkasan cerita adalah dari 'Chicken soup for the soul'






p/s;bacalah buku2 yg boleh merawat tekanan kite ketika serabut..Dan rawatlah hati dengan mengingati Allah selalu..itu ketenangan abadi…

Sabtu, 16 Januari 2010

saya jealous!

Salamalaik..

Saya tak tahu betapa saya jealous kat golongan-golongan ni..

Saya jealous dgn keakraban mereka..

Saya jealous dgn kerjasama mereka

Saya jealous dgn kasih sayang yg disemai antara mereka

Saya jealous dgn keceriaan antara mereka

Saya jealous………

Sejak apa yg menimpa mereka summer tahun lepas,jelas menunjukkan mereka amat mengambil cakna antara satu sama lain..

Dan beberapa hari lalu,salah seorang dari mereka ditimpa ujian yang berat..

Dan saya nampak…

Saya Nampak lagi keakraban mereka..

Saya Nampak lagi kasih dipupuk antara mereka..

Terharu dgn mereka sanggup datang walau dalam fatrah imtihan,walau dalam keadaan masing-masing busy ngan urusan masing2

Mereka masih mampu datang,berkumpul,dan berdoa same2 tuk kesejahteraan rakan mereka..

Sungguh apabila manusia itu ditimpa ujian,ujian itu datang dari Allah..dan itu maknanye kasih sayang Allah ad padanya..

Saya harap kita mampu ke tahap seperti mereka..duhai gen07..insya Allah,saya percaya bile mane ujian itu datang,kite mampu harungi bersama..

Kasih sayang,cinta mencintai sesama kita sudah dipupuk..dan kita perlu meningkatkannya lagi..

Agar kita menjadi golongan seperti para sahabat Rasulullah…yang sanggup mati kerana sahabatnya..

Jom kita contohi Saidina Ali yang sanggup mengganti tempat tidur Rasulullah walau dalam keadaan bahaya

Jom kita contohi Saidina Abu Bakar yang sanggup menahan kesakitan dek kerana patukan binatang berbisa kerana mahu melindunngi Rasulullah SAW

Insya Allah!kita mampu lakukan!

Baru hidup ini meriah~

SUNGGUH!SAYA JEALOUS DGN GEN06~sekian…


p/s;fatrah imtihan;suasana peperiksaan

gen07-generasi ke 7 pelajar perubatan Malaysia universiti kaherah

gen06-generasi ke 6 pelajar perubatan Malaysia di universiti Kaherah

Khamis, 14 Januari 2010

kisah ammu zibalah

Asslammualaikum
peristiwa ni mungkin terpanah ke atas saye sendiri..
tempoh hari ammu zibalah..mengadu..
die cakap,bile tekan loceng imarah kami,takde org pn dengar..
seolah-olah org anggap sampah ni busuk takde yg sudi nak bukakkan pintu
kesiannya..pak cik..
Tiade beza kite antare manusia..
yg membezakan adalah iman di dada..
Rase bersalah dalam diri menjengah tibe..
Macam mane kite nk kongsi kesedihan org????
Letakkan diri kite di tempatnya..
Tidak perlu pandang perawakkannya,kelakuannye..
just cube kite ltak diri di tempat die..
Adakah kite kuat seperti die..
Siape kite tuk menilai-nilai dan membeda-beda..
kerana diri die,hny Allah dan die tahu diri die...
diri kite???Hanye Allah dan kite tw diri kite..
Lebih baik busuk di luar daripada busuk di dalam..sbb tiade siape yg tw ape sebenarnya dalam hati kite....
Nauzubillah...

p/s;busuk di luar tu cume cam pepatah je ye..


ammu zibalah:gelaran pak cik pengutip sampah kat sini
imarah:ibarat rumah pangsa yg bertingkat-tingkat