Pada hari keempat kami di Dublin,kami memulakan perjalanan pada lewat petang memandangkan kawan kami yang masih punyai kuliah dari pagi hingga petang.
Kami memilih menggunakan perkhidmatan bas ekspres[jimat duit]berbanding train.
Kami ke stesen dengan menggunakan bas awam sampai ke City Centre dan berjalan kaki[stesen hanya di City Centre]
Seusai sampai kami meneruskan perjalanan menaiki bas [tiket return yang sudah dibeli pada hari sebelumnya]dan kagum dengan suasana stesen yang hampir menyerupai airport[airport kecil..mungkin]Juga kagum dengan kekemasan pakaian bus driver yang hampir serupa dengan pilot!
Perjalanan memakan masa selama 2 jam 30 minit dan sampai ke Belfast sudah hampir larut malam.Nasib baik rakan kami sudah datang bertemankan rakan sekelas dan mushrif siap siaga menunggu kami.Kalau tidak melilau juga kami di tempat orang.
Seusai sampai di rumah beliau kami keletihan,berehat dan sambil menunggu rakan-rakan lain untuk makan bersama tiba-tiba salah seorang dari kami bersuara:
‘dah lama tak dengar tazkirah.Apa kata kita main tembak-tembak tajuk?’
Dengan erti kata tazkirah segera la nampaknya[macam public speaking pulak]
Berbekalkan sedikit ilmu yang kami miliki,kami saling bertukar tukar peringatan dan antara tazkirah yang diberikan,tentang awan yang terapung dan langit yang tertegak tanpa sebarang tiang pun..dan lebih indah apabila awan dapat dilihat ketika merenung ke luar jendela tatkala perjalanan ke Dublin dari Cairo.Subhanallah,Allah yang menciptakan segalanya sedangkan rumah yang manusia cipta sehebat mana pun,sekali salah satu tiang patah atau binaan tidak kukuh,boleh runtuh…!
Wah,terkesan dihati apabila direnungi isi tazkirah ini.
Dan pada keesokkan harinya kami meneruskan perjalanan ke GIANt Causeway.Orang kata kalau datang ke Belfast..tak sah kalau tak singgah ke tempat ni.
Kami pergi dengan agen yang memang menguruskan perjalanan ke sana setiap hari dan boleh ditempah online[dah tempah pada malam sebelumnya dengan bantuan kawan kami..maklumlah pelajar Egypt segalanya manual..mana ada sistem kad debit atau kredit~]
Kami 5 orang dari Malaysia,seorang dari Kanada dan satu family dari Filipina meneruskan perjalanan ke Carrick-A-Rede
Driver yang merangkap tourist guide kami menerangkan serba sedikit tentang tempat yang bakal kami kunjungi dalam English yang kadang-kadang susah nak tangkap sebab slank irish nya yang pekat~
Memang pun,ia tersangatlah tinggi dan kalau nak cross bridge ni,tak sesuai untuk orang yang mudah gayat~
Kemudian,kami terus ke Giant Causeway.kenapa tempat ini dipanggil sebegitu?Tentulah ia berkaitan dengan mitos tentang Giant.panjang mitosnye…kalau nak saya ceritakan mitosnya beritahu saya.kalau ada masa saya akan tulis.
Di sini,terlihat ciptaan Allah yang sangat indah.dengan laut membiru dan timbunan batu yang berbentuk heksagon yang tak pernah terlihat dek pandangan mata.
Subhanallah..benar-benar mengajar diri agar sentiasa merenungi,melihat,berjalan dan mentafsir ciptaan Allah..
Di sini,di bumi Ireland,kami belajar berdikari,belajar mempertahankan Islam dan menghadirkan Islam dan rasa izzah dengan Islam.Masakan tidak,golongan muslim di sini hanyalah minoriti dan tiada langsung azan yang berkumandang dan tiada langsung musolla-musolla kecil disediakan.Ke mana-mana perlukan kompas,ke mana-mana lapik tempat bersujud dibawa kerana di mana-mana kami bersolat apabila tiba waktu.
Betul kata kak su..bila dah tinggal di Negara yang majoritinya bukan dari kalangan kita,kita sendiri yang perlu beringat dan memilih,jalan mana yang ingin ditempuh.
Kemudian,kami meneruskan perjalanan ke sebuah castle.Saya sudah lupa namanya akan tetapi,rasa sangat seronok kerana castle tersebut Nampak seolah-olah castle cerita-cerita dongeng dahulu kala.Biasalah budak-budak perempuan..kalau tak cerita snow white,cinderella yang menjadi puteri dongeng pujaan hati.
Selesai menunaikan kewajipan,kami meneruskan perjalanan ke Bandar dinding atau nama saintifiknya Wall of City.Di sini,tour guide kami menceritakan tentang Bloody Sunday yang berlaku yang mengisahkan penentangan Irish terhadap orang Inggeris yang menjajah ke tempat mereka.
Selesai semuanya,destinasi terakhir,kami berhenti ke salah sebuah Mall yang ada kat sana dan kami terus bertolak pulang.
Hari yang betul-betul memenatkan.Namun,pengalaman takkan dilupakan.Bukan senang untuk sampai ke Negara orang dan mengenal ciptaan alam yang sungguh menakjubkan.Tidak kiralah ia dihuni oleh muslim or non muslim..tp,Ala mini,Bumi ini milik Allah.DIA yang menjadikan segalanya indah..Bagaimanakah keadaan surge nanti?indahnya di luar akal fikiran manusia!Allah!Tuhan yang menjadikan segalanya tidak sia-sia.
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda[kebesaran Allah bagi orang yang berakal’ 3;190
0 cakar2 ayam:
Catat Ulasan