Khamis, 18 Februari 2010

FOSIS

Salamalaik..

Alhamdulillah..cuti musim sejuk semakin hampir melabuhkan tirainya

Dan kenangan cuti ini amat indah sekali..

Mungkin disebabkan first time travel ke bumi Eropah~

Tapi,dari pengembaraan ini saya dan kawan-kawan dapat menimba pengalaman melihat kehidupan bangsa lain dan kehidupan student di negara lain yang sememangnya sangat berbeza..

Rasa sangat bertuah kerana dalam masa yang singkat dapat berkenalan dengan ramai orang..

Sememangnya pengalaman belajar di Negara bukan islam lebih mencabar dengan makanan halal yang sukar dicari dan persepsi non muslim itu sendiri

Seperti yang saya janjikan pada entri yang lepas,saya ingin berkongsi cerita tentang apa itu FOSIS

Dengan takdir Allah kami bertemu dengan orang yang hebat.Namanya,mukanya terpampang di dada akhbar Ireland.Cukuplah saya kenalkan dirinya sebagai kak moon

Kak Moon adalah presiden FOCIS.FOCIS adalah satu persatuan yang menggabungkan pelajar-pelajar Islam di dunia dan cawangannya di Ireland dipimpin oleh Kak Moon.

insya Allah..pengembaraan kami ke Belfast akan diceritakan di lembaran yg lain

FOSIS ini bergerak dengan bermatlamatkan dakwah kepada muslim dan non muslim dan dengar-dengar ramai yang dah peluk Islam dalam kalangan pelajar Ireland

sedikit sebanyak kami bertaaruf dan berkongsi cerita sambil-sambil meluangkan masa seusai selesai solat subuh di rumah kak su kami bertanya tentang bagaimana pendekatan yang dilakukan oleh FOSIS ini.

Kak moon dengan senang hati bercerita serba sedikit tentang persatuan yang dia pimpini ini.beliau memberitahu memang kadang-kadang soalan-soalan yang menjengkelkan timbul apabila non muslim mula bertanya,contohnya, kenapa perempuan muslim berhijab?adakah kerana perempuan muslim ini adalah lesbian?dan soalan-soalan seperti ini membuatkan pelajar-pelajar muslim di sana tak tahu apa kaitan hubungan terlarang itu dengan hijab yang kita pakai..

Dan di bawah FOSIS ini terlahirlah ISOC yang mempunyai ahli-ahli yang volunteer dan sedar tanggungjawab mereka tentang izzahnya Islam.Hampir di setiap university,ISOC ini akan mengadakan stall bagi menerangkan dan menjawab pelbagai persoalan yang dikemukakan terutamanya dari kalangan non muslim

Dan tentulah tenaga-tenaga ini diajar dan dilatih tentang bagaimana untuk menjawab secara relevan dan rasional terhadap soalan-soalan yang timbul agar mereka lebih tenang dalam menerangkan Islam yang indah ini.

Menurut kata kak moon,kita perlu menjawab dari logik akal berbanding kita buktikan melalui dalil-dalil yang kita ada kerana memandangkan zaman sekarang yang mana semuanya memerlukan bukti dan kelogikan akal fikiran kerana golongan-golongan ini tidak mempunyai keyakinan seperti kita

Apa yang saya maksudkan adalah,kita sebagai muslim,kita yakin bahawa Allah itu Esa dan perkara ghaib itu wujud kerana kita berpegang pada akidah Islam berbanding mereka non muslim yang ada juga yang langsung tiada kepercayaan terhadap adanya pencipta semesta ini.

Subhanallah..dari apa yang dikongsi kak moon..saya terfikir seolah-olah kebangkitan Islam sedang berlaku di Eropah..Sampai ada yang berpendapat,mungkin bila tibanya hari kiamat nanti,matahari terbit dari barat kerana kebangkitan Islam yang berlaku di Negara –negara barat memandangkan umat Islam sendiri hanyut dilambung ombak dan langsung tidak berusaha untuk melawan arus..

Betullah kata-kata seseorang yang sudah memeluk Islam seolah-olah bermaksud sebegini:

nasib baik aku mengenali Islam kerana aku mengkaji tentang keidahannya dan bukan melihat pada keadaan ummat Islam Sekarang..

Bak kata kak Nazi ketika kami bertaaruf pada pagi yang dingin di bumi Eire,kita tidak perlu bertanya mengapa dan kenapa umat dan Negara Islam hari ini semakin teruk..tapi,kita perlu berfikir bagaimana caranya untuk membantu ke arah kebangkitan Islam kembali

Setakat ini dulu untuk penglaman di bumi Eire..banyak lagi yang ingin dikongsi..insya Allah bila dikurniakan kelapangan masa oleh Allah,harap-harap jari saya ini tidak berat untuk menaip

Okey setakat ini dahulu..


perpustakaan Trinity College
universiti tertua di Ireland [trinity college]

0 cakar2 ayam: