Bismillah...
Berdepan dengan leptop sehari-hari memang memenatkan..Apabila teringat lembaran ini,ia menjadi salah satu tempat untukku meluah kadang-kadang dan menceritakan apa yg diri alami mungkin.Di saat diri bertatih mencari-cari idea untuk apa yang ditulis merupakan peluang berani mati kerana bukan senang nak menulis dan bukan senang pula nanti nak bertanggungjawab apa yang ditulis....
Hari-hariku berlalu sebagai MAHASISWi perubatan yang memerlukan aku mengerah seribu satu tenaga yang ada demi kewajipan ilmu yang digalas dan kewajipan sebagai anak kepada ibubapa,kewajipan sebagai rakan kepada sahabat dan juga kewajipan sebagai muslimah kepada masyarakat..
Tidak dinafikan kebertuahan diriku dan rakan-rakan dijatuhkan di sini..selain ilmu,malah kami punyai professor=professor yang tinggi ilmu perubatan dan juga ilmu agama.Hari ini kami diceritakan betapa bertuah kita sebagai manusia..kerana Allah sangat menyayangi kita sebagai hambaNYA..sejak bertempelnya telur di rahim ibu,dikuat dan dikokoh agar tidak berlaku abortion,air ketumban yang entah berapa liter diguna sebagai absorber ketika berada di alam rahim-ibu yang menjaga makan minum ketika mengandungkan kita dan sehingga kita lahir,melihat dunia..diberi pula peluang menghirup susu dari badan ibu.
Dan apa yang doktor ceritakan,betapa Allah sayangkan kita,makan kita tidak pernah putus dari khasiat..Tahukah rakan-rakan sekalian bahawa susu ibulah yang dapat memberi nutrien yang terpenting yang diperlukan oleh badan..dengan kandungan protein,karbohidrat,vitamin-vitamin penting yang memang amat berguna,semua terkandung dalam titisan-titisan susu ibu.Selain itu,kandunagn lemak yang mudah dihadam juga merupakan salah satu nutrient terpenting dalam susu ibu.Masakan tidak susu perlu kepada kandungan lemak mudah hadam,kerana kita ketika bayi,sebatang gigi pon belum tumbuh.SUBHANALLAH!
Berbalik kepada lemak pula..apa pendapat kawan-kawan?Adakah lemak penting dalam badan kita/Bukankah ia punca terbesar dan penyumbang kepada obesiti?Namun....jawapannya tidak..lemak tidak berbahaya untuk badan malahan ia sangat penting sebagai penebat haba dalam kita,penting untuk mengukuhkan buah pinggang di kedudukkan asal dan penting untuk penyerapan vitamin A D E dan K,Tanpa lemak,maka kita akan mengalami masalah nutrisi yang teruk kerana penyerapan vitamin A D E K tidak boleh berlaku dengan baik dan 'kidney drop'akan berlaku kerana kekurangan lemak untuk membantu ia kekal di tempat asal..
Berbalik kepada kandungan susu tadi...ia juga mempunyai besi yang memang baik untuk darah namun ianya hanya sedikit terkandung di dalam susu ibu..namun,apa yang menakjubkan..amount yang sedikit itulah membuatkan kita tidak perlu diberi apa-apa makanan tambahan selain susu ibu sahaja selama 6 bulan kerana ia dapat menampung kandungan besi di dalam badan kita sehinggalah kita nanti bersedia untuk menerima makanan seperti bijirin dan sebagainya setelah mencapai 6 bulan dan ke atas....
Siapa kata Allah tidak sayangkan kita?..Setiap penciptaanNYA memberi faedah kepada hambaNYA..cuma perlulah bersederhana dalam pelbagai aspek...Punca berlebihan dalam segalanyalah membuatkan kita mengalami pelbagai masalah dan penyakit...
Akhir kata,ada faedahnya Rasulullah menyuruh kita bersederhana...Alangkah rugi kita tidak menjadikan kesederhanaan itu kunci untuk segalanya....
Jumpa di lain lembaran...
Insya Allah..
0 cakar2 ayam:
Catat Ulasan