Bismillah
Salam wbt
Lama betol meninggalkan dunia maya ni..sampaikan ditegur oleh rakan, lamanya tak ‘update’ isi di dalamnya,baru tersentak hati ini untuk kembali menulis..ini mesti kes kurang membaca so keringlah idea…MUHASABAH..(ok la..berkongsi la apa yang saya tahu sekarang ye…kering idea ni…)
Dalam kehangatan Eiduladha yang semakin berlalu meninggalkan kita semua..aplikasi pengorbanan yang diwar-warkan sejak menjejak ke Zulhijjah..nampaknya semakin berkurang sebutannya di bibir.Walhal,seharian kehidupan kita memang ada yang memerlukan pengorbanan.Walau sekelumit milikan yang kita ada,kita serahkan kepada sesiapa sahaja disekeliling kita..itu juga dikatakan sebagai berkorban.
Mari luaskan aspek KORBAN itu sendiri..Bukan tunggu untuk menjadi 'mummy' dahulu(bagi akhawat)untuk jelas-jelasan nampak pengorbanannya terhadap anak-anak dan bukan tunggu untuk jadi 'daddy' dulu(bagi ikhwah) baru tampak jelas pengorbanannya walhal sejak muda remaja (sebgaia anak,misalnya)lagi kita sudah berdepan dengan situasi yang mana memerlukan sikap suka berkorban di dalam diri..Cuma terpulang kepada biah yang dilalui..Jika biah kemanjaan yang sedang kita lalui,mungkin frekuensi pengirbanan rendah pada golongan seperti ini dan mungkin biah yang lebih memerlukan seseorang itu berdikari,maka frekuensi untuk ada sikap korban lebih besar la..(kan?)-tak setuju pun takpe,silakan dengan pandangan sendiri-
Ok…bagaimana dengan tokoh-tokoh yang seringkali digambarkan dengan sikap korban ini?Sungguh indah sirah yang dicipta Allah…Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar yang merupakan tokoh-tokoh yang berkorban mengikut peranan mereka.Di mana Nabi Ibrahim sebagai bapa punyai bahagiannya untuk berkorban diikuti Nabi Ismail sebagai anak dan hajar sebagai ibu..Kita lihat dalam ketiga-tiga tokoh ini terdapat skop yang berbeza dalam memandang aspek korban ini…Maksud korban itu sama,Cuma benda yang dialami itu berbeza.Sudah tentu,hajar sebagai ibu dan isteri berbeza dari segi pengorbanannya dan Nabi Ibrahim sebagai bapa dan suami berbeza dari segi bentuk pengorbanannya.
Apa pun sikap korban ini jelas terlihat keakrabannya dengan sikap ikhlas..manakan ada orang yang sanggup berkorban apa yang ada tanpa lahirnya ikhlas dalam diri..manakan sama pula orang yang selfish dengan orang yang turut memikirkan kepentingan orang lain dalam hidup mereka.
Pokoknya di sini,timbulnya ikhals,maka,timbullah pula rasa ingin berkorban..Sikap yang baik di permulaan membawa rentetan kebaikan di dalam diri..Yang penting kita mahukan kebaikan itu hinggap di dalam hati ..usah dilayan pijakan hawa nafsu yang bertubi..biar la hawa memijak tapi,jangan sampai kita terpijak!
Sudah tentu sahabat-sahabat berasa seolah basi dengan tulisan saya ini..Ye la..Raya korban dah berlalu..musim haji pon dah berlalu..ya! raya korban itu berlalu kerana syariat mengorbankan Al anaam sudah berlalu..raya korban itu berlalu kerana berlalu sudah musim haji..tapi,PENGORBANAN itu tidak berlalu kerana ia dilalui oleh kita dalam kehidupan seharian.Cuma terpulang untuk kita sanggup atau tak dalam berkorban apa sahaja yang dimilikki kita sehari-hari..TENAGA,MASA DAN HARTA..ayuh siapa yang bersiap untuk berkongsinya dengan orang lain???Jom cuba!mana tahu,nanti kita akan tersenyum sendiri dan bisa menyatakan dalam hati bahawa OH!PENGORBANAN ITU INDAH RUPANYA….=)
0 cakar2 ayam:
Catat Ulasan